assalamualaikum. Kalau admin sudi siarkan harap2 dapat dikongsikan bersama apa yang aku alami sendiri.
aku pernah terbaca satu buku ni hasil penulisan cik puan Insyirah. Mungkin ada yang tak pernah dengar dan baru kali pertama dengar. Alhamdulillah ditemukan dengan buku tu buat aku sedar dan muhasabah diri semula (terima kasih buat penulis buku) Aku memang silent reader dekat page ni sebelum ni. Boleh kata semua cerita aku selalu baca. Baru-baru ni aku terbaca pasal solat dhuha, tahajjud dan sebagainya.
kat sini aku nak kongsi pengalaman aku sendiri. Kadang-kadang kita lupa nak tanya Allah dahulu untuk setiap hal yang kita lakukan. Kita ingat kita hanya boleh mengadu bila dalam solat je. Hakikatnya di mana mana pun Allah sentiasa dekat dengan kita. Sedarkah kita bahawa kasih sayang Allah tu lebih dalam daripada kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
ok , aku bagi beberapa situasi ringkas yang boleh korang jadikan sebagai amalan.
situasi 1
Satu kejadian sebelum pergi ke pasar malam nak beli buah aku bagitau dulu kat Allah yang aku nak beli buah epal. (Biasanya dekat pasar malam kebanyakan buah epal 8 biji rm 5). Aku berdialog dengan Allah, “Allah, kejap lagi aku nak pe pasar malam nak beli buah epal. Tapi aku nak buah epal yang besar cantik2 dan merah 10 biji yang harga rm5.” Bila sampai je sana macam biasa banyak je buah yang 8 biji rm5. So, aku jalan lagi. Sampai satu tempat aku jumpa apa yang aku nak. Buah epal yang cantik, merah, besar dan yang pastinya 10biji rm5. Alhamdulillah, Allah makbulkan.
situasi 2
aku nak makan kek secret recipe. Tapi aku nak percuma. Aku mula berdialog dengan Allah. Aku cakap “Allah, rasa nak makan kek secret recipe . Tapi nak free. huhu.” Dua hari selepas tu tetiba ada kawan belikan kek secret recipe sebijik. Sebijik okay! . Dia belanja semua orang. Bukan 1 slice ja dapat makan tapi sampai dah muak kekenyangan. Subhanallah, betapa Allah mendengar setiap apa yang kita cakap.
situasi 3
aku pernah jugak mintak kat Allah rasa macam nak makan satay. Aku cakap kat kawan aku yang aku nak makan satay sambil2 bagitau Allah yang aku nak makan satay. Tak lama lepas tu ada orang datang bagi satay. Allahuakbar. Betapa Allah kasihkan kita.
situasi 4
Allah pernah uji aku dengan kejadian ragut. Dipendekkan cerita peragut dapat ditangkap. Aku berbelah bagi untuk tarik kes semula atau tidak. Macam2 pendapat orang cakap buatkan aku tak boleh berfikir. Aku mintak dekat Allah sungguh2 tunjukkan aku jalan penyelesaian. Aku istikharah utuk mintak jalan terbaik. Sebelum pergi ke balai polis aku berdialog dengan Allah semoga mudahkan urusan aku dan jangan serahkan sedikit pun keputusan atas diriku sebab aku tak tau apa2. Ditakdirkan mak ayah peragut datang jumpa aku untuk pujuk tarik kes. Masa tu Allah saja yang tau perasaan tu. Allah bagi jawapan tu. Aku pun tak berbelah bagi nak buat keputusan tu. Aku sendiri tak pernah expect yang aku akan jumpa parent peragut tersebut. Mungkin ada hikmah semua ni. Nak menangis rasa masa tu. Betapa Allah mendengar setiap rintihan kita.
situasi 5
Aku pernah mengalami kerosakan kereta. Tapi masa tu kereta tersengguk2. Tapi still boleh bertahan lagi. Setiap kali aku naik mesti aku akan bagitau Allah dlu supaya jangan matikan kereta aku sebelum aku sampai di bengkel. Lama jugak kereta aku bertahan. Kadang2 risau aku kereta macam nak mati tapi tak mati. Sampai satu masa dah betul macam nazak aku terus ke bengkel sambil berdoa supaya tak mati di tengah kesesakan jalan. Aku drive slow2 sambil bercakap dengan Allah jangan bagi kereta aku mati sebelum sampai di bengkel. Alhamdulillah kereta selamat sampai di bengkel. Rupa2nya haritu jugak bengkel tersebut baru bukak kedai setelah selama 2 bulan tutup. (Sebab aku selesa repair di bengkel ini). Maha suci Allah. DIA telah aturkan semuanya. Rupa2nya DIA bagi kereta aku bertahan lama sebab Allah dah tau kedai tu sebelum ni tutup. DIA bagi tepat pada masanya. Kasihnya Allah kat kita .
Sebenarnya banyak lagi situasi yang aku alami setelah amalkan betanya Allah dahulu. Cuma sekdar ini sahaja untuk perkongsian.
Apa yang aku nak cakap kat sini, setiap doa kita, permintaan kita walaupun terlintas, terniat Allah tu Maha Mendengar. Cuma kita je kadang2 lupa yang Allah tu sentiasa dekat dengan kita. Kita sangka yang kita boleh mintak hanya dalam solat. Kita sangka kita hanya bertemu Allah hanya dalam solat. Hakikatnya Allah sentiasa dekat dengan kita. Kita selalu lupa nak mintak dari DIA. Walaupun sekecil-kecil benda sekalipun dalam urusan seharian dan pekerjaan kita. Tak mintak pun kat Allah untuk tolong. Selalu berharap kepada manusia untuk tolong kita. Padahal Allah yang datangkan semua tu. Kadang2 kita rasa sesuatu benda tu mustahil nak dapat.Besar bagi kita tapi kecil bagi Allah. Harap-harap sama2 kita amalkan. Yang baik datang dariNYA. Yang buruk dari diriku sendiri. Salam.
– Cik Single
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit