Assalamualaikum semua. maaf jika cerita aku ni membosankan, hanya sekadar perkongsian hidup yang aku pernah lalui.
Aku bukan student hanya manusia biasa. aku merupakan seorang perempuan yang berstatuskan “J”.
Ye. aku miss J. certanya kenapa aku jadi miss J ni di sebabkan kaum aku sendiri jugak, di sebabkan kaum lelaki yang tak mampu nak kawal emosi ketika dia tahu salah dia. aku bernikah selama 3 tahun mempunyai dua orang anak. anak sulong lelaki anak no dua perempuan. btw, ank sulong aku ada masalah jantung kronik.
ceritanya aku selalu sangat dah tankap dia ni dengan perempuan lain. selalu aku pesan, jangan buat dosa, kalau nak buat cara betul. jawapan dari dia mudah je. “alah sekadar main²”. kenapa?! kau ingat perempuan ni bahan mainan ke?!
dugaan tu lagi kuat bila aku terjumpa gambar separuh bogel seoreng perempuan yg berstatus miss J dalam handphone dia. masa tu menggil satu badan. masa tu anak sulong nak tengok didi & friends dan bile anak aku salah tekan… waaauuuuuu… apa yang aku lihat sangat menakutkan. aku ambk smua gambar, no tel perempuan tu dan sedikit covesation mereka. ye.. ikutkan perempuan tu hebat. jauh berbeza dengan aku. rupa cantik, badan sexy. bibir mengoda. jauh dengan aku. badan kurus. tak lawa, muka kusam.
makan masa 1 minggu aku duduk menatap semua ni. setiap kali solat hanya mintak Allah bagikan aku kekuatan, setiap kali tu lah anak aku yang sulong akan ambik kain dan lap sendiri air mata yang gugur. dia memeluk erat badan aku seolah bagi aku kekuatan. walaupon dia tak pandai cakap.
makan masa yang agak lama aku berdiam dan aku sendiri ambik keputusan untuk mintak fasakh. tapi sebelum aku mintak fasakh dan pergi ke mahkamah. aku balik ke kg untuk bertenang. tapi tak aku sangka si lelaki ni dah pon ambik borang cerai dan isi segala detail dalam borang dan yang sakit nye dia bubuh nama aku sebagai plantif. sedangkan aku tidak lah senekadnya untuk berpisah.
aku melihat raut wajah anak² aku.. mereka senyum.. aku gugur jugak air mata. mereka lapkan dan memeluk erat. aku balik kg selama 3 hari shj. menganagkan ugutan dari si lelaki tadi nak buat macam pada aku sekiranya tak pulang ke rumah. masa tu aku tak ada kekuatan lain. aku tak mampu berpisah dengan anak. aku balik naik bas. dia tak datang ambik sebab dia takut dengab mak ayah aku. aku pun pesan mak ayah kakak cuba selesaikan dengan baik. cuma akak mohon doa dari mak ayah untuk akak terus kuat.
dalam masa tu, aku masih sebumbung..masih lagi layan dia seperti biasa. aku surirumah sepenuhnya. hanya duduk ruma tak tahu jalan kemana. kami dah pon dapat 1 tarikh untuk naik ke mahkamah. masa tu bulan puasa, aa ng di sangka sangat terkejutkan aku. hari aku naik mahkamah hari tu jugak yang Arif mintak si lelaki melafazkan cerai pada aku. pada tengahhari tu jugak aku sah bercerai dengan talak 1 bersyarat aku tak boleh tuntut segala hak sebelum dan selepas cerai. aku setuju.. sebab aku dah tak kuat nak bertahan lagi.
aku balik kg sehelai sepinggang, bawak diri jauh dari semua orang. perempuan yang pernah hadir dalm hidup aku. berkali² menghina aku. sampai kan bila aku call @ wassap si lelaki bertanyakan khabar anak di canang aku “GILA TALAK” makan masa yang sangat lama untuk aku berdiri bangun melangkah kehadapan tanpa anak² di sisi. sampai lah 1 malam..
aku menangis semahunya. aku mohon keampunan pada Allah. keluarga aku. dan dengan berbekalkan sedikit kekuatan. aku wassap si lelaki. aku mintak ampun dan maaf.. aku mohon halalkan segala yang dia pernah bagi. dan ayat last sekali aku maafkan kau. aku jugak wassap perempuan tu dan nyatakan benda yang sama. tiada sekelumit dendam dari aku kepada mereka yang pernah buat aku jatuh. yang pernah pisahkan aku dengan anak².
Dan sekarang Alhamdulillah.. aku dah mampu tersenyum, suka dan ketawa. aku dah bekerja. bayangkan lah seumur hidup tak pernah bekerja. bila dapat kerja. Allahu aku rasa lain sangat. rasa seronok aku dah ade life aku. tapi kenapa di saat aku dah cuba lupakan semua yang berlaku dan maafkan semua yang jadi. perempuan tu datang cari aku dan katakan si lelaki tinggalkan die bodoh cam tu je. berkali² dia mintak maaf pada aku. cuma satu aku cakap. aku dah maafkan kau dan dia. cuma sekarang korang mintak ampum dengan Allah. apa yang boleh ubah kau ubah. jangan lagi rosakan nama miss J ni. die sebakan orang macam ni lah orang pandang sinis pada status J ni. termasuklan aku yang tak tahu apa².
pada perempuan. jangan kau takut akan salah kau pada aku. dah lama aku maafkan kau. apa yang jadi kita jadikan iktibar dalam hidup. pada si lelaki, jangan berharap 1 pon pada aku untuk balik semula. aku takut 1 masa aku jugak yang akan kecewakan kau. aku lah orang yang paling tak nak tengok kau kecewa. aku ca nak bahgia walaupon kau dah musnahkan semua. biar hati ini hanya Allah shj yang tahu.
buat anak² maafkan umi syg.. tak dapat nak dakap, jaga kamu lagi. hanya doa yang umi mampu kirimkan.doakan kita akan bersama 1 masa nanti walupon makan masa yang lama. adek jge abg elok², abg jge adek elok².
utuk wanita di luar sana. kalau ada sekelumit hati pada lelaki siasat lah siapa dia. tapi bila dah tahu siapa dia. kau lupakan lah dia. kasihanilah kami para isteri yang sanggup berkorban apa shj demi suami tercinta.
untuk lelaki hargai lah dan jagalah yang utama. ketepikan lah apa yang kau rasa seronok pada kau tapi perit pada orang² sekeliling kau.
ustaz ada kata: “Bila bercerai yang terkesan isteri, anak², ibu bapa isteri dan ibu bapa suami” suami? akan terkesan di kemudian hari..
sekian dari aku. sekadar coretan biasa untuk semua yang lalui saat sukar seperti aku. berkuat lah selagi boleh. Allah uji kita sebab dia tahu kita kuat. WANITA KUAT.
– PEREMPUAN
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit