Versatility

Tajuk confession kali ni susah nak di translate kan dalam bahasa melayu sebab aku ni xberapa nak pandai sangat bab translate english to malay, but lets focus on the topic. Untuk pengenalan mengenai aku, aku graduate as an engineer dari local uni kat malaysia ni. Selalu orang fikir kalau graduate belajar engineering kena kerja jadi engineer. Kalau keluar bidang, say good bye to your career as an engineer. So dalam confession ni, aku nak ajak semua orang yg baca ni supaya be positive in life, this is not 1980s lagi, so kena buang mindset zaman kuno ni.

Aku bermula kerja sebagai seorang engineer, kerja dekat field, tunggang terbalik siang malam siapkan kerja. After awhile, aku tengok balik kat hidup aku, berbaloi ke kerja macam ni end up gaji ciput macam tu je. Jadi aku took a career change and kerja in IT world. Cuba bayangkan, bagi seorang manusia yg xpaham pasal coding, aku masuk IT industry as functional consultant. Kerja ni agak mencabar sebab kau akan jadi orang tengah between business ngan system programmer untuk design function dalam system diorg. Tapi aku nak buktikan bahawa, xbererti ko xbelajar IT ko xleh buat kerja dalam IT industry. So aku pon bekerja dalam line ni for few years and banyak benda aku belajar. Developing an ERP system in a company sebenarnya memerlukan orang yg ada kepakaran dalam bidang yg berlainan untuk menghasilkan system yg user friendly dalam sebuah company. So aku kena belajar pasal finance, HR, sales dan logistic untuk bagi solution yg sesuai utk client aku. Dekat company ni aku stay for few years jugak, travel around the world untuk bg solution untuk client aku. Member2 engineer yg lain sume cakap, aku xkan boleh masuk dalam engineering world balik semula sebab aku dah tinggalkan 3 tahun kerja engineer.

Disebabkan kata2 kawan aku, aku cuba test masuk balik dalam engineering world and bernasib baik untuk dapat kerja. Disebabkan aku ada exposure yg lebih dari kebanyakan engineer dalam company tu, aku dijadikan sebagai senior engineer and bermulalah kerja aku as engineer semula. So balik semula kerja siang malam separuh mati sampai bini kena tinggal selalu sebab banyak travel around. Selepas beberapa tahun kerja ngan company ni, aku rasa aku dah penat hidup macam ni and aku tukar kerja ke company terbaru ni.

Dekat company baru ni aku dapat position yg agak senior untuk umur aku. Boss aku cakap, sebab aku ada banyak experience dalam engineering, sales, finance ngan logistic, dia amik aku kerja walaupun umur aku time aku masuk tu belum cecah 30an.

Moral of the story yg aku cuba sampaikan dalam confession aku ni, aku just nak cakap kat semua engineer or fresh graduate, it is ok to work outside of the industry/profession yg korang study kat uni tu. A degree is just a passport to interview je, dekat interview tu guna lah kepakaran ko menjual diri ko as apa yg ko fikir ko layak. Jangan terlalu taksub ngan degree korang tu, graduate engineering kena jadi engineer, graduate accounting kena jadi accountant and so on. Take charge of your life and your profession, you are what you wanna be. Jangan biarkan old mentality yang cakap ko kena kerja ikut apa yang ko belajar. Be unique, sebab zaman sekarang there are too many people looking for a job, apa yg membuatkan kau lebih baik dari yg lain. Ini cuma pendapat aku pasal versatility untuk orang yg dah kerja and fresh graduate yg masih menganggur.

Yang benar,
Tukang bagi pendapat.

– Mr E

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit