Roomate Buruk Lantak

Hi admin. Aku dah lama pendam hal ni. Kalau admin approve terima kasih daun keladi.

Aku ada seorang kawan yang sekarang jadi housemate merangkap roomate aku. Aku kenal pun bila start kerja kat KL ni. Sopan dan manis orangnya. So dalam hati aku pun lega lah. Dah jauh jauh merantau dapat roomate yang sejuk la hati ni.

Setengah tahun pertama aku dengan N ni menyewa satu bilik. Housemate kitorang memang jenis memerap dalam bilik. So communication memang kurang la. Apa apa pun aku dan N mesti share sama sama dari bab gosip sampai la makan.

Oh ya sepanjang aku kenal N ni katanya dari keluarga susah. Ayah dia tak pernah lah nak belikan makan mewah mewah. So aku sebagai satu satunya member kamcing time tu dengan rela hati share segala makanan aku beli. Aku pulak jenis suka beli stok makanan. Maka melambak la makanan aku dan ambil masa nak habis. Aku pun tak kisah la bukan nak berkira pun. Sambil sambil sedekah.

Tapi aku start perasan segala stok makanan aku semua dia habiskan. Tak tinggal sikit pun kat aku ni. At first aku ingat dia ni lapar sangat kot n tak ada duit. Even gaji dia mahal dari aku. (Oops terusha gaji masa dia tunjuk offer letter)

Asal habis stok je aku beli. Asal habis je aku beli. Kitorang selalu la shopping barang dapor sesama. Aku pun bukan mampu nak beli bahan makan mahal mahal. Tapi aku perasan si N ni mesti ambil makanan paling murah. Siap dah set kalau makanan tu atas RM3 dia tak nak beli. Ko rasa?

So last last yang penuh stok makanan memang aku la. Dan dia ada la sepaket. Yang lain beli atas nama sharing. Ok lah dah nama pun share makan pun beragak la kan. Ini tak, semua dia sebat. Time aku nak makan lah bendanya habis.

Mula mula aku husnuzzon lagi. Tapi bila dah masuk setengah tahun kedua bila kitorang pindah rumah, (still nak rumah sesama sebab masax tu aku rasa aku takda member baik kat KL ni )aku perasan yang dia ni bukan jenis jimat. Tapi kedekut !

Ko bayangkan stok makanan rumate aku yang lain semua disebatnya. Megi, milo, kerepek,susu, roti, jem, korang sebut je apa jenis stok makanan habis dia sebat. And dia macam biasa,stok makanan setakat biskut yang tahan seminggu. Bayangkan paket 3 in 1 bole sampai tiga empat kali bancuh.

Aku perasan riak muka housemate macam tak senang. Ye la asyik mintak je. Dah tahu kau jenis lapar mentekedarah memalam, beli la banyak sikit. Ni nak pau makanan orang lain. Atas alasan nak berjimat. Habis tu kau sorang je la nak jimat. Huh. Kadang housemate aku banyak kali bagi hint cakap tak boleh tapi dia boleh buat dekk je. Eh aku yang panas. And kalo kitorang masak sesama or keluar makan sesama dia paling suka nak share. Tapi aku cakap awal awal tak nak share. Haha. Sebab aku tahu perangai dia. Dia akan monopoli makanan tu macam tetiba hilang ingatan yang tengah sharing.

Disebabkan aku dah alami situasi ni masa setengah tahun pertama, and aku perasan tabiat buruk lantak dia makin menjadi jadi, so aku decide aku tak beli stock makanan yg banyak. Daripada aku tak ikhlas kannn. Tapi even tak banyak still jugak dia rembat. Kadang aku tak bukak lagi makanan tu. Sedih beb.. Cuba ikhlaskan diri memang susah bila dah tahu tahap gaban bakhil dia.

Aku ingat bebudak lelaki je suka rembat makanan. Itu aku tak kisah la sebab bebudak lelaki ni steady je. Tapi tak sangka perempuan pun ada rupa gini. Aduhh.. Tiap malam aku pulak jenis lapar. Bila bau masakan je, berdesup keluar. Tak nak offer tak sampai hati beb.. Tapi dia kisah pulak.

Banyak lagi la kalau nak diikutkan cerita nya. Dari segi mampu, Kau lagi mampu dari aku, gaji tinggi, siap beli kereta lagi. Aku ni yang nek motor kapcai pergi kerja sanggup allocate duit untuk perut sendiri tau. Sudah sudah la perangai buruk lantak tu, tak molek cik kak oii.

Thank you korang sebab sudi baca. Even small matter je (if bagi korang) tapi aku yang kena hadap hari hari. Apa pun pendapat korang aku terima je. Aku cuma nak luah. Sakit bebb simpan. Sakit jugak beb bila tak ikhlas.

– Aku

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit