Bila Maruah Wanita Menjadi Salah Satu Medium Pendidikan

Akak ni graduated dari IIUM Gombak tahun 2002,walaupun grad course communication,tapi skill penulisan akak sudah sedikit berkarat.Harap jika ada kurang sana sini dimaafkan ye.
Ceritanya begini,akak telah berkeluarga & menetap di Kuantan.Bersalin anak pertama di HTAA Kuantan.

Akak sangat bersyukur di kurniakan baby yang sihat sempurna & proses bersalin yang tak ada complication.Juga akak berterima kasih pada adik-adik medical UIA yang ada pada saat itu,samaada student atau buat practical.Bersyukur di layan dengan berhemah oleh adik-adik, pada saat fikiran akak dah kurang waras kerana menahan sakit bersalin.Terima kasih.

Tapi adik adik ku sekalian,proses bersalin itu memerlukan alat sulit seorang wanita itu di perlihatkan,disentuh,di macam-macamkan.Proses ini terpaksa kami ibu ibu redhakan sahaja.Jika perawatnya perempuan alhamdulillah.

Di sinilah isunya,akak boleh terima jika yang menonton proses bersalin itu student perempuan,walaupun jumlahnya ramai.Tapi bila ada dikalangan student itu lelaki,akak memang tak redha.Akak faham itu satu keperluan pendidikan korang semua,tapi dalam keadaan yang vulnerable &aib yang sangat tu minta maaf akak tak boleh terima.Ada rasa untuk marah & tak memaafkan student lelaki yang ada pada ketika itu.Akak tahu korang bukan suka-suka nak ada disitu pada saat itu,tapi hati akak tak boleh terima.Akak juga tahu andaikata anak lelaki akak jadi medical student macam korang nanti,dia pun akan melalui proses yang sama.Juga korang tak boleh jadi doktor yang efficient tanpa praktikal.Maafkan akak sebab benci kehadiran korang semua.

Tahukah korang,lepas akak bersalin,timbul rasa aib & down yang teramat sangat,sehingga akak selalu marah pada baby kerana merasakan baby punca semua ini. Hanya kesabaran & anjakan masa yang mengubat kelukaan di hati.Tapi tetap rasa benci pada kehadiran korang dalam bilik bersalin tu tak hilang,walaupun dah 6 tahun berlalu.

Jangan lah kata;”kalau nak request perawat perempuan je,pergilah hospital swasta,pergi hospital kerajaan nak banyak songeh”.Apakah jadi orang miskin kena terima hakikat yang hak mereka keatas diri mereka akan hilang bila ke hospital murah.Adakah maruah mereka juga menjadi semurah fee hospital itu,maka mereka boleh diaib & diperlakukan sesuka hati.

Akak harap adik adik medical baik lelaki atau perempuan semua berjaya & menjadi doktor yang terbaik untuk agama,bangsa & negara.

– Akak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit