Jaga Orang Sakit Di Wad

Assalamualaikum. Syukran admin app :-)

Sy bukan student uia, namun nk berkongsi pengalaman juga sbg pedoman semua. insyAllah. Baru2 ni ada terbaca penulisan sorg student kolej under gov. tahniah, penulisan dan pengalaman y bernilai. penah juga alami perkara sma semasa posting di emergency department :-)

Sy nk kongsi sedikit pglaman berkenaan posting di medical ward. Even sy bkn student nurse. Sy juga belajar tntg kejururawatan. Wad medikal mostly patient yg sudah berusia la, jrg skali ank2 muda. makcik pakcik yg xlarat utk buat ADL (aktiviti seharian) spt mkn,minum,mandi dll.

Apa y sy lihat, sedikit teguran buat kita yg mungkin pernah jadi pesakit di wad @ nauzubillah dimasukkan ke wad. Juga mungkin boleh ingtkan buat saudara terdekat kita .

1) Jika mak ayah kita di wad, seeloknya kita sbg anak sendiri y cuci BO (istilah najis) mandikan, tukar pampers dll. mak ayah juga punya aib, cukuplah skdr ahli keluarga y lakukannya, namun sedikit shj mereka y sy tgok buat . sedih juga. huhu. lain2 staffnurse @ stdent nurse @ stdent m.a yg buat. mentaliti, ya mentaliti masyarakat kita faham semua tu keja nurse di wad. Allahu.

2. Sy tgok juga, bab solat. patient mostly xsolat, yup namun masih ada y solat. maafkan sy, penah juga sy tgur sorg pakcik. sy bertanyakan. pakcik nk solat? sy boleh tolong amikkan wuduk. tp pkcik tu jawab, xpelah nak pakcik sakit perut. pdhal sebelum tu elok saje tgok pakcik tu jalan pegi toilet. huhu. sy terharu, bila kwn sy y posting di hosp kelantan penah bercerita, beza di klntn dan sini. patient di hosp kt sana solat, aurat tutup. tenang je hatinya bila posting sana. *jgn kecam sy, sy ulang apa yg kawan sy cerita saja. huhu.

3. Bab aurat.. tang ni susah sikit lah, huhu. anak2 muda lah sy perhatikan. tudung xlekat kt kepala. sdgkan relatif patient tu ada y laki. y mnjga mak ayah siang @ mlm. kdg kt hati terdetik juga nk tegur, tp xberani. ye siapalah kita. student je. huhu. insyAllah boleh la sama2 kita ingatkan saudara kita diluar sana ye :-)

4. Suap makan mak ayah kita. Haa selalunya bila time waktu mkn, kalau ptient y mampu makan sdiri, boleh lah . ni kdg tengok makcik2 xlarat nk suap makan. mmg student kat wad lah selalunya akan buat. huhu. sy merayu, agar anak2, saudara sekalian diluar tidak abaikan tgugjwb kita kpd org tua.

Bila ada waktu lapang, suka bersembang dgn makcik pakcik. mereka suka bersembang mereka suka bercerita tntg anak2. kita sbg anak masa mereka sakitlah kita nk buat pahala byk2.

Sy respect dgn tugas sorg nurse di wad, betul bkn senang nk jaga org sakit. dan buat kawan2 y masih as a student nurse, sy tgok gigih dan tekun bljr dan prktikal di wad. agak sedih bila isu tntg kesihatan semakin menjadi2 di media sosial, salahkan pihak tertentu xkira doktor, m.a @ nurse. insyAllah sama2 lah kita perbaiki diri masing2. hormat sama2 kita. sayangi kedua ibubapa.

moga Allah redha. maaf salah silap spnjg perkongsian ini :-)

– Raudhah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit