Dapat Dekan Dengan Rileks

Aku nak cerita mengenai Anugerah dekan. Mungkin bagi sesetengah orang “ahh kacang je ni” dan setengah lagi tak pernah bermimpi pon untuk dapat title tu malah dengar pon dah menyampah. Aku pula pernah berada dalam kedua-dua kategori tu dimana daripada kategori pertama kepada yang kedua. Katakan tiada satu benda pon yang mustahil untuk kita lakukan jika orang lain boleh selagi otak kita normal! Ok macam ni.. aku dulu pelajar asasi kau tau je la kan mula-mula masuk tu macam mana? ketika disekolah semua cikgu suap bila masuk kaki separuh ke universiti ni tak ada sape-sape peduli. Sukati la nak bodoh sampai kiamat pon. Tak ada yang guide.

sem pertama aku boleh katakan hidup aku macam zombi. bukan zombi dalam train to busan tu tapi zombi kampung pisang tak tentu arah, hampir tak faham langsung belajar, tutor tak siap, tidur tak cukup dan dalam kelas asyik tersengguk sebab penat. Jangan kata aku tak belajar dan asyik berjoli je tau.. aku tidur tak cukup tu sebab belajar la sampai jarang keluar, jarang bersukan dan hadap buku je. Akhir sekali, setelah penat lelah aku dapat result 2.8+ je. Speecles. Allah je tau perasaan aku. So time tu aku reflek diri balik, apa salah aku dari segi cara belajar dan hubungan dengan allah. then it came out with the answer bahawa aku perlu bersyukur dengan pemberian allah sebab aku pernah terbaca ayat dalam quran yang lebih kurang maksudnya ” bersyukurlah dengan pemberian allah maka akan ditambah2 lagi kenikmatan jika engkau tak bersyukur allah akan tarik lebih banyak nikmat.” sepotong ayat ni la yang aku jadikan kekuatan. Tindakan pula, time cuti sem tu aku rangka strategi belajar. Target aku, cemerlang tanpa stress, mengantuk dan penat. Sini aku nak kongsi sket:

1-Ubah cara makan. selalu makan benda yang berkhasiat dan pastikan cukup semua nutrisi. rasa macam mustahil nak buatkan? hujung minggu tu daripada keluar shopping jajan, belilah buah, sayur, susu. Tiap hari, makan kismis, kurma, susu kambing, vitamin. Makan ikut waktu. jangan tinggal walau satu waktu. Makan malam pula sebelum pukul 8.

2-ubah cara belajar. baca nota sebelum ke kelas, selepas kelas dan buat nota semua yang dah belajar pada minggu yang sama. fokus dan catat semua benda penting yang keluar dari mulut pensyarah. Dalam kelas tutup fon, jangan tidur dan terus bertanya jika tak faham. kalau ada kuiz mengejut/hal kecemasan pon kau akan relek je.

3-Tidur awal, bangun awal. tak payah acah2 study hard, aku pukul 11 dah tidur. Esoknya bangun la awal sket dalam pukul 5 ke. tak payah cakap ‘aku lebih efisyen study malam buta” sebab semua kajian setakat ni katakan kecekapan otak paling bagus waktu pagi. Insya allah kalau buat macam ni, dalam kelas tak ngatuk, belajar mudah masuk,otak sentiasa fresh dan kau pon tak stress.

4- Siapkan assignment AWAL. Dapat je tajuk terus buat jadi bila dah siap boleh tanya penyarah untuk pembetulan bila due date kau akan hantar benda tu dengan sempurna.

5- Beriadah untuk sihatkan badan, cerdaskan minda. sekurangnya sekali/dua seminggu.

6-Buat kerja amal, tolong aktiviti surau ke, selalu tolong kawan, sedekah, selalu call mak.

7-dekatkan diri dengan allah. baca quran pagi dan malam, buat yang sunat2 tu sket.

Lebih kurang je kan dengan tips orang lain? Tapi alhamdulillah, sem 2 keputusan aku sangat ketara. Aku dapat dekan! beza pointer hampir 0.8. Yang paling best, aku tak stress, belajar relek, hidup terurus, dalam kelas tak mengantuk, banyak masa free sampai aktif kolej dan selalu keluar badan aku pon lebih sihat. Sampai sekarang pon aku masih guna cara yang sama dan improve dari masa ke semasa dan keputusan aku pon lebih kurang je. kalau tak dekan pon hampir2 dekan. Saya dah ubah, anda bila lagi?! semua orang boleh selagi mahu mencuba.

– SUH

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit