5 Sebab Mengapa Anda Harus Mengembara Solo

Assalammualaikum. Sedikit pengenalan, aku seorang yang sangat introvert dan masih belajar disebuah universiti. Apa yang aku perhatikan, sekarang ni trend ramai orang suka melancong dengan kawan kawan tak kiralah dalam dan luar negara sebab ticket flight sekarang dah senang nak cari yang murah dan ramai orang akan share itenary lepas melancong. Jadi melancong jadi lebih mudah dan senang zaman ni. Apa yang aku tak berapa berkenan bila orang melancong semata mata untuk bergambar cantik cantik,upload kat instagram untuk dapat like yang banyak. Yup,tak salah. Itu duit anda,hak anda. Apa yang aku nak sampaikan kat sini, kalau anda berpeluang pergi melancong ke tempat orang, kenapa tidak gunakan peluang itu sebaiknya?

Aku dulu pun selalu travel dengan kawan kawan dan berjenis jenis orang dah aku travel bersama. Memang ada yang jenis bergambar berjam jam tapi satu cerita pasal tempat tu pun dia tak amik kesah. Rugi kot bayar mahal mahal untuk melancong tapi tak belajar apa apa,yang dapat cuma gambar untuk di insta. Rugi rugi.. Jadi bila aku dah sampai tahap fade up travel dengan orang jenis camni, aku start travel sorang sorang. Yup, sounds scary for an introvert person like me. Lagi lagi aku ni sorang perempuan yang pakai tudung. (tudung ni buat orang takut untuk travel ke luar negara) Tapi lepas tu aku cam ketagih travel sendiri. Hal ini demikian kerana:

1) Kau boleh travel ikut sedap kau je. Tak payah fikir orang lain. Tak payah menyirap tunggu member bersiap berjam jam atau bergambar lama lama.

2) Kau akan dapat ramai kawan baru. Serious waktu awal awal, aku takut nak travel sorang sorang sebab rasa cam tak selamat, rasa sunyi tapi sebenarnya tak. Aku ni dulu jenis susah buat kawan. Kawan aku kat uni cuma housemates dan classmates. Tapi sekarang kawan dan kenalan aku dah ramai dan yang dari negara lain pun banyak. Bila aku travel sorang sorang,orang akan lagi senang nak tegur aku dan cuba nak berkawan dengan aku. Lagi lagi kalau join tour ke,lagi senang nak buat kawan. (Tapi awas,anda masih harus berhati hati dengan orang,jangan senang percaya orang) Dan walaupun aku ni introvert, tapi bila travel sorang sorang,aku seakan akan push diri aku untuk bercakap dengan orang, which is a good thing.

3) Kau akan jadi lebih berdikari dan kreative sebab kau cuma ada kau je masa tu. Jadi nak taknak kau akan selesaikan semua masalah sendiri. Dulu kalau travel dengan kawan kawan, aku ikut je dorang nak pergi mana atau google/waze je semua tempat. Mulut aku paling berat kalau nak tanya stranger tentang jalan ke apa. Yelah,introvert kan. Tapi sekarang aku dah reti guna map,jadi kalau travel kat luar negara,tak payah beli internet pun, I still can survive by using map dan tanya orang je. Kalau orang tu tak reti guna English pulak,lagi best. Kau akan jadi lebih creative untuk communicate without using words (use expressions or body language or paling best lukis lukis gambar untuk explain sesuatu)

4) Favourite quote aku, “travelling leaves you speechless but it turns you into storyteller”. Bila aku travel sensorang, aku belajar untuk lebih menghargai tempat yang aku pergi tu. Aku belajar pasal sejarah atau cerita disebalik tempat tu. Aku berborak dengan orang tempatan kat situ. Belajar culture kat situ. Jadi dari situ aku belajar banyak benda. Tak sama macam bila aku travel in a group. So it really does turned me into a story teller.

5) Paling penting, kau akan belajar untuk meletakkan keyakinan hanya kepada si Dia. Sebab bila kau travel sorang sorang,yang sentiasa ada dengan kau tu cuma Allah. Bila nampak view yang cantik, kau akan teringat kat Allah dan bila dalam keadaan susah pun kau akan teringat dan doa kat dia. Jadi kau akan lebih faham maksud tawakkal itu sendiri bila kau bersendirian.

Banyak lagi benda aku nak share, tapi cukup sampai sini je. Kepada yang masih teragak agak nak travel solo, aku sarankan kau pergi je dulu. Jangan risau apa orang nak kata, betulkan niat dan mintak Allah permudahkan. Lagi satu tips penting yang aku sentiasa amalkan (boleh guna everyday jugak) waktu keluar tu baca (dan fahamkan)Bismillahi tawakkaltu ‘ ala Allah, la ḥaula wa la quwwata illa billahi aliyyil azim. (Maaf kalau salah eja) dan baca ayat kursi. Insha Allah, Allah permudahkan dan perlihara perjalanan kau haritu.

– Avid traveler

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit