Assalamualaikum. Terima kasih admin, sekali lagi approve confession aku untuk disiarkan.
Sebelum ni aku ada tulis confession “Aku Anak Orang Kaya Dan Ini Luahan Aku“. Kali ni lebih kurang sambungannya. Top comments yg lepas ramai kata apat belajar nama brand selain dapat tahu serba sedikit tentasng kehidupan kami. Untuk pengetahuan semua, aku ni rakyat jelata biasa je. Menumpang sikit hasil titik peluh orang tua aku. Aku takda la buat apa-apa pun. Bab-bab bisnes ni memang otak aku kosong. So aku masuk bidang kesihatan sebab bagi aku jaga manusia legi senang dari nak jaga duit, saham, harta manusia. Kenapa? Sebab satu sen pun berat nilainyaaa. Aku tak mampu nak tanggung nilai satu sen tu kalau ada sebarang perselewengan. Jaga manusia ni walaupun agak rumit, aim dia satu j. Nak bagi dia sihat, nak improve his quality of life. So aku and team cuma perlu cuba sedaya upaya nak bagi orang lebih sihat. Senang. Otak pun tak payah fikir mengira untung rugi sepanjang hari :)))
Ada komen2 yang kata untung la lahir dalam keluarga kaya. Well, Allah maha adil. Dia cukupkan seseorang dengan sesuatu, itu betul. Tapi sebagai manusia, hamba Allah, we cannot have everything. We simply cannot. Contoh. Ada duit, tak semestinya ada kesihatan yang baik. Rumah besar, tapi zuriat takda. Contoh senang mak abah aku la. Nikah 9 tahun takda zuriat. Mujur la abah aku setia, untung mak abah aku for having each other. Tapi boleh bayang kot, 9 tahun berdua je. Macam-macam ikhtiar tapi rezeki dapa zuriat belum sampai. Allah bagi rezeki kat lain dulu. tahun ke-10 nikah mak aku pregnant tapi ujian lagi bila abang long aku dilahirkan stillborn. Aku tak dapat bayangkan perit mak abah aku lalui time tu. Anak yang dinanti 10 tahun, lahir-lahir meninggal. Tapi alhamdulillah, the year after, mak aku pregnant kembar tiga. All boys. Dua tahun kemudian aku pulak muncul. Jadilah keluarga bahagia. Tapi (tapi lagi) kan aku kata, as human we cannot have everything. Mesti akan ada ujian. Salah seorang abang aku kena leukemia masa dia 6 tahun. Leukemia ni cancer darah ye tuan2 puan2. Dia jenis acute lymphocytic leukemia (ALL), memang prevalence kat kanak-kanak. Aku ingat lagi masa aku darjah dua, aku tengok abang aku terlantar atas katil hospital, wayar penuh sana-sini. Abang ngah dah jadi rupa lain. Badan dia swollen, kulit kusam, rambut banyak gugur. Sepanjang abang aku sakit tu aku memang terabai sikit sebab abang yang lebih perlukan perhatian kan. Siang malam mak aku jaga, teman chemo. Aku pun tolong sikit-sikit, ambik bekas kalau nak muntah, lap-lap dia. Aku rasa, aku matang sebelum usia dah time tu. Abaang aku pergi menghadap Pencipta masa dia 13 tahun. So tinggal la kami tiga beradik.
Ada yang kata, jadi macam tu sebab duit tak berkat la, makan duit haram la. Allahu’alam. Sebenarnya bila masuk bab ni aku jadi kelu nak komen. Aku percaya setiap orang ada bahagian dia. Setiap orang akan rasa senang, akan rasa susah. Setiap orang diuji dengan ujian yang dia mampu tanggung. On the bright side, aku rasa mak abah aku untung sebab dah ada dua orang anak yang akan tunggu mereka di pintu syurga. Inshaallah. Mak abah tinggal nak perbaiki hidup masing-masing je sebab anak tunggu dah tu kat sana.
As for me, aku still prefer hidup secara average. Masa sekolah menengah je aku naik hantu sikit. Nak kereta, usaha sendiri. Nak phone, kerja. Duit beli sendiri. Kalau abah rasa dia nampak effort aku, dia topupkan sikit duit as a reward atas effort aku. Anyway, disebabkan aku selalu berpakaian “biasa2” dan tak bergaya persis Kendal dan Kylie, bila masuk tempat mahal-mahal orang mesti pandang semacam. Jubah hitam, sneakers/crocs, masuk retail makeup nak try itu ini. Orang tak layan doh. Lagi orang ingat aku nak main-main makeup ada la. Sales assistant pun acuh tak acuh je sebab pakaian aku. FYI, aku perasan dah perbezaan tahap layanan kalau bila kita dress up sikit. Aku pernah rasa nak buat experiment maka aku saja pakai mahal-mahal masuk kedai. Kat pergelangan tangan tu pinjam la bracelet Cartier mak aku, pakai jam Rolex abah hadiahkan, bawak bag Kelly Hermes. Layanan sangat vavavoom okay. Kau cakap je “I’m looking for this particular shade that would make me look fierce but sexy and feminine at the same time” hah bergegas la orang tu nak cari barang yang kau nak. Dari gaya pun kita nampak dua bersungguh-sungguh. Tapi bila aku pakai sandal biasa, jam getah FOS, boleh nampak la beza layanan tu macam mana. Siap kena tolak lagi waktu aku tengah testing-testing lipstick. Dia tolak (macam menepis) aku sebab customer yang dia tengajj attend tu bawak paperbag LV, nak tengok lipstick kat section yang aku tengah try try tu. So korang nampak tak, manusia ni terlalu pandangkan luaran, terlalu takut dengan status orang? Ini semua aku tak berkenan. Sebab tu, aku simpan kehidupan mewah aku tu senyap-senyap. Kawan-kawan pun tak tahu. Biar hidup tu jadi private life aku. Dan dengan cara ini jugaklah aku dapat mengenal manusia.
Aku harap para pembaca, andai kata kalian satu hari nanti ditakdirkan untuk memiliki harta yang banyak, jangan la, tolong jangan jadi angkuh. Sebab once kau menghambakan diri kepada harta dan nak compete dengan orang lain siapa lagi trendy, siapa lagi kaya, kau akan penat. Lama-lama kau hilang arah. Mungkin benda aku cakap ni macam cliche, benda simple. Tapi benda simple2 ni la bila kau layan akan memakan diri.
Aku nak nikah tahun depan inshaallah. Dengan classmate aku time belajar dulu. Ingat tak aku pernah kata sorang je kawan yang pernah tengok rumah keluarga aku? Ha dia lah orangnya. Dia hantar aku balik time tu sebab aku terdesak sangat. Abah aku nampak dia, ajak masuk minum kopi dan beliau berkenan. Tahun kemudiannya mak abah aku pergi meminang mamat tu. Aku malu taktau nak cakap macam mana tapi itulah dia kisahnya. Si dia terima. Rasa lawak sikit la. Si dia stock turun surau, baik, aku ni macam kipas berkarat. Loud and annoying. Doakanlah aku ye. aku baru tunang minggu lepas dan masih terpinga-pinga. Ok lah kisah aku semakin hambar. Maaf. Aku harap kita semua dilindungi dari menjadi hamba duit. Nampak kecik je benda ni tapi padah dia..naudzubillah. Ingat, semua orang dapat rezeki dan rezeki tu Allah sediakan CUKUP untuk keperluan kita. Kalau nak lebih, usaha secara bersih. Inshaallah berkat. Kalau tak boleh handle richness, buang jauh-jauh. Hidup simple-simple. Fikir benda relevant sahaja. Otak pun tak serabut sangat. Baiklah aku nak masuk shift dah ni. See you when I see you!
– Lady N
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit