assalamualaikum semua.
Saya cikgu kecik, seorang guru pendidikan khas yang mengajar murid-murid masalah pembelajaran di sebuah sekolah rendah. Sebenarnya, sebelum ini saya seorang guru yang mengajar murid-murid masalah pendengaran..ala yang korang panggil murid pekak tu.
Tujuan saya buat confession ni adalah untuk menyedarkan masyarakat di luar sana yang beranggapan mengajar murid-murid sebegini adalah mudah je sebab tak payah pening-pening nak fikir murid-murid ni wajib amik upsr sume tu. ( Kecuali murid-murid masalah pendengaran dan penglihatan yang wajib amik peperiksaan seperti UPSR). Sampai ada dalam kalangan masyarakat yang memandang rendah terhadap keupayaan guru pendidikan khas dan menyoal elaun khas yang diterima oleh kami selaku guru-guru pendidikan khas.
Meh sini saya citer pengalaman mengajar murid-murid pekak dahulu. Salah satu pengalaman yang saya tidak lupakan adalah kepayahan saya mengajar murid-murid pekak ni. Bayangkan setiap kali saya mengajar, saya kena tarik perhatian mereka dahulu. Ingat tarik perhatian mereka ni senang ke? Tak boleh takat berbahasa isyarat camtu je, bukan diorang nak tengok senang-senang macam tu. Terpaksalah tepuk meja suruh mereka pandang saya bagi arahan, lambai tangan depan muka mereka atausentuh bahu mereka utk tengok kita dan bahan mengajar. Tambahan lagi, mereka ni susah untuk fokus dalam tempoh lama. 30 minit pertama, alhamdulillah. 30 minit seterusnya, mohon tabah bilik darjah dah macam zoo hokeyy.
Kemudian, dari segi penghayatan nilai tu mak ai paling mencabar nak ajar. Benda simple macam ‘kenapa perlu sambut hari guru?’ ‘kenapa perlu sambut hari raya?’ pun suatu benda yang susah nak terangkan pada diorang. Sebab tu selalunya sambutan hari guru, murid-murid pekak ni takde nak excited bagi hadiah. Sebab diorang pun tak faham kenapa perlu bagi hadiah. Nak hurai isyaratkan kat mereka, hmm Sampai pening cikgu cari isyarat dalam kamus nak terangkan. Kadang-kadang apa yang cikgu isyaratkan pun diorang tak tahu lagi-lagi murid tahun 1 atau 2. Tunjuk video ke apa harini ingat esok lusa lupa .Malah ada di antara mereka yang tak tahu nama sendiri.
Paling sedih, ramai dalam kalangan murid pekak lagi rapat dengan guru-guru dan ada yang menyatakan mereka benci dengan ibu bapa sendiri. Bila kami tanya kenapa? Mereka menjawab ibu bapa mereka langsung tidak mahu belajar isyarat. Kat rumah diorang lagi selesa menyendiri tak pun buat video call dengan rakan-rakan pekak untuk hilangkan tekanan di rumah. Pasal ibu bapa ni, bukan kami yang tak nak tolong..tapi bila kami anjurkan kelas bahasa isyarat percuma adalah sorang dua datang, pastu esok lusa dah tak nak datang. Pastu, bila anak mereka masih merosot pembelajaran tahu pula complain macam-macam kat guru. Padahal, ONCE AWAK TAHU anak anda sah dikategorikan sebagai murid pekak dan pembelajaran, JANGAN HARAPKAN GURU 100% untuk ajar anda.
Next, citer pasal pengalaman mengajar murid-murid pembelajaran. Saya akui mengajar murid-murid masalah pembelajaran lagi mencabar! Saya mengajar murid tahun 1 di mana dalam kelas ada 12 orang murid2 berlainan masalah..(sepatutnya kena buat 2 kelas, tapi disebabkan masalah tertentu terpaksa combine satu kelas). Murid-murid semua terdiri daripada mental retardation, autism, slow learner, hyperactive, disleksia dan ada yang bercampur (memiliki dua masalah spt autism+masalah pertuturan). Tak yah cakap cara mengajar,nak suh mereka berdiri ucap selamat pagi tak pernah perfect. Ada yang berdiri, ada yang tak nak berdiri..ada yang melompat dan ada yang menari. Tapi tetap kena ajar hokeyy.
Waktu tengah belajar, tak pernah mereka ni duduk diam. Kalau yang hyper pagi ke tengah hari tetibe lari pusing bilik darjah..bergayut bawah meja. Kira baik dah dia pusing bilik darjah, selalu murid ni habis dia round padang sekolah pastu balik dengan muka gembira bagitahu cikgu ‘cikgu, saya lari tadi’. okay. Terpaksalah kita tarik suruh dia duduk. Pastu waktu saya pujuk murid hyper tu..haa minta maaflah nak suruh murid-murid lain senyap. Waktu tu juga murid lain tetiba menjerit kuat, ketawa terbahak-bahak tengok saya, waktu tu nak pergi tandas lah,baling pensel tak nak belajar.
Kena tolak kuat,kena pukul, kena ludah, kena baling pensel dan buku oleh murid-murid ni benda biasa dah bagi saya terutamanya murid-murid tahun 1. Mesti korang tak percaya kan? Aku pun tak percaya pada mulanya. hahaha. Benda ni akan berlaku berulang kali sehingga guru berjaya disiplinkan murid. Kadang-kadang murid aku yang mental retardation ada yang tetiba ketawa terbahak sendirian. Mula-mula seram jugak wey tapi dah lama ngajor asal dia ketawa suhlah dia ni mengucap. Mengucap pun ketawa jugak. Sabor jelah. Kalau sorang murid aku autism yang teruk ni pula, aku cakap dengan dia macam aku cakap dengan dinding..Dia pun tak paham apa aku cakap. Aku pun tak paham juga kekadang apa dia cakap. Nak ajar abc? Yes wajib ajar. Tapi jangan expect kau ajar huruf A harini dia akan ingat huruf itu A selama-lamanya. Kadang-kadang harini dia cakap A, minggu depan dia cakap itu W.
Kesimpulannya, jangan sesekali pendang rendah guru pendidikan khas. Kerjaya ni kalau takde kesabaran tinggi janganlah cuba-cuba nak mohon. Duit elaun yang kami dapat banyak sumbangkan kat murid beli pensel, pemadam,alat tulis semua. Kadang-kadang kesian ada ibubapa yang tidak peduli mereka sehingga sanggup berkata ‘cikgu, anak saya ni bermasalah. Tak guna beli pensel dia buang je. Baik tak yah beli dah. jimat.’ ‘ cikgu, anak saya ni tak payah cikgu susah-susah sambungkan kat sekolah menengah. Dia ni bukannya cemerlang pun. Duduk umah jelah’. Sedih kami dengar…Tapi kalau kami je perjuangkan hak pendidikan mereka, apalah guna…so please, tolong hargai kami.
Kerja kami tak semudah yang anda sangka.
– cikgu kecik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit