Teksi VS Uber & Grab

Salam dan selamat sejahtera semua. Terima kasih kepada admin kerana sudi siarkan post saya kali ni.

Tujuan confession ni bukan nak bash mana-mana pihak. Tapi nak sampaikan realiti kehidupan seorang pemandu teksi. Saya sebagai anak pemandu teksi terpanggil untuk tulis confession ni sbb akhir-akhir ni byk konflik antara pemandu teksi dengan Uber dan Grab.

Banyak kes pasal teksi ni

Tak dinafikan yang sebelum ni byk dengar kes2 jahat pasal pemandu teksi, tambang teksi mahal dan sebagainya.. BUKAN SEMUA jahat tau.. Kalau korang perhatikan betul2, kebanyakan pemandu-pemandu teksi ni orang tua termasuk ayah saya.. Dan kebanyakan mereka, teksi ni adalah sumber utama pencarian keluarga.. Sedangkan kalau Uber n Grab, kebanyakannya adalah orang muda dan menggunakan kaedah ni sbg sumber pendapatan sampingan je.. Tak kesian ke dekat pakcik2 ni? Korang tunggu je la tak lama lagi keluar tajuk “pemandu Uber/Grab samun penumpang”

Tambang teksi mahal

Pasal tambang teksi mahal pulak, korang kena salahkan pihak lain.. Pemandu teksi sendiri rasa susah bila kerajaan naikkan tambang teksi.. Sebab ramai yang tak nak naik teksi dah lepas ni.. Maka bertambah la kereta2 kat jalan raya dan menyebabkan kesesakan lalu lintas..
Pastu, teksi yang nk sambung roadtax kne buat inspection kereta.. Kalau dorang xde customer cemana nk repair teksi tu.. Kalau tak repair teksi, inspection tak lepas, kalau tak lepas, tak dpt sambung roadtax, x sambung roadtax hilang la mata pencarian dorg.. Tak kesian ke?

Kereta2 Uber lagi selesa, mewah

Cemana tak nak selesa.. Tu kereta dorang sendiri.. Pastu gerak bila ade request dr customer.. Sedangkan teksi terpaksa berpusing satu bandar tiap2 hari untuk mencari rezeki.. Dah la korang tak nak naik.. So cemana dorg nk servis teksi tu leklok.. Nak repair aircond teksi pon kne fikir anak bini kat rumah ade makanan ke tak.. Dengan byr sewa teksi lagi (kebanyakan teksi sewa beli)

Uber Grab senang guna apps je..

sayang oii bayangkan la yg bawak teksi ni pakcik2.. Manalah dorang reti nak guna teknologi zaman sekarang.. Fon yang dorang guna pon guna keypad.. Mana nk ade apps bagai ni.. Nak ajar guna berpuluh kali pon buat habis tenaga je.. Mereka hanya mampu tunggu call customer je.. Sama je macam Uber Grab tu.. Beza tak pakai apps je. Korang simpan la no pakcik teksi yg korang percaya.. Kat mana je korang mintak tolong amik or hantar mesti dorang terima dengan hati terbuka.. Dah tu rezeki dorang..

Pemandu Uber/ Grab berdaftar

Dah tu pemandu teksi ni tak berdaftar ke? Yang terpampang maklumat pemandu dekat depan tu amende.. Dorang pon kena berdaftar dengan SPAD dulu baru boleh bawak teksi tu.. Bukan boleh terus bawak je.. Siap ade lesen memandu khas utk bwk teksi tu.. Dah tu yg Uber/Grab ni senang2 je sedangkan teksi kena melabur byk baru boleh bawak.. Mana dorg tak hangin..

Saya xde la nak sokong geng teksi yang marah tu suruh haramkan Uber/Grab.. Tapi mengharapkan letak limit utk dorang.. Kalau tak macam mana dengan hak pemandu teksi semua ni.. Dah la tambang minimum dinaikkan.. Tambang bagi perkilometer ditetapkan.. Konon nak bantu pemandu2 teksi.. Last2 muncul Uber/ Grab ni.. So ape point tambang naik semua tu..

Fikir-fikirkan dan selamat beramal…

– Anak pemandu teksi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit