enapa ye zaman sekarang ni susah sangat nak dapat kerja? Maksud aku, kerja yang betul2 dalam bidang yang aku amek masa kat U.
Untuk pengetahuan semua aku ni dah habis belajar hujung tahun lepas. Aku ni budak OM. Tengok course aku ni mesti dalam minda korang fikir “alah senang je berlambak2 vacancy as kerani kat luar tu”. Tak, okay. TAK.
Kalau nak tahu aku ni duduk dalam salah sebuah daerah di negeri Johor. Daerah aku ni bandarnya kecik je (haa orang Johor meh teka aku dok mana hahaha) so tak banyak peluang pekerjaan kat sini. Namun ada jugak lah aku riki2 kerja kosong kat bandar tempat tinggal aku. Boleh dikatakan tiap hari lah. Jawapannya tetap sama, “takde keje kosong lah dik” “sorry kami nak pakai perempuan cina sahaja” “maaf dik tapi kitorang nak pekerja lelaki sbb kat sini semua lelaki”. Haih penatnya cari kerja, sampai kadang aku rasa give up.
Tapi tipu lah kan kalau takde langsung vacancy? Ada memang ada. Siap pegi interview dah pun. Aku mmg suka kalau dapat kerja kat situ sebab office tu dekat dalam kawasan perumahan aku. Tak kisah pun office tu kecik janji dekat dengan rumah. Office tu nak pakai kerani sorang untuk jaga kat depan. Okay tunggu punya tunggu last2 aku dapat tahu yang aku tak dapat pun kerja tu. Mcmana aku tahu? Sebab tiga hari lepas aku interview tu aku lalu depan office tersebut then aku nampak ada amoi jaga kat dalam (yes boss office tu cina). So aku tahu lah aku tak dapat. Kecewa jugak lah. Bukan senang nak dapat tempat kerja yang dekat kan.
Aku bukan nak racist ke apa tau. Tapi mmg gitu lah sepanjang aku cari keje ni. Kalau boss cina mesti nak pekerja cina je. Tak kisah pun cina tu belajar takat pmr pun mesti dia amek bekerja. Asalkan kaum dia. Pernah sekali aku pegi cari keje kebetulan kerani HR cina kat dalam tu member sekolah aku. So dia mmg tlg aku lah nak dapatkan kerja tu. Tup2 dua tiga hari lepas tu kawan aku tu whatsapp. Dia kata sorry sebab aku tak dapat. Boss dia insist nak amek anak kawan dia yang cina cert just ada pmr sahaja. Wadehel
Then aku pun try lah cari keje betul2 kat bandar jb. Aku tak kisah dah jauh ke dekat ke. Aku bukannya tak boleh drive pun. Kalau nak tahu dalam kalangan geng aku, aku ni drifter tau. Hahaha. Boleh je aku nak drive ulang alik sebab dari rumah aku ke bandar jb kalau pecut ala2 pakai ferrari cuma 30 minit je pun. Itu pun kalau tak jem lah. Ala tak kisah lah, janji aku dapat keje dalam bidang yang aku belajar. Ada pengalaman. Tu yang penting. Okay then aku dapat interview kat satu office ni. Dah nak dekat habis interview tu boss kat situ boleh plak cakap “kalau u duduk area sini, i boleh amek u kerja. Tapi sebab u duduk jauh, sorry to say u tak dapat kerja ni. I mintak maaf ye”. Mcm tu je ek? Kalau dah tahu nak pekerja yang duduk area situ je baik kau tak payah panggil aku interview. Aku dah email awal2 kot resume aku. Kau boleh check alamat aku kat mana kan. Buang masa je. Same goes to office lain. Bila diorang tanya aku memang stay ***** ke and I said yes, diorang terus buat muka. I feel like apahal doh korang ni. Kalau aku rasa aku tak mampu keje jauh, takde maknanya lah aku nak apply kat company korang tu. So kalau aku apply tu maknanya aku sanggup lah challenge diri aku keje jauh2.
Pening kepala aku. Tak tahu nak cari keje kat mana lagi. Tak tahu lah kat mana silapnya. Nak kata aku ni bodoh sangat, cgpa aku cecah jugak dean list. Speaking pun aku okay. Jenis aku pulak bukannya budak pemalu depan orang. Masa kat U dulu ada assignment mock interview pun aku dapat top 5 highest mark. Bukan nak bangga diri la cite pasal achievement aku tapi pelik lah ciri2 apa lagi yang para boss kat luar sana nakkan. Aku bukannya demand nak keje jawatan tinggi2 pun. Ada yang sampai aku apply keje as despatch and driver lagi weh. Tapi still reject katanya nak lelaki. Apa ingat aku perempuan aku bawak kete moto lembab ke apa. Eleh. Sekali aku drift kat muka kau haaa baru tahu.
Aku bukan beria sangat nak keje office ni. Tapi at least aku nak keje yang office hour je. Bukan apa kesian mak aku tu sorang2 kat rumah kalau aku keje sampai malam. Bukan aku takleh continue keje as promoter yang skrg ni tapi banyak bende aku nak kena consider. Lebih2 lagi berkenaan family aku. Ni lagi bape bulan je dah nak bulan 12. Nak tunggu bape tahun lagi ntah baru dapat keje tetap agaknya. Kesian mak ayah aku menaruh harapan kat aku. Nasib baik aku ada jugak keje part time as a promoter, dapat jugak lah duit poket sendiri so takde lah menyusahkan mak ayah.
Last nak cakap. Buat boss2 besar kat luar sana tu. Tolong lah jangan memilih bulu sangat cari pekerja. Tak kira lah kalau korang cari driver tapi perempuan yang apply ke. Janganlah reject mentah2 sebab gender. Kalau orang tu rasa dia tak mampu nak buat keje tu, takde maknanya dia nak apply. Same goes to boss2 yang taknak pekerja duduk jauh. Setakat tgk cert orang je kau takleh nilai orang tu mampu ke tak keje jauh2 or etc. Buat budak2 yang baru grad mcm aku ni tapi dah dapat keje best2, hargai lah keje dan rezeki korang tu. Susah tau nak cari keje zaman sekarang. So janganlah sebab akak office senior marah sikit je kau dah koyak sampai nak benti keje cari keje lain. Yang takleh blah tu ada yang nak cari keje lain sebab keje sekarang takleh curi tulang / mengular (kalau orang Johor cakap mengulor hahaha). Tolong lah hargai apa yang korang ada okay. Okay dah tu je nak bebel. Sekian terima kasih.
– Azie
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit