Assalāmu’alaikum wa rahmatullāhi wa barakatuhu,
Confession ini adalah untuk bacaan bersama dan aku harap adab-adab ini dapat diamalkan supaya lahirnya masyarakat yang bertimbang rasa, tidak kira umur. Kalau tak setuju, boleh komen elok-elok In sha Allāh, kita bincang.
1) Beri laluan untuk orang keluar dahulu.
Ini selalu berlaku di pengangkutan awam, lif, musolla dan tempat-tempat yang sempit ruangnya. Kita selalu perasan di stesen LRT, apabila orang nak keluar, selalu congested sebab jalan kena block? Kan senang dan nampak beradab kalau kita give way kepada orang nak keluar dulu, Kita lihat di United Kingdom dan Singapura, budaya ni diterapkan. Kalau kita nak jadi first-world country, kita jadi kena la jadi civilised dan considerate. Time solat pun semasa waktu puncak, solat jemaah itu tak salah. Tapi kalau kau berlama-lama, zikir ramai-ramai sampai orang terlepas waktu solat, fikirkanlah semula. Nanti ada yang bermasam muka di musolla.
Aku perasan ada yang main rempuh nak masuk, tak kira orang nak keluar. Jangan risau, LRT, lif tu tak lari pun. Cuba bayangkan perempuan mengandung, OKU, warga emas nak keluar tapi kau halang, kan lagi susah untuk mereka. Kalau jatuh? Benda ni memang common sense tapi ramai yang tak alert. Kalau kau nak cepat, orang lain pun sama, tapi jangan la selfish, tak pasal-pasal, sebab kau, semua tergendala. Apabila orang di luar tegur kita tentang benda ni, terima, walaupun pahit. Kau jeling pun tak membuktikan kau betul. Dekat LRT pun dah letak line untuk beratur tepi dan stay out of the yellow box. Mari sama-sama amalkan In sha Allāh.
2) Kemas sisa makanan, pinggan dan gelas selepas makan di restoran makanan segera.
Aku ingat lagi ada saudara kita post tentang kebersihan di IKEA. Basically, this is all about mindset. Salah ke, lepas kau makan, sos yang tumpah, pinggan yang berterabur, air tumpah, kau tolong lapkan, stack the plates and cups – ni the least yang kau boleh tolong untuk ringankan kerja orang. Tak salah pun, plus, mana tahu kau dapat gembirakan hati pekerja di sana, apa salahnya. Kau yang makan juga kan. Kalau kau mampu round satu IKEA, takkan la angkat gelas dan pinggan beberapa biji tak boleh. Sedih tengok kadang-kadang meja dekat McDonald’s bersepah ditinggalkan begitu sahaja. Be considerate, people, you’ll see good changes coming up. Kalau kita tahu dress up, muka nak lawa, badan nak bersih, tapi berhenti takat tu je. Cost and worth are two different things. Is your self worth equal to how you happen to appear and act in public?
3) Clean as you go!
Point ni telah dibicarakan di atas tapi ni untuk toilet specifically. Please bersihkan toilet lepas kau guna, orang lain pun nak guna. It’s a quasi-public good, hence everyone deserves to use it. Dah melepas tu, siram la, jangan la berkecah sini-sana, sampai orang terduduk atas buangan kau. Kalau kau taknak kena macam tu, kau pun jangan buat macam tu. Itu bukan kerja cleaner, itu kerja kau. Cleaner bukan pembersih najis kau, their job is to maintain the cleanliness of the toilets, not clear off the remains of your business. Kau selesa ke dengan cara kau habiskan urusan tu, kau pergi solat. Jaga kebersihan, saudara dan saudari. Habit ni starts from home, kalau kau rasa susah sangat nak buat kat luar, kau start dekat rumah. Every time kau guna toilet, kau siram biar bersih. Kalau rajin, guna la Harphic ke, Ajax ke, etc. Cuba bayangkan 1 million Rakyat Malaysia amalkan benda ni, tak ke bersih public toilets.
4) Jangan la bunuh orang.
Betul, jangan biar orang jadi passive smoker sebab kau. Mereka tak rela pun. Tak pasal pasal, dorang dapat cancer, kau seronok menghisap rokok macam keretapi. Ni dekat tempat makan, public parks, bus stops. Kau mesti cakap tu hidup kau suka hati la, namun masalahnya kau libatkan orang lain. Salah, kalau kau ingat, dengan vape kau, muka taiko, rantai, tattoo bagai, kau akan get away with it. Aku taknak bahas bab haram rokok dan vape ni sebab dah clear, kau nak debat, aku bukan orangnya.
5) Beratur jom
We queue for everything, yes. Itu kan tanda kau seorang yang bertamadun. Jangan la main sondol je, lepas kena sound kau naik marah pulak, ataupun buat pekak. Kau nak cepat, orang lain pun ya. Kalau betul-betul emergency, minta la izin. Macam haritu, di airport dekat immigration clearance, queue panjang, seorang uncle tu rush sebab flight dia nak depart dah, dia minta izin sorang-sorang, tu pun dah cukup. Aku tak suruh melutut pun minta izin, kalau kau face everyone and ask for permission, orang pun tak sampai hati nak tolak. Jangan la potong queue, lepas tu buat muka sekupang. Bagus kan kalau jadi courteous.
6) Give way, please
Ini lazimnya dekat escalator. Mari kita amalkan stand in one lane bila naik escalator, jadi orang nak rush pun takda la tersekat-sekat. Dekat LRT pun ada tulis, stand on the right. Kan senang kalau semua stand in one lane, takda la terkocoh-kocoh di escalator, mahu ada yang terjatuh, parah pulak.
Setakat itu sahajalah confession aku kali ni, aku dah lama nak post benda ni tapi tak sempat. Aku harap semua yang baca dapat iktibar daripada post ni. Kalau tak setuju, boleh komen dengan sopan, aku boleh reply In sha Allāh. Selamat beramal!
– Hanya Rakyat Biasa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit