Assalamualaikum. Dah lama aku pendam mende ni. Peritnye kadang rasa nak nangis. Aku kena luah jugak biar satu Malaysia tahu perasaan orang dapat ptptn sikit terus digelar ‘anak orang kaya’.
Aku pelajar ipta dan sekarang dah tahun kedua. Aku mendapat PTPTN dengan pinjaman yang sedikit sahaja berbanding kawan yang lain. Anehnya, mendapat hutang yang sikit terus dicop ‘ anak orang kaya’ !! Bila aku pergi makan dekat kedai baru, dorang pun ” orang kaya bolehla” padahal kedai makanan tu jual harga sama je dengan kedai lama. Beli kasut kat BATA pun ” Dia kaya bolehla beli kasut BATA” padahal kasut tu RM40 je sama harga dengan kasut BARU KAU tapi ada aku perli anak orang miskin beli kasut baru ? Takde kan. Aku jaga gila hati kau kawan, tapi kau jaga hati aku?? Kau terus perli hari demi hari kadang aku rasa fedap gila nak kawan dengan otak kau. Manusia dia ni macam ” asal iphone je kaya , asal bodoh je kau” Haa. Lebih kurang camtu.
Laptop ASUS pun dia kata kaya hahahaha. Aku memang penyabar gila. “Dia kan orang kaya” Kawan lain tambah. Aku diam je. Aku malas layan mende remeh camni. Tapi bila dibiar mende remeh ni lama-lama jadi teruk. Hati yang penyabar tu rasa nak meletup kebabommm !! Aku tak tahan. Aku cerita masalah ni kat abah aku. Abah gelak je. “Kaya kat mana ntoh, kalau dah kaya abah ada rumah sendiri ni pun dduk rumah sewa kayu buruk lagi”.
Aku cuma menumpang hidup mak ayah aku. Aku tak kaya. Aku berdikari. Beli barang guna duit sendiri. COPP! Kau kata kau beli iphone baru refurbish harga RM100? takyah membongak. Takde harga tu. Tu kau kena tipu. Atau kau tipu aku nak elak aku kata lah tu. Mulut aku tak sebusuk mulut kau. Mengata orang dia yang lebih. Eloklah dengan kau. Setengah orang bila dy afford beli dengan harga mahal maksudnya dia pentingkan kualiti. I mean barang dari segi kasut, elektronik. Kalau setakat baju, seluar harga murah2 takde kualiti pun tkpe. Asal lawa. Orang taktahu mahal ke murah.Kalau beli iphone harga 100 apa kau ingat tahan setahun ke? Kena beli plak yang baru. EH lupa, kau miskin tapi mampu beli handfon baru. Kasut beli murah, kalau makan kaki kau kau sakit gak.
Satu je aku mintak mana-mana manusia yang terasa. Kalau kau ada kawan yang KAU RASA DIA KAYA. Dan kau RASA KAU MISKIN TERAMAT TAPI kau afford beli kasut baru, baju baru, bantal baru, bear baru. Satu je nak pesan. Jaga HATI kawan kau yang rasa kawan kau kaya sangat tapi takpernah cerita kekayaan dia kat kau. Sebab dia jaga hati kau gila tak pernah nak aibkan kau. Dan lagi satu. Kalau aku kaya aku tak mintak ptptn bayar yuran aku. Sekian terima kasih.
– cik braces
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit