Bila dah dewasa ni kan, aku dah malas nak fikir pasal benda remeh-temeh ni. Lagi-lagi pasal kawan. If you wanna to stay, you can stay. Nak blah, dipersilakan. I am okay with it.
Orang kata kawan biar beribu, bercinta biar satu. Ok betullah tu, tapi kawan yang beribu ni lah kadang-kadang menyerabutkan kepala otak. Dengan pe’elnya yang macam-macam jenis, yang jenis clingy nya, yang jenis kuat touching lah eh semua lah perangai. Tak, aku bukan nak cakap berkawan ni tak bagus, tapi beragak lah sikit weh. Kita dah dewasa, as an example aku sendiri lah. Aku dah 21 tahun dan aku masih student. When we talk about student, theres a lot of things that we need to settle or we need to handle in our life such as carry marks, exam, pointer, family, money and so on. Janganlah expect aku hidup ni nak fikir pasal kawan je 24 jam. Ini tak, sikit-sikit nak whatsapp rindu lah, nak gossip lah, nak cakap pasal boifren lah hello aku okay SERIOUSLY OKAY tapi biarlah tepat pada masanya. Ni tak, time aku tengah struggle buat esaimen, kejar deadline lah, kena pergi site visit lah time tu lah nak gegedik contact. Contact tu tak kisah, aku ok lagi sebab boleh je aku bagitau aku tengah ada hal, contact next time. Ini tak, dah cakap busy pun still tak faham-faham. Kalau tak reply mula lah dengan ayat-ayat sentap, start lah meroyan dengat tweet-tweet ‘ada kawan macam takde kawan’ ‘kawan time senang ramai, time susah hmm’ hello…………..kau bukannya tengah susah, kau whatsapp aku sebab nak cerita kau nampak crush kau je kot?? Tak pun kau nak cakap kau pakai baju sama dengan crush?? Tang mananya susah kau. Aku takdelah kejam sangat nak biarkan member sendiri terkapai-kapai time susah. Aku pernah je beli tiket balik dari perlis-johor, tempat kawan aku semata nak pujuk dia yang tengah down teruk. Aku malas nak ungkit benda yang aku pernah buat as kawan. Untuk part orang lain, mana boleh bantu, aku inshaallah akan bantu. Tapi untuk part aku, tak banyak aku mintak. Kalau aku cakap aku busy, means aku bebetul busy so dont call/whatsapp me just to tell me about your crush/boifren/new handbag/shoes blerghhhh its so annoying. Tapi kalau ada something yg bebetul urgent/penting ke, aku tak marah just tell me.
Next, kalau aku tak contact member lain janganlah expect aku dah takmau kawan dah dengan hampa. Aku ada life weh, aku ada benda nak buat, please lah faham. Aku tak contact bukan sebab aku dah lupa kau, tapi aku bebetul busy nak survive dekat universiti ni. Aku busy nak urus hal kolej, hal pelajaran lagi dan semua hal lah. Please lah faham, janganlah nak over-clingy. Tak penat ke weh. Lambat wish birthday nak merajuk berbulan-bulan, tarik muncung panjang pastu mula lah nak buat ayat-ayat sedih. Penatlah weh, aku yang penat kau tu bila nak penat?? Belum lagi masuk part mintak hadiah. Eh hampa ingat aku dah kerja ka, duit tu tang mana aku nak cekau. Aku student, mana ada income every month. Kalau tak bagi hadiah nanti mula lah merajuk petala 7 likur, eh yeke. Bukanlah aku kedekut wei, tapi janganlah expect aku boleh bagi hadiah selalu weh. Kalau aku ada rezeki lebih, aku bagi kalau aku tak bagi tu means aku memang tengah kesempitan wang. Tapi jangan risau aku selalu hadiahkan kawan-kawan aku doa, hari-hari bukan masa birthday je.
Lepastu aku nak cakap jugak, kawan is kawan. Faham kan kawan tu macamana? Janganlah buat macam kawan tu macam hamba abadi. Suruh itu ini, kalau tak buat nanti merajuk. Susahlah perempuan ni. Perempuan ni complicated gila thats why aku kadang lagi prefer kawan dengan lelaki. Bukan aku nak cakap orang-orang keliling aku ni narrow minded, tapi diorang semua asyik fikir perempuan kawan dengan lelaki ni; bercinta. Tak pun, orang akan cakap aku ni perempuan tak bermaruah. Weh, aku memang kawan dengan lelaki tapi takde lah sampai aku nak bertepuk tampar, nak peluk-peluk weh. Aku join diorang makan kejap, tak pun aku join study group diorang dan jangan risau aku tahu batas aku sampai mana. Tak pelah aku redha kalau korang nak bash aku part ni, sebab tak nice kan lelaki-perempuan yang bukan muhrim duduk semeja. Tapi as long as aku tahu adab dan batas aku, its not a problem.
Aku confess dekat sini sebab aku dah penat weh layan kawan-kawan perempuan aku. Aku sayang diorang weh sumpah. Tapi kalau kerap sangat diorang selfish, asyik nak merajuk ke aku pun penat weh. Banyak benda aku nak kena fikir, nak kena handle. Hah baru-baru ni aku plan tak balik raya haji sebab baru naik sem baru. Nak balik dari perlis ke rumah aku bukan makan duit sikit, duit pun dah banyak habis sebab bayar yuran, beli barang-barang new sem takkan lah aku nak mintak parents pulak. Parents aku pun faham and diorang pun cakap tak payah balik. And then kawan-kawan pulak ikut aku, tak nak balik. Ok tu tak pe lagi, aku pun malas nak komen. Lepastu, diorang ajak aku pergi vacation gitu. Aku seriously cakap aku memang tak ada duit dan sebab masalah tu lah aku tak balik cuti raya. Tapi diorang paksa aku join jugak. Aku memang berkeras lah cakap tak boleh join. Lepastu diorang semua tak puas hati, mula lah ungkit aku ni selfish lah, kalau kawan lelaki ajak laju je setuju, kedekut lah. Apa kena mengena? Kawan lelaki aku pun ada ajak keluar, tapi aku tolak. Alasan yang sama aku bagi dekat diorang and diorang faham. Takde lah memaksa macam kawan-kawan perempuan aku. Aku stress ok, tolong lah faham aku memang tak banyak duit nak join vacation korang tu. Banyak benda aku nak kena guna in future, sorry aku jenis fikir panjang. Kalau korang rasa aku ni selfish, dah lama aku tinggalkan korang terkapai-kapai dekat sini, p lantak lah kalau korang mengadu lapar tapi takde duit, mengadu sakit, mengadu itu ini memang aku boh layan. Tapi sebab aku sayang dan aku care korang, aku tak pernah kedekut langsung nak spent duit aku utk korang bila in emergency.
Dekat sini if korang-korang tu baca and terasa pedasnya aku mohon korang faham lah aku. Aku bukan saja-saja tolak ajakan korang, tapi aku bebetul kena saving untuk future. Bila dah stabil nanti, korang nak ajak aku join lagi, aku akan join but not now ok? Kawan lelaki ke perempuan ke, aku tetap sayang. Jangan pernah fikir aku bias in friendship. Selamat raya aidiladha dari aku nun jauh di perthlis :’)
– Kawanmu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit