Baik Dan Buruk

Terima kasih kerana siarkan confession saya ni. Masalah saya mungkin taklah serius sangat,cuma saja nak luahkan perasaan.

Citanya pasal keje,saya sebagai ketua dalam satu jabatan bahagian penjualan. Syarikat perbankan yang ternama jugak. Masalah saya ni lebih tertumpu dengan staff yang saya tak tau nak described adakah patut saya anggap sahabat atau pekerja. Quotes drpd founder Virgin Airlines, Sir Richard Branson – Look after your staff. Agak2 relevan tak untuk semua ketua? Cuba anda semua bagi pendapat berdasarkan kisah saya ni,sebab situasi saya lebih drama dari cita melayu petang2 kat TV tu.

Permudahkan cita,saya dulu seorang ketua yang garang dan amat benci org yang suka MC dan EL ni. Nak2 dalam bidang penjualan, siapa yg tidak perform mmg tidak ada peluang untuk mereka bertahan lama. Bila bertukar kerja, saya cuba blend dengan culture tempat kerja baru yg lebih bertolak ansur. So disini saya jadikan diri saya seorang ketua yg baik. Improvise diri apa salahnyakan.. Ambik pendekatan untuk tolerate, membantu dan memahami. Jadikan mereka sahabat, selalu hang out bersama. Mereka bebas utk luahkan segalanya dan saya sedia mendengar. Jika mereka ada masalah, sy cuba sehabis baik membantu dgn harapan ‘gain their respect’ la citanya. Tapi apa yg saya dapat adalah sikap pemalas,sentiasa mencari alasan dan paling best suka tunding jari cari kesilapan org lain dan jadikan itu punca masalah mereka. Ternyata mereka ni mmg bijak ambik kesempatan dan pandai manipulate. Lakonan sakit sakit diaorg ni mengalahkan pelakon Aaron Aziz ( mentang2 la klinik senang bagi MC)itu belum campur drama anak sakit setiap bulan lagi.

Sampai boleh exceed limit MC dan cuti tahunan. Yang paling saya suprise, there’s no loyalty dan perasaan terhutang budi mereka pada kita. Padahal ketika mereka susah dulu,kita yg anggap mereka sebagai sahabat bertungkus lumus membantu. Usulkan pada pihak atasan pelbagai cadangan untuk membantu mereka tapi hanya saat itu jelah mereka ingat. Lepas sehari mereka confirm lupa. Ada staff saya , umur lebih kurang makcik2 paling win. Depan kita pijak semut pun tak mati,tapi belakang kita dialah ketua revolusi dan mastermind setiap pemberontakan. Menyuruh staff2 muda memberontak kalau ada sebarang masalah. Lebih kurang mcm Israel dan America dah gayanya. Kalau nak cita banyak lagi,tapi biar ini jelah dulu. Di saat ini, saya memang rasa dah fed up dengan lakonan semua ni dan rasa kepercayaan tu memang takde. Mereka yang bermasalah ni membuatkan saya bertukar watak kepada Mak Tiri Cinderella dan kesian staff2 lain yang turut rasa bahangnya.

Nasihat saya, untuk semua dan diri saya sendiri. Jika anda pekerja, anda bekerjalah bersungguh2 kerana ini amanah kita pada syarikat. Kalau kita curi tulang, seolah2 mcm korang penat2 keje hantar duit kat anak belajar luar negara untuk dia belajar padahal dia joli duit tu pegi clubbing. Korang sakit hati tak rasanya? Keduanya,jika anda tak berjaya, anda jangan menyusahkan org lain sebab anda menambahkan kebencian orang pada anda. Ketiga, pikir kenapa aku tidak berjaya? Apa salah aku? Apa yg aku patut buat untuk berjaya? Jangan sesekali tunding jari pada orang lain selagi kita tak buat 100%. Akhir sekali, jangan kita buat jahat pada org yang penah berbudi pada kita, mungkin kita tidak berjaya sebab tiada redha dihatinya pada korang.

Kepada semua ketua2 sealiran saya, berbuat baik biar berpada2 buat jahat jangan sekali. Letakkan satu garisan tipis antara anda dan pekerja bawahan supaya mereka tahu sebaik mana pun anda, jangan mereka pijak lebih dari garisan itu. Sesungguhnya saya respect dengan para2 nelayan yang pergi pagi baliknya petang walaupun tak tau ada hasil atau tidak. Sedangkan kita yang confirm dibayar gaji bulan masih malas2 nak bekerja.

– Monalisa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit