Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kerana sudi siarkan cerita aku. Aku pon terjebak sama nak cerita kat sini sebab layan iium confession ni best. Lagi-lagi cerita mistik ni. Cerita dia buat aku terkenang kisah 12 tahun dahulu.
Kisah dia macam ni. Ketika tu, tahun aku ambil stpm, adik perempuan aku (Nor) darjah 5. Ok Nor pada hari tu, subuh-subuh hari dia da mandi. Tiba-tiba tak taw la ape salah dia, bapak aku datang marah-marah. 5 minit lepas tu Nor sawan. Ini kali pertama Nor kena sawan dan ini kali pertama jugak keluarga aku kena handle orang sawan. Ok pendekkan cerita kitorang terus bawa Nor pergi hospital lepas keadaan dah reda. Kat hospital doktor minta air tulang belakang tapi tak berjaya. Dalam 3 hari jugak la Nor kena duduk hospital sebab doktor nak pantau. Bapa aku pula ambil inisiatif lain pergi ambil air tangkal.
Bapak aku balik rumah tanya kat adik-adik yang lain. Adik aku kata dia main basikal kat belakang rumah time senja. Adik aku ni ada terserempak dengan Nor pada hari kejadian, jam 4 pagi dalam bilik. Nor tengah duduk mencangkung sambil pandang atas syiling. Like pandang atas, kepala pusing 180 degree pastu kepala terteleng ke kiri dengan air liur meleleh. Bapak aku tanya tu sebab kat hospital Nor ni kemain kuat lagi melawan tak nak kena cucuk (nak ambil air tulang belakang) dengan doktor. 5 orang pegang pon, Nor still boleh melawan. Tenaga Nor kuat betul hari tu, padahal Nor ni kurus keding je. Budak umur 11 tahun kan kecik je kan (adik aku je lah kot) tapi still doktor dan nurse tak boleh nak handle. Sampai luka-luka tangan doktor tu dibuatnya. Dengan alasan tu la bapak aku tak berlengah lagi pergi ambil air tangkal.
Ok pendekkan cerita lagi. Hari last tu turn aku jaga Nor sebab nak bagi mak rehat pulak. Keadaan Nor masa tu da ok, tak sawan da tapi benda lain pulak jadi. Mata dia tiba-tiba terbeliak melilau ke atas syiling dan dinding dengan badan yg mengeras je. Dalam 2-3 minit jugak la kalau dia memandang syiling tu. Tapi mak aku kata sepanjang mak aku jaga tu, Nor ok je. Ke sebab time tu aku tengah datang bulan? Masa tu aku cuma mampu sapu air tangkal tu sambil baca2 la apa yg patut. Siang boleh la berani kan.
Ok malam plak. Aku tak taw la kenapa kemain sunyi lagi hospital ni. Padahal baru jam 10. Nor tido tenang je time tu. Tapi dia buat hal lagi wei. Start jam 11.30 malam sampai ke jam 12.30 malam. Non stop. Mata Nor terbeliak terjegil melilau pandang dinding. Pandang kartun besar-besar kat dinding, donald duck dan mickey mouse. Haih aku taw la ni wad kanak-kanak. Dalam bilik tu je kartun sampai 5, 6 ekor! (hehe ekor la kan). Si Nor ni plak dok main lawan mata dengan mata kartun tu. Mata taw, kaki dia tak pandang. Habis semua mata kartun Nor tenung. Dinding atas kepala dia pon die gigih nak pandang. Mata melilau-lilau. Kepala da 360 degree memang habis pulun dia nak memusing dalam keadaan baring. Time ni kalau ko panggil-panggil pon dia dah tak sedar ape dah. Ko baca apa-apa pon tak jadi. Ok jgn risau takde makhluk ke 3 terlibat dalam cerita ni. Huhu, tapi seram jugak kalau benda tu muncul tetiba mana aku nak lari. Aku memang dalam mode standby nak lari je. Jantung aku jangan cakap la, macam nak tercabut. Tapi bila Nor da sedar die plak terloncat tengok muka aku! Dia kata muka aku merah menyala! Jeng jeng jeng. Huh buat suspen je. Ni gara-gara salah produk la ni. Ala sape pernah pakai produk tu dia taw la kot. Produk Na****a yang buat muka jadi merah macam terbakar. Tak masal aku plak yang jadi hantu malam tu. Wakakaka.
Esoknye da boleh balik. Doktor just nasihat pantau keadaan adik aku je. Doktor pon tak dapat nak cari punca keadaan adik aku jadi gitu (mata terbeliak tu). Sebelum balik, nurse bagi meal tengah hari. Mak aku ambil nasi sepinggan untuk 2 orang, ayam 2 ketul. Banyak jugak la nasi tu..kalau aku makan sorang memang tak kan habis punya. Aku dan Nor pulak masing-masing kata tak lalu nak makan. Nor kalau time ok, die normal, boleh borak macam biasa. Aku suruh die makan dulu, dia kata tak nak, dia suruh aku makan dulu. Aku malas nak makan sebab mata aku dah macam kena gam, nak angkat mata pon da tak boleh, ngantok yang amat sebab berjaga malam. Aku duduk letak kepala atas meja layan mengantuk.
Dalam aku membebel-bebel tak nak makan tu, aku angkat kepala (sebab xde org respon soalan aku) tengok-tengok si Nor ni da kena balik penyakit mata terbeliak die tu. Tapi time ni bukan setakat mata terbeliak. Kali ni 2 2 tangan dia automatik ramas-ramas nasi. Lepas tu Nor makan nasi dengan gelojoh, makan pakai 2 2 tangan pulak tu. Ala ko pernah tengok tak cerita ‘Jangan Pandang Belakang’ yang nenek makan nasi kat dapur tu. Haa macam tu la. Tak sampai seminit habis dia pulun nasi untuk 2 org tu. Dengan ayam skali die bedal, tinggal tulang. Padahal Nor ni sejenis makan sikit taw. Da jadi macam tu, mak aku pandang aku, aku pandang mak aku, terkelu lidah. Habis je makan adik aku sedar balik..motif? nak makan je?
Kat rumah lepas maghrib tu kitorg satu family makan. Bapak aku da pergi kerja, shift malam. Time makan tu aku duduk depan Nor. Nor macam biasa, dia buat perangai dia tak lalu nak makan. Nor dok perati orang makan, sambil makan sebutir-sebutir nasi. Aku yang tengah sedap makan tu tetiba terbau hancing, kuat sangat bau. Kejap blah kiri kejap kanan, arah bau tu datang. Aku pon marah la, orang nak makan boleh plak ada bau yang tak menyenangkan, potong selera taw tak. Aku tanya mak aku, mak tak bau ke bau kucing kencing ni, kuat bau die. Eh bau kencing orang ngan kucing ade beza ke tak ea? Aku tak bela kucing so tak taw la ada beza ke tak tapi takkan la adik-adik aku kencing merata pulak kan. Tu yang aku tuduh kucing nenek aku kencing merata. Heheh. Yang pelik tu sorang pon tak bau. Tengah aku marah-marah, adik aku bertukar watak lagi. Kali ni mata dia terbeliak sambil tersengeh lebar! 2 2 tangan ramas-ramas nasi..dan makan dengan gelojoh lagi sekali. Kitorang masing-masing da lari jauh-jauh. Yang tinggal kat meja tu adik aku yang sekolah agama dan mak aku. Mak aku jerit panggil nama Nor. Yang tak boleh blah tu, bila dia tersedar (sebab nasi da habis haha) dia pon ikut lari sama, dan tanya kenapa, kenapa. Hahaha
Malam tu pon sama. Nor still pandang syiling even kt rmh takde kartun-kartun ni. Tapi kali ni Nor punya reaction mata terbeliak, melilau-lilau dan mulut menyengeh, air liur meleleh. Heh seram taw tak tengok muka dia gitu. Adik aku yg sekolah agama tu la handle benda ni, baca-baca apa yg patut. Dia da biasa handle budak asrama yang kena ganggu so dia berani la sket.
Benda ni jadi beberapa hari la jugak. Bila rujuk kat pak imam yang bagi air tangkal tu, pak imam tu kata takde benda pon yang ganggu. Tapi still pak imam tu bagi nasihat kat bapak aku suruh baca yassin dan tangkal keliling rumah. Mungkin pak imam ni nak bagi bapak aku sedap hati je kot. So kitorang malam tu buat bulatan baca yassin ramai2 (family kitorang je yang baca). Time baca yassin pon bau hancing tu datang lagi wey. Bau tu datang dari arah belakang aku. Kejap blah kiri, kejap kanan, dari start baca yassin sampai la habis. Time ni aku fikir toilet tak cuci bersih je. Tapi habis je baca yasin, aku jalan ke arah pintu rumah, bau tu pon ngikut aku!
Selang berapa hari tu adik aku sembuh dengan izin Allah. Sekarang Nor tengah study degree tapi tu la sawan dia still ada sampai sekarang. Bila dia pergi camping, time tengah malam tu Nor kena sawan. Pastu kena marah je sawan. Tengok cerita korea non stop pon boleh sawan. Hahaha da jadi hantu drama korea pulak dah..
Kalau korang ada pengalaman dengan penyakit sawan ni or ada cara untuk elak kena sawan sharelah ye. Thanks kerana sudi baca dan komen. (Kisah sebenar. Tiada cerita ditokok tambah)
– Kakak Nor
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit