Kasihanilah Mak/Pak Cik Cleaner

Assalamualaikum. Aku harap admin sudi post confession aku tapi niat sebenarnya nak bagi nasihat dekat semua rakyat Malaysia zaman sekarang ni yang makin lama makin lupa tentang adab. Ya adab dengan orang tua, adab dengan kawan-kawan, adab dengan pekerja2 yang satu office dengan kita dan jugak adab dengan mak cik/ pakcik cleaner.

Aku pelajar tahun akhir diploma disebuah university tempatan di Seri Iskandar. Umur aku 20-an dan perempuan. Aku rase mungkin ade yang kenal kot university tempatan di Seri Iskandar, Perak ni kat mane and mostly jurusan ape. University ni ade dua fakulti je iaitu fakulti seni bina dengan fakulti seni reka seni halus (*xsilap aku lah and orang panggil FSPU & FSSR sbb aku budak fspu so xtau nama penuh fakuli Fssr ape dia. Minta ampun ya kalau salah)
Sebenarnya dah lama aku perati je dengan budak2x even hakak-hakak yang degree xkisah lah kau arkiter ke, building survey ke, fine art dan kebanyakannya perempuan lah. Yela dah aku duduk blok perempuan dan aku selalu sangat nampak korang ni macam memperlekehkan makcik-makcik cleaner ni.

Tau tak makcik2x cleaner semua ni cuti satu hari je tau dalam seminggu. Sebab aku duduk blok bidara dan blok aku bersambung dengan blok angsana dan dua-dua banguan ni ade 3 aras iaitu 3tingkat. So aku selalu perati makcik2x ni kerja hari ape. Cuba bayangkan makcik2x semua ni nak bersih dua2x blok ni. Memang lah setiap aras ade makcik2x yang handle tugas masing-masing tapi setiap sorang jaga satu aras. Tapi satu aras ni ade dua wing which is Wing A and Wing B. So bertapa penatnya makcik nak kutip sampah setiap tong sampah yang ada di setiap aras pastu mop lantai, mop tangga, bersihkan sawang, sapu balik lantai tu lepas dah bersihkan tu, nak cuci toilet lagi. Dah la blok aku ni tinggi dan bilik rehat makcik dekat ground floor paling hujung sekali. Kesian mak cik2x ni. Dah la korang pandang mak cik2x ni macam jijik sangat. Helloooo kalau takde makcik cleaner ni aku rase dengan perangai korang yang pentingkan diri, agak pengotor korang pn tak nak pakai toilet tu. Ye lah mak cik2x ni cuti satu hari je tak silap aku hari sabtu ke ahad macam tu lah tapi memang satu hari je lah. Kau bayangkan mak cik2x ni mak korang. At least hormat la sikit. Cuba la bagi salam ke xpun senyum bila terserempak dengan makcik2x ni. Jaga la sikit adab tu kau tu perempuan.

Dah la lepas basuh pingan mangkuk tu main buang je sisa dalam sinki. Heeii kalau kat rumah aku jamin xberani korang nak buang sisa dalam sinki. Memang sebulan la mak kau membebel. Aku taktau lah kalau kehidupan kau kat rumah pun macam tu jugak. Lagi satu lepas melabur tu flash la tau x busuknya yang amat even kau shi shi pun flash la nanti hancing la satu tandas tu. Boleh pulak kalau yang jenis makan petai hoiishh semerbak baunya. Cuba jaga kebersihan sikit kesian kat makcik2x ni penat buat benda yang sama tiap-tiap hari. Memang tu semua kerja dia tapi kau ingat dia takde persaan ke and tak geli ke nak tolong flashkan taik kau?? Makcik ni pun geli lah. Aku pernah ternampak sorang makcik ni yang bersihlan toilet aras dua macam nak termuntah mase cuci sinki yang tersumbat dan berbau sangatlah busuk macam air longkang bila bercampur semua. Kalau makcik nak termuntah apetah lagi korang.
Kalau makcik tengok dengan perangai korang yang pengotor ni heii memang tak nak buat menantu lah aku rase. Tong sampah kan ade buang je dalam tong sampah tu ape salahnya?? Tu baru makcik cleaner dekat blok perempuan bukan blok lelaki lagi and bukan blok fakulti lagi. Kalau blok fakulti yang aku perasan sorang pakcik ni pegi kutip sampah dari annex 2, annex3 sampai lah blok OM. Kau rase bertapa penatnya dia nak pegi kutip satu2 disetiap tong sampah tu 2 kali sehari tau pagi dan petang. Bukannya aku ni pegi siasat tanya pakcik tu tapi dah selalu terserempak and nampak tiap2 hari sebelom pkol 9 dan petang sebelom pukol 5. Sebab mungkin tannak bagi kera sepahkan kot. Aku cadangkan setiap blok asrama kat mane2x ipta/s dekat mane2x student yang buat kesalahan macam bawak barang terlarang ke kasi denda dikenakan bayaran dan kena cuci toilet blok masing2x selama seminggu. Haaa baru kau rase ape yang makcik/pakcik cleaner ni rasa. Hahahaaa

So tak kiralah korang ni student mane2x ipta/ipts ataupun dah bekerja tolonglah ringankan beban makcik/pak cik cleaner ni and jaga adab dengan orang tua sebab mostly diorang ni dah tua2x then kudrat pon dah takde. Korang tu muda lagi takpelah. At least jagalah kebersihan selepas menggunakan toilet. Kalau kau lawa/handsome tapi pengotor and busuk takde guna jugak. Biar selekeh tak lawa tapi pembersih dan kemas.
*peace yoo*

-Kening_taUk

– kening_tauk

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit