Adab-Adab Jalanraya Yang Ramai Tidak Diajar

Hai semua. Admin aku harap kali ni admin dapat approve confession aku.

Semua orang pernah guna jalan raya. Tipu kalau cakap korang semua tak pernah guna. Dari budak kecik sampai orang tua. Kat sini aku sebagai salah seorang pengguna tegar jalan raya nak bagi sedikit panduan untuk pengguna jalan raya yang lain.

1. Hormati pengguna jalan raya yang lain. Jalan raya adalah hak milik kita bersama. Berbagai jenis kenderaan yang menggunakannya. Pejalan kaki, basikal, motorsikal, kereta, teksi, bas, lori, trailer. Janganlah fikir kau sorang je yang bayar cukai jalan. Yang bawa kereta tu terutamanya, hormatilah yang menggunakan motosikal ni. Janganlah disebabkan dia bawak motor, kau himpit dia bagi rapat. Bagi la jugak ruang untuk dia lalu. Yang bawa motor pulak, janganla bawak motor tengah-tengah jalan sambil bersantai.. ada orang lain yang mungkin tengah rushing belakang kau. Cuba ke tepi sikit. Yang bawa kenderaan beroda ni, hormatilah pejalan kaki terutamanya budak-budak sekolah yang melintas jalan. Diorang tu kecik lagi. Mana la reti sangat guna akal lintas jalan. Kadang-kadang tu main redah je.. Kita yang pemandu ni lah kena tengok, alert kiri kanan terutamanya di kawasan sekolah. Janganla bantai bawak melebihi had laju yang ditetapkan di kawasan sekolah. Untuk pejalan kaki pun, janganlah terlebih berani sangat lintas jalan tu.. Aku yang pemandu ni pun kadang kadang naik takut tengok cara kau orang lintas jalan. Ingat, jangan jadi seperti ayam!

2. Gunakan signal semasa memandu. Tolongggla rajin rajinkan diri guna signal tu. Signal tu bukan untuk hiasan. Beli la kenderaan mahal mana pun, signal tu kalau tak reti guna, tak berguna jugak bhai. Kami pemandu yang lain kadang kadang tu tak boleh nak baca pemikiran korang, kau nak pergi mana sebenarnya? Kiri ke kanan? Lagi satu, janganla guna signal tu last minitttt sangat-sangat. Tu umpama kau dah nak terberak sangat-sangat baru sibuk gali lubang tau tak? Pergi kiri, signal. Pergi kanan, signal. Nak memotong, signal. Signal! Signal! Signal! Tak keluar duit pun kalau guna.

3. Utamakan kenderaan dari jalan utama. Yang ini aku rasa masa nak ambik lesen, semua orang belajar benda ni. Kenapa bila dah lama memandu, dah pro, kau jadi hilang ingatan ye? Selamba je dari simpang, tak tengok kiri kanan, tak slow, kau main belasah je masuk kan?? Karang dah Gedegang! Kelepuk! Berlanggar! Dah jadi “Pak Mat Tempe kena langgar dengan motokar..”

4. Kenderaan berat di sebelah kiri. Untuk abang bas dan abang lori, janganla bawak laju laju sangat.. Kami yang bilis ni dah la penakut kalau abang lori dengan abang bas duduk depan kami. Lagi-lagi abang bas.. Abang bas tau tak abang bas bawak 44 atau 45 nyawa?? Janganla abang bas rasa macam bawak limousine pulak.. Bila abang bas buat corner lipat, kami penumpang fuhhh… rasa macam nak jatuh tergolek dari tempat duduk masing-masing. Tapi kalau dah nampak abang bas dengan abang lori dah bagi signal nak keluar simpang ke, apa ke.. pandai pandai la kita pengguna bilis ni bagi la laluan kat diorang ni. Diorang besar kot… Abang bas dengan abang lori janganla kedekut nak bagi signal pulak!

5. Beri laluan kepada kenderaan bomba/ambulance. Dah tau, dah dengar bunyi siren tu kita faham-faham sendiri la. Jangan la menghalang tugas diorang. Diorang ada hak untuk lalu. Tapi ada jugak yang ambik kesempatan follow belakang kenderaan ni. Kalau ambulance maybe dalam tu ada ahli keluarga kau, kalau ye.. tapi bomba?? Hmm..

6. Jangan buang sampah keluar dari kenderaan anda. Ya aku tau Malaysian memang suka buang sampah merata-rata. Tapi tak payah la lempar apa-apa keluar dari kenderaan tu. Plastik makanan la, tin minuman la. Pampers pun hado.. Karang kena cermin kereta lain kat belakang dah tak pasal-pasal kau dah kena sumpah. Kadang-kadang tu aku tengok, ada yang nak keluar pergi kerja, nak buang sampah. Tapi letak kat belakang atau atas kereta korang dulu. Tak terlupa takpe, tapi in case terrrlupa.. adoila…. Dah satu jalan tu bertabur dengan sampah kau.. Tapi spesis ni bagi aku kira ok sikit la dari ada 1 spesis tu duduk kat rumah flat tapi tak reti buang sampah kat tempat yang disediakan. Main lempar sampah ikut tingkap/ balkoni dapur lepas tu kena kat kereta orang yang parking bawah rumah dia. Itu baru kena kereta, kalau sampah dia kena orang? Tak pasal pasal orang tu bermandikan sampah. Belum kira ada kes yang cedera disebabkan kena lontaran sampah dari atas. Grrrr….

7. Bila orang dah bagi laluan, angkat tangan. Orang berbudi, kita berbahasa.. tak gitu? Tak kira la pejalan kaki ke, kereta ke, teksi ke.. Bila orang dah bagi laluan tu, angkat la tangan kat diorang balik. Ni sebagai tanda terima kasih. Malaysian kan kaya dengan adab. Tunjuk la sikit adab tu. Tak salah kan hormati sesama pengguna jalan raya yang lain? Ini dah la orang bagi laluan, jangan kan angkat tangan, pandang pun tak! Amboi.. macam mana la orang tak cakap kerek.

8. Kalau ada accident, jangan jadi pemerhati lama sangat. Ni biasa berlaku. Kalau berhentikan kenderaan atas sebab nak membantu ke takpe la jugak. Ni masing masing sibuk memperlahankan kenderaan sebab nak perhati apa yang jadi. Mata semua tertumpu kat kawasan kemalangan sampai lupa nak tengok kiri, kanan, traffic light warna apa, tiang ke, simpang ke. Sedar tak sedar traffic light merah pun dia redah jugak. Aku pernah ternampak ada sorang mamat motor ni sibuk sangat tengok tayar lori pecah kat tepi jalan. Alih-alih dia terlanggar side mirror lori tu. Belum kira ada sorang ni, pun bawak motor jugak.. asyik sangat tengok accident sampai dia tak perasan ada semak kat depan. Korang bayangkan lah apa adegan seterusnya.. Malas nak citer..

9. Bila parking kereta, tolong fikir orang lain. Masuk betul-betul la petak parking tu. Janganla disebabkan kau parking senget, habis semua orang terpalit sama. Atau parking tu sepatutnya untuk 2 buah kereta, tapi kau sorang yang punya. Tak pun kau parking terlalu rapat sangat sampai susah orang sebelah kau nak bukak pintu kereta. Atau pun kau parking kereta tapi kereta kau menghalang laluan orang lain. Tapi yang paling menyakitkan hati ialah bila kau double park kereta orang, tak tinggal nombor telefon, tarik hand brake. Hanya insan yang mengalami kejadian ni je yang paham macam mana sakitnya hati ini.

10. Kalau nak tunjuk perangai “pelik” pun, cover cover sikit. Ini biasa berlaku bila traffic light merah. Macam macam perangai pelik yang boleh dilihat kat sini. Paling biasa kena “ayat” kat traffic light. Nak “beramah mesra” pun tak payah la kat situ.. Ooo.. kalau polis trafik ke polis peronda ke berenti situ kau tak nak pulak buat sesi “beramah mesra?” Yang perempuan, masa ni la kau nak betulkan mekap. Nak topup gincu la bedak la. Dah tak de masa lain jugak nak buat? Aku pernah nampak ada sorang ni dia korek taik hidung time lampu merah. Udah le dikorek, digentel, dimakannye pulak.. Ewww…!! Pemandangan yang sungguh tak indah!

Ini adalah antara adab-adab yang dapat aku ketengahkan di sini. Aku harap dengan ini sedikit sebanyak dapat membuka mata rakyat Malaysia tentang adab-adab menggunakan jalan raya. Diharapkan agar dengan ini kadar kemalangan jalan raya yang semakin meningkat dapatlah dikurangkan. Peace no war!

– Pengguna Tegar Jalan Raya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit