Saya merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta yang agak famous. Kami famous dengan multiracial background, dan kami famous juga dengan graduan-graduan kami yang orang kata…’versatile’. Cerita ni bermula sewaktu saya sedang berada dalam alam ‘culture shock’ di universiti tersebut.
Boleh dikatakan, saya dulu suka berkawan dengan mereka yang modern, yang relaks, yang kurang stress pasal hidup dan yang kurang fikir pasal studies. Lepak mamak, lepak tepi padang, lepak cafe ni semua memang naluri kami. Masjid tu kalau boleh dah hujung-hujung waktu baru kami pergi. Senior-senior cakap orang masjid tu scary, suka memandang, suka tengok atas bawah, suka menghukum. Sebagai junior time tu, saya pun terfikir, “Kenapa orang yang beragama sampai macam tu sekali?” Tanpa menyelidik dan guna akal saya yang fresh waktu tu, saya pun termakan kata-kata senior saya yang datang dari puak-puak relaks ni. Saya jauhkan diri. Seboleh-bolehnya nak jauh dari mereka ni. Time solat pun kalau boleh cepat-cepat solat pastu cabut. Tak suka dan terasa macam diperhati setiap kali melangkah keluar dari masjid kampus. Boleh dikatakan geng-geng kami ni memang suka melontar kata-kata tak elok dan memandang budak-budak masjid ni sebagai kolot atau tak bertamadun. Kadang-kadang depan geng-geng non Muslim pun kami membidas benda-benda yang agama larang semata-mata nak “masuk port” atau nak jadi “up” macam senior-senior lain. Bila kami membidas agama sendiri, kawan kami yang anti-religion ni pun rapat dan rapat dengan kami.
Masa pun berlalu dan saya pun sudah bergelar senior. Saya mula mendapat kesedaran rohani dari input-input agama ‘indirect’ dari surat khabar, internet, dan juga rakan group assignment (yang pada awalnya saya menyampah dia join group assignment tu). Saya mula pergi masjid awal, attend ceramah-ceramah. Asal ada talks mesti saya attend. Saya mula rasakan yang ‘influence’ dulu tu banyak salahnya dari betul. Saya mula rapat dengan geng-geng masjid. Tak semua yang judgemental. Boleh katakan yang judgemental ni macam sangat little lah.
Dalam masa yang sama, geng-geng yang dulu suka keji budak-budak masjid ni masuk pilihan raya kampus untuk jadi MPP. Kira memang gempak lah kalau jadi MPP ni kan. Dah macam politician gitu. Kempen geng-geng lama ni, fuh. Manifesto, fuh. Mengangkat habis semata-mata nak dapatkan undi termasuk dari geng masjid ni lah. Well geng masjid ni ramai dan agak influential gak la dalam kampus. Time tu memang MPP ni jadi sandaran dan harapan junior-junior untuk kononnya membela nasib students. Tapi calon-calon MPP ni bila dah menang, bukan semuanya ikut manifesto pun. Mereka ni lebih manis di mulut dari rajin bertugas. Bila sampai bab nak jemput untuk rasmikan apa-apa hal berkaitan agama, mula lah buat muka, mula tunjuk malas. Memang obvious kot. Tak boleh nak hide dah muka dan reaction tu. Kita ni mampu perhatikan je, nak tegur nanti dia cakap kita ni lupa daratan, hipokrit etc etc. Jadi baik diam dari kena bebel.
Lama-lama, kita dah mula nampak perangai geng-geng ni. Zaman kita sekapal dengan mereka, ke langit mereka julang kita. Bila kita kembali ke fitrah, kalau boleh macam tak kenal pun ada. Bila kita buat benda baik sikit, akan ada yang kata kita ni berlakon. Ada yang hina, siap kutuk depan-depan pun ada. Tapi Allah ajar kita untuk sabar kan? Nabi sendiri berdakwah pun kena cemuh. Asal ada isu agama yang naik di media sosial, mereka akan hentam tanpa selidik. Mereka menghina secukup-cukupnya, padahal zaman pilihanraya MPP dulu kalau boleh sujud kat geng-geng masjid ni, mereka akan sujud. Betapa talam dua muka dan hipokritnya mereka semata-mata nak kejar kuasa dan pangkat. Ramai juga dari geng dulu dah berhijrah. Memang masing-masing dipulau dan dihina. Bila saya perhatikan perkara ni, dalam hati cuma terdetik satu je :
“Bila kita kembali ke jalan yang benar, kita akan melihat siapa sebenarnya rakan-rakan kita”.
Tak perlu google, tak perlu bersusah payah untuk buat research untuk fikir cara jaga hati kawan. Kawan yang baik akan kekal, dan kawan yang opportunist atau one sided ni akan tinggalkan kita bila kita jadi yang lebih baik.
– Hamba Allah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit