Losing My Partner In Crime

Assalamualaikum. Aku bukan student UIA, tapi aku suka baca page ni. Banyak life lesson dari confession yang disiarkan. Terima kasih admin! Yeah!

Aku anak kedua dalam family, aku ada adek sorang, ada abang sorang. Jarak umur tak jauh. Masa aku amek STPM, adek aku amek SPM. Masa ni abang aku tengah study dekat satu institut di tanah air.

Lepas result keluar, aku sambung study dekat universiti tempatan. Adek aku buat keputusan utk stay dekat rumah jaga mak aku dengan tok aku. Mak aku single parent. Masa ni aku rasa bersalah sangat, sebab sepatutnya aku sebagai kakak yang patut beralah bagi dia peluang sambung belajar, tapi adek aku bagi alasan dia tak pandai BI so dia tak nak sambung belajar. Padahal addmath dgn akaun dia A kot.

Adek aku ni perempuan, tapi dia lagi lasak dari aku. Kadang-kadang aku rasa, aku yang banyak bergantung pada dia sedangkan dia tu adek. Masa tahun pertama aku sambung belajar, adek aku duduk rmh jaga mak dgn tok aku, banyak orang persoalkan kenapa adek aku tak sambung belajar, kenapa tak daftar tu, kenapa tak join ni, kenapa begitu, kenapa begini, tak fikir masa depan ke, buat la PJJ, all sort of things orang persoalkan. Aku yang dengar soalan2 ni pon rasa sedih, kecik hati, apa lagi adek aku. Adek aku tu bukan tak pandai, tapi mak dgn tok aku tu bukan senang2 boleh tinggal tanpa perhatian.

Semua kawan2 dia sambung study tapi dia tak, aku tau, dia mesti sedih. Aku rasa bersalah sangat dekat adek aku, so setiap apa yang aku beli untuk aku masa dekat u aku mesti beli untuk dia. Setiap kali dpt baucar buku, aku mesti asingkan untuk bahagian dia. Sebab aku rasa sedih dia tak dapat nak rasa dunia student mcm mn yang aku rasa.

Few years later orang dah berhenti persoalkan kenapa adek aku tak sambung belajar, aku rasa lega. Orang dah nampak reason sebenar, orang dh mula faham usaha dia jaga mak dengan tok aku. Alhamdulillah, ada hikmah adek aku buat keputusan macam tu, sekurang-kurangnya saham akhirat dia dah terjaga, sedangkan aku belum mampu nak berbakti pada wanita2 hebat yang dulunya siang malam bertungkus lumus besarkan kami.

Hikmah adek aku duduk rumah, jodoh dia datang awal. Alhamdulillah, masa adek aku nak khawin, aku antara orang yang paling happy. Aku happy, adek aku nanti2 ada peneman bila aku tak cuti sem, dia dah tak payah nak tunggu2 aku ada baru nk shoping apa2, dia dah tak sunyi kalau aku busy dengan assignment. Masa dia khawin aku masih lagi student, aku tak mampu nak sponsor wang ringgit. Jadinya sedaya upaya aku kerahkan tenaga aku untuk buat yang terbaik masa majlis dia. Masa adek aku akad nikah aku antara orang yang happy bila lafaz sah keluar dari mulut tok kadi. Dah sah dia jadi isteri orang. I’m happy for her, very happy, but somehow i feel like losing my partner in crime.

Sebenarnya aku rindu adek aku. Aku faham, bila dia dah khawin, tanggunjawab dia, syurga dia dah beralih pada suami dia, aku sangat faham itu. Tapi tu la, kadang-kadang aku rindu adek aku. Rindu dulu-dulu.

By the way, kalau confession ni disiarkan, aku nak mintak tolong pembaca semua doakan adek aku dikurniakan zuriat, adek aku belum ada rezeki. Aku tak pernah tanya dia pasal zuriat, tapi aku tau dia sedih bila orang2 asyik tanya dia. Adek aku cakap mungkin Allah nak bagi bila dia dah betul2 bersedia.

Moga adek aku kuat meniti hari-hari mendatang.

– kakak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit