Assalamualaikum.
Aku dan suami adalah bekas pelajar UIA. Kami sekeluarga berhijrah ke luar negara dan sudah hampir 2 tahun kerana suami aku harus menyambung pengajiannya dlm bidang phD kejuruteraan di bawah tajaan Kementerian Pengajian Tinggi dan salah sebuah universiti tempatan di tanah air.
Best bunyi nya kan pabila menyambung pengajian dan ada pengalaman tinggal di luar negara? Tujuan aku menulis adalah untuk menidakkan pandangan sesetengah masyarakat yg berkata pelajar yg belajar di luar negara hidup mewah dan membazir wang kerajaan dgn keluar bercuti ke sana ke mari.
Hakikat sebenarnya, hanya org yg pernah melalui susah payahnya berada di perantauan yg memahami betapa kami yg tinggal di sini bukanlah seindah yg kalian nampak di fb mahupun di mana-mana ruangan media sosial.
Untuk pengetahuan, pelajar yg belajar di luar negara kebanyakannya sentiasa mengikat perut pabila elaun yg di tunggu tak kunjung tiba malahan lebih lewat daripada tarikh yg sepatutnya. Dan kebiasaannya elaun di bayar setiap 4 ke 6 bulan sekali bergantung pd university yg menaja. Kami harus sebijaknya menggunakan wang untuk memastikan wang tersebut cukup sehingga dapat elaun seterusnya. Wang elaun yg di terima kami perlu langsaikan hutang sewa rumah, segala bil-bil air, elektrik dan internet, serta belanja keperluan harian. Lebih parah pabila elaun lambat diterima, tuan rumah sudah bersedia untuk mengutip sewa rumah yg wajib dibayar tepat pd masanya.
Kebanyakan pelajar dan ‘dependents’ bekerja part time untuk mencari wang saku bg menampung pembelajaan kehidupan seharian. Kami disini, bukanlah semewah yg kalian bayangkan. Kami belajar dan bekerja lebih masa untuk mencari wang saku, dan menampung duit elaun yg tidak cukup. Dari wang saku kerja tambahan itulah kami simpan dan gunakan untuk kembara ke negara-negara lain mencari pengalaman dan mengutip ilmu dinegara lain. Itu pn kami sentiasa menggunakan bajet yg paling jimat dgn memasak mknn sendiri, cari tmpt penginapan yg paling murah, dan berkongsi trip utk menjimatkn apa yg perlu.
Aku dikelilingi sahabat yg bekerja sambilan sebagai tukang cuci, tukang masak, menjaga anak orang, berniaga dan bermacam jenis pekerjaan yg boleh mmberi kami pendapatan tambahan. Aku tahu besar ertinya nikmat dan ujian yg tuhan berikan pd kami, untuk lebih menguatkn kami pabila berjauhan daripada keluarga.
Hakikat survival pelajar di perantauan yg ramai tidak tahu, yg kalian nampak hanyalah kemewahan kami bercuti ke negara-negara lain, sedangkan kami cuma hanya keluar melepaskan lelah belajar sama seperti kalian berhujung minggu di Malaysia dgn berjalan ke sana sini. Kami disini masak makanan sendiri, kami rindukan makanan malaysia, kami rindukan suasana meriah di malaysia, tapi apakan daya, kami di sini berjuang untuk menuntut ilmu. Aku harap kalian buanglah persepsi kami mewah hidup di perantauan. Kami pn sama seperti kamu di Malaysia, struggle to survive for a better life.
– Namaku N
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit