Masalah pelajar sekarang ni mesti ada kena-mengena dengan muka kan. Yalah, selain daripada:
#belajar tapi tak masuk otak
#asyik nak makan
#tilam melambai-lambai ajak tidoq
#kawan kepada roommate selalu lepak bilik buat bising ko tak dapat study nak pergi library malas jalan kaki
dan… opkoslah, JERAWAT!
Meh sini akak nak cerita petua menghilangkan JERAWAT, tapi mungkin tak semua akan berjaya guna cara ini, sebab cara ini berdasarkan pengalaman akak je. By the way korang boleh panggil I, Kak Wawa ececee…
Akak dulu masa study, start umur 15 tahun, jerawat mula naik-naik muka. Nak PMR kan, (jadi masa tu study gempak, dengan harapan result gempak), dan jerawat pun memenuhi dahi. Bukan sebijik dua, berbijik-bijik sampai penuh dahi tu dengan segala benjolan. Stress belajar kut waahh gitew umur 15 tahun dah stress. Atau lebih tepat, hormon kot. Remajalah katakan.
Masa tu pakai Oxy, dah itu yang paling murah paling dikenali zaman tu, asek-asek Oxy ja keluar TV, so akak pakailah Oxy (sambil jeling-jeling duit belanja sekolah RM1 sehari yang bapak bagi). Oxy itu akak mintak mak akaklah yang bayar. Tapi tak berkesan sangat. adalah hilang sebiji dua, yang lain-lain tu terus beranak-pinak, masa tu malas aku nak kesah sangat.
Masuk U, mula-mula tu jerawat biasa-biasa, pipi dah dahi penuhlah tapi takde teruk sangat. Sampailah satu masa, masa tu umur akak 19 tahun, entah macam mana lepas cuti raya balik kampus (penangan makan rendang-ketupat-serunding-kari-kuih-soto-laksa etc etc), maka jerawat pun penuh menepek kat muka.
Penuh wehhhh kat pipi. Merah-merah. Tutor akak subjek C++ (tutor tu senior kitorang, dia dah final year, akak masa tu 1st year), masa akak panggil dia tanya pasal C++ yang akak buat kat komputer, bila dia datang ke meja akak, muka dia jelas terkejut. Macam tergamam pun ada. Masa tu baru akak sedar, ehh… teruk sangat ke jerawat kat muka aku ni sedihnyaaa.
Dahi penuh, pipi penuh, akak tak picit jerawat tu, biar gitu je tapi kadang-kadang tangan gatal, so picitlah jugak jerawat sebijik dua. Parut jerawat toksah cakaplah, hitam-hitam kat muka. Sedih akak. Dahlah muka tak cantik, pipi dahi penuh jerawat, tudung cuma pandai selempang kanan selempang kiri, rasa macam, selekehnya aku zaman tu wuwuwuuu…
Bila jumpa sanak saudara, yang dah dewasa tu takdelah cakap apa-apa pasal jerawat akak ni, sebab dia orang paham kot, budak remaja memang selalu masalah jerawat. Yang tak tahannya, sepupu akak yang masih kecik-kecik tu, yang baru nak petah bercakap tu, boleh pulak dia tegur,
“Kak Wawa… kenapa muka kakak hitam-hitam…” eh… sedihnya aku. Nasib baik bapak dia cepat-cepat tegur suruh anak dia senyap, tapi hati aku dah terguris dan aku pun duduk diam-diam di bucu katil sambil melamun kena pinang oleh lelaki yang tak kesah dengan jerawat aku ni hahahaaa…
Sampailah satu masa, tah cemana aku nak tergerak hati nak google pasal ubat jerawat ni semua. Perlu difahami, zaman akak dulu, Internet tak hebat macam zaman sekarang, dulu-dulu bukan semua maklumat di hujung jari.
So, inilah hasil usaha akak dalam merawat jerawat di wajah ini:
1. Dalacin-T.
mula-mula pakai ni, masa tu umur akak dalam 21 tahun ke rasanya, eh ke 20 ah tak berapa nak ingat. Yang ni Alhamdulillah, sangat berkesan. Dalam masa 1 semester sahaja, jerawat semua hilang. Parut-parut pun semua takde. Pelowless gitew.
Tapi akak stop penggunaan Dalacin-T selepas 2 tahun sebab ehh macam dah imun pulak. Boleh didapati di farmasi. Dulu akak beli harga RM32++ camtu. Sekarang tak tahu berapa. Benda ni dalam botol.
2. Rosa-T (by Garden of Eden).
Yang ni tahu pun pasal dengar iklan dalam radio ke baca surat khabar, tak ingatlah. Sebab dalam iklan tu cakap boleh hilangkan sekali parut jerawat dalam tempoh 3 minggu. Masa umur akak 25 tahun, jerawat naik balik, tapi meninggalkan parutlah pulak eiiii malas aku. So beli yang ni. Tetap pakai yang ini sampai sekarang, wajib beli, wajib ada dalam simpanan. Jerawat hilang, parut jerawat pun hilang. Pi google Garden of Eden sana, dia orang ada banyak range produk yang bagus-bagus. Tapi harga mahal Dek Non, RM76 untuk 15 ml (pejam mata, pejam mata, demi menghapuskan jerawat). Ada kat farmasi Guardian.
3. Consult doktor
Hihi… yang ketiga ni sangat recommended untuk korang. Kalau dah yang dua atas tu dah gagal, atau takmo cuba sebab korang ada rasa cuak was-was, boleh pergi poliklinik kerajaan, bagitahu kat doktor nak ubat untuk jerawat kat muka tu. Tapi cara ini untuk muka yang betul-betul ada jerawat teruklah. Kalau setakat jerawat 4, 5, 6 bijik kat muka, janganlah susahkan doktor kat poliklinik tu, dia orang pun ada keje lain yang lebih penting nak buat. Doktor swasta pun ok gak, cuma keluar duit lebih sikit ek, tapi pastikan title doktor tu bukan doktor beli di Gordon hewhewhew…
Kawan akak dulu, 3 tahun macam tu menderita jerawat penuh di muka, dia pegi doktor kat General Hospital, doktor bagi ubat makan, ubat sapu, ubat cuci muka. Alhamdulillah muka dah pelowless.
Haaa… itu je lah akak nak cerita. Muka akak sekarang oklah, walaupun tak cantik, tudung pun masih selempang kanan selempang kiri, tapi takdelah jerawat menempek macam zaman muda remaja dulu.
Dengan yang demikian,
MAJULAH MUKA BEBAS JERAWAT,
UNTUK KEYAKINAN dan KEMASLAHATAN UMAT #hikhikhik…
P/S: lain orang lain penerimaan ubat, the best thing to do, consult doctor okeh.
P/S 2: sekarang akak pakai Rosa-T, bedak muka Silky Girl, pencuci muka Syahirah err.. itu ja kot. Muka sekarang memang takdek jerawat, eh ada sebijik je kat dagu. IIUM Confession ni tak dapat letak gambar pulak, kalau tak nak je aku letak gambar sebelum & selepas.
P/S 3: selebihnya tawakal ok…
– Kak Wawa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit