Realiti Menjadi Bridesmaid

Assalamualaikum semua. Hari ni terdetik pula nak kongsi pengalaman menjadi bridesmaid semasa majlis perkahwinan kawan baik saya (Tipah bukan nama sebenar) pada pertengahan bulan september yg lalu. To be honest, sebelum ni saya juga salah seorang yang judge pengantin yang nak bridesmaid dan juga yang menjadi bridesmaid. Bila kawan baik sendiri minta tolong takkan nak tolak kan? Ada kawan-kawan lain juga total 8 orang. Baju dan tudung kami di sponsor oleh beberapa kawan yang dah berkerja Alhamdulillah jimat di situ hehe.

Nak dipendekkan cerita, beberapa hari sebelum hari nikah, ada masalah dengan baju dan barang hantaran si Tipah ni. Mak ayah Tipah berkerja, jadi kami tolong teman Tipah uruskan. Keluarga Tipah ni kecil sahaja dan saudara mara pun tak ramai. Maka kami lah yang datang ke rumah untuk tolong mak ayah Tipah dari susunan meja makan, pack doorgift hinggalah susun dulang hantaran. Terasa sangat function di situ hahaha. Kalau korang ada pengalaman ahli keluarga nak kahwin, korang tahu kan macam mana bersepahnya keadaan rumah dengan barang-barang kahwin. Sebelum balik, kami tolong lah kemas sikit-sikit sebab kesian mak ayah Tipah nanti dah lah penat uruskan anak kahwin, kawan-kawan pulak datang buat sepah.

Maka tibalah hari nikah dan majlis walimah. Saya dan kawan-kawan bridesmaid lain dah bersiap awal-awal. Majlis mula pukul 11 tapi pukul 10 kami dah sampai dewan sebab mak ayah Tipah masa tu tengah sibuk dengan persiapan terakhir dan Tipah pun nak bersiap, jadi datang uruskan apa yang patut sebelum majlis. Majlis belum mula lagi kami dah berpeluh cair beb makeup kahkah tapi tak apa tak kisah. Semasa majlis pula kami tolong edarkan doorgift, ambilkan gambar tetamu, cuma tak tolong angkat pinggan lah sebab dah ada pelayan kan. Selepas semua tetamu dah balik baru kami makan sama-sama dan ambil gambar dengan pengantin. Alah gambar tipikal pengantin dengan bridesmaid susun cantik-cantik yang korang selalu nampak kat instagram tu. Hilang semua penat haha iya lah seronok bergambar dengan kawan-kawan. Dah balik rumah baru terasa betapa penatnya seharian bergerak ke sana sini.

Persoalan yang orang selalu timbulkan antaranya:

1. Buat apa nak bridesmaid bagai ni. Nak ikut budaya barat? Tak ada fungsi pun bridesmaid dah la tergedik-gedik sibuk nak ambil gambar.
-Nak bridesmaid ke tidak bergantung kepada keluarga pengantin tu. Kalau orang duduk kampung macam saya, ada keluarga yang besar, memang ramai abang kakak saudara mara dan jiran-jiran sekampung yang tolong. Tapi macam Tipah, keluarga dia kecil dan saudara mara tak ramai dan kebanyakannya duduk di negeri lain. Jadi, kami sebagai bridesmaid lah yang tolong mak ayah Tipah urusan majlis. Kalau tengok orang barat, memang fungsi bridesmaids untuk rancang dan tolong urusan majlis.Tapi saya tak nafikan ada beberapa majlis saya pernah pergi, memang bridesmaids melekat dengan pengantin, duduk dekat pelamin dan bergambar dari awal sampai habis majlis sampai orang lain nak ambil gambar pun tak dapat.

2. Membazir duit.
-Soal baju/tudung tu ikut kemampuan pengantin. Andai kata pengantin tiada bajet untuk sponsor, kita boleh beli sendiri. Selalunya bridesmaid adalah di kalangan kawan rapat, takkan berkira dengan kawan sendiri kan. Ataupun kalau anda dah berkerja dan mampu sponsor, apa salahnya sponsor kan?hehe. Kalau tak mampu tak apa, rancang untuk pakai baju tema yang sama. Saya pun pernah pergi ke majlis di mana bridesmaids tak pakai baju yang sama, tapi ada tema warna/jenis baju. Cantik je.

3. Bridesmaid ramai-ramai nak buat apa? Nanti overshadow pengantin.
-Yang ni, anda sebagai bridesmaid perlu sedar diri lah. Tak payah tempah baju lawa-lawa sangat sampai kalah baju pengantin. Selalunya baju bridesmaid kosong sahaja ataupun ada sikit lace/manik. Makeup pula tak perlu heavy, biar simple sekadar untuk tak bagi muka nampak pucat. Tapi biasa lah, ada seorang dua yang kadang-kadang dia terlupa tu bukan majlis dia haha. Sibuk nak betulkan makeup, siap minta photographer ambil gambar dia seorang banyak-banyak. Yang spesis ni saya pun tak faham.

Ok itu sahaja perkongsian dari saya. Terima kasih sudi baca. Saya minta maaf ya kalau ada yang tak setuju. Buang yang buruk, ambil mana yang baik inshaaAllah.

– Bridesmaid awak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit