Assalamualaikum buat readers iium confessions sekalian. And oh, aku harap korang selesa dengan penggunaan manglish aku. Aku ni salah seorang reader dan aku nak ceritakan pengalaman aku dibesarkan dalam ‘broken family’. Istilah yg aku describe sbg keluarga yang tak berapa bahagia. Cuma kedua-dua parents aku masih ada. Sebelum tu aku berharap agar korang dapat baca dengan minda dan hati yg terbuka sebagaimana diri aku masa tulis confession ni.
Aku remaja perempuan biasa sama macam remaja2 lainnya. Masih gelak2, masih ada masa untuk kawan2, dapat makan minum tidur dengan selesa. Overall, masih hidup dengan selesa dan cukup keperluan asas alhamdulillah. Tapi deep inside aku tak happy. Orang dari luar mungkin fikir aku bahagia, tinggal dan hidup dengan family yg bahagia. Tak. My family is probably different from anybody else.
Kenapa? Sebab pertama, ayah aku. Ayah dulu pernah kerja sbg tukang paip tapi dah berhenti atas sebab keputusan yg dibuat oleh majikan dia (dan cuma ayah aku faham sebabnya). Tapi yg pasti, bukan sebab prestasi kerja ayah aku buruk ke apa, tak. Ok papehal bukan tu main point nya. Itu cerita dulu. Cerita sekarang dia tak bekerja dan tanggungan dalam rumah, ibu yang tampung. Aku ada dengar ayah cakap yang dia dah tak sanggup nak kerja bawah terik matahari, bikin paip kat tengah jalan etc. Memang kerja macam ni macam buruh paksa. Memenatkan dan tak sesuai untuk ayah aku yg dah umur 40 lebih. Itu aku faham.
Tapi masa aku form 5 nak dekat spm, nak dekat 3 bulan ayah tak bekerja. Nak diikutkan tu masih boleh diterima sebab bukan senang zaman sekarang nak cari kerja lain. Nak2 dengan kelayakan ayah yg takat spm. Aku takde niat nak lekehkan ayah aku sbb aku tahu dia dulu orang susah dan dengan adik beradik yg ramai, memang susah untuk dia belajar tinggi. Yang jadi masalah bila ayah pun tak bersungguh-sungguh nak cari kerja. Duduk rumah goyang kaki depan tv. Dan semua benda ibu kena tanggung sorang. Tak adil kan?
Aku kurang berkenan dengan sikap ayah. Ayah selalu sangat berkira bab buat kerja rumah. Kalau dah tak kerja tu ingatkan boleh la ringankan tulang tolong buat kerja rumah kepe buat sementara tu. Tapi. TAK. Setakat kerja2 kecik, kitorang adik beradik masih boleh buat. Macam aku kena sidai kain hari-hari sebab dah jadi tugasan aku. Dan tu pun bila aku masih ada kat rumah before aku blah gi sambung belajar, so aku lah yg buat. Tapi, bila sekali je dia kena sidai kain contohnya, sempat dia bebel dia kena sidai kain la pulak blabla. Padahal berapa kali sgt je aku tengok dia angkat bakul penuh baju yang berat tu.
Aku yang kurus kering ni pun nak angkat lama2 boleh patah dua tulang belakang aku. Pastu, dulu bila aku balik cuti sem, dia cakap kat aku “bila kakak takde, kain ni ayah yg kena sidai. Ibu kau tak pernah pun sekali sidai kain2 ni semua.” Bila difikirkan, kerja rumah ni bukan ke tugas suami? Ibu tu pagi2 dia dah bangun, masak, pastu bil letrik, bil air, bil astro, bil telefon dan segala adik beradik bil ibu yang bayar. Tak sedar ke dia? kerja2 lain macam kena angkut sampah, jemur karpet, sapu sampah, semuaaa dia kira, dia ungkit. Kadang tu bila ada kerja yang dia buat tanpa pengetahuan kitorang, dia sibuk2 mention like “tu tadi singki tersumbat ayah jugak bersihkan blabla” dengan nada tak ikhlas. Dia rasakan kerja tu dia sorang je boleh buat, dan TERPAKSA buat. Kalau dah buat tu, ok. Kitorang berterima kasih sbb tolong bersihkan. Pun berkira, tak ikhlas. Like bukan semua house chores dia buat sorang. Suka mengeluh pun satu hal. Since ayah tak kerja, dia lah yg kena amik adik perempuan aku kat sekolah. Dah dia tak kerja kan, apalah salahnya dia tolong buat sementara. Duduk rumah bukan buat apa pun. Mengeluh2 pastu at last dia buat jugak sebab dah takde orang lain nak amik, ibu aku pun kerja. But then again, dengan TERPAKSA.
Yang keduanya, ayah selalu tuduh ibu ada lelaki lain. Before that, aku nak bitau yang Ibu bekerja sbg perunding insurans, dan aku boleh kata yg gaji ibu cukup untuk tanggung kami adik-beradik, termasuk ayah aku. Kerja ni kena jumpa ramai orang untuk dijadikan client. Tak dinafikan yang ibu ada ramai client lelaki. Sebab aku selalu gak tolong ibu buat kerja dia dan sempat tengok list name client dia kebanyakannya lelaki dan ramai polis. Tapi apa aku boleh kata, client lelaki dan perempuan ibu sama ramai. Dan aku boleh jamin ibu bukan nya ‘sambil menyambil’ masa bekerja. Aku tak tau syaitan apa yang rasuk ayah sampai sanggup tuduh ibu bukan2. Benda yang sepatutnya tak ada dan remeh, dia ada-ada kan. Perkataan yang ayah guna semua kesat dan l***h. Astaghfirullah. Aku mampu geleng kepala je.
Aku dah penat asyik nak menangis je setiap kali jadi macam ni. Kalau korang ada kat tempat aku pun korang tak sanggup nak dengar. Ibu sedaya upaya pertahankan diri dia yg dia bukan seperti yg ayah cakapkan. And aku pun tahu ibu bukan orang macam tu. Kalau betul pun ibu ada orang lain, dah lama ibu lari ikut lelaki tu tinggalkan kitorang ni terkapai kapai, ataupun dah mintak cerai dari ayah. Tuduhan ayah memang tak berasas langsung. Semua takde bukti. Cakap tak guna otak dan tak fikir panjang. Memang betul2 dah dirasuki syaitan. Lepas bertengkar, diorang tak bertegur. Sebulan paling lama. Memasing buat hal sendiri. Adik aku baru 3 tahun pun tutup telinga, bila diorang bertengkar depan kitorang adik-beradik.
Adik kecik lagi tak tahu apa2 kena hadap semua ni. Aku kesian sangat. Tapi still, ibu masih kat sini jaga kitorang. Aku pulak terasa macam didera. Mentally and emotionally. Aku jadi benci dengan sikap ayah sampai satu tahap aku taknak lagi duduk kat rumah ni. Daripada duduk kat rumah, lebih baik aku belajar. Aku lagi happy dapat sambung belajar jauh dari rumah dan tak payah balik lagi, hadap semua ni. Korang mungkin fikir kenapa aku tak cuba nak hentikan diorang? Kalau korang nak tau, ayah takkan dengar apa yang aku akan cakap. Even cakap ibu sendiri pun dia taknak dengar apatah lagi aku.
Disebabkan layanan ayah terhadap ibu macam tu, aku perasan yang ibu jadi rebellious. Aku tahu ibu pun tak nak jadi macam tu. Ibu jadi kuat memberontak, cakap kasar. Kadang nada kasar bila bercakap tu sendiri tak terniat pun pada dia, tapi bila kena kat aku, aku sendiri makan hati. Kenapa sampai macam ni sekali? Aku jadi sedih. Sampaikan aku sekali terikut-ikut yg tak baik. Bila ibu marah atau tinggi suara, aku lagi tinggi suara.
Aku tau aku salah, dan tak patut macam tu. Tapi, macam jadi pantang bagi aku, kalau something tu patutnya boleh dicakap elok2 tapi diguna yg kasar. Memang aku tercabar. Anak derhaka aku ni. Perangai aku ni memang tak lain, dapat dari kedua2 parents aku. Yelah, peribahasa kan ada kata sebagaimana acuan begitulah kuihnya. Anak-anak tu cerminan ibu bapa. Dan benda macam ni pun parents aku susah sangat nak sedar. Aku rasa terkilan sangat.
Next, aku nak cakap pasal abang aku. Dia tua 3 tahun dari aku. Masa kecik, kitorang rapat sangat. Yelah masa kecik kuat main, ketawa gelak sesama, kena marah pukul pun sesama, tulah yang merapatkan kitorang. Tapi bila besar, kitorang jadi renggang. Aku taktau kat mana silapnya. Aku sedar benda ni bila kitorang dah bersekolah.
Mungkin sebab abang aku dah ada kawan, so dia jadi lebih rapat dengan kawan2 dia. Tapi kalau ye pun dah ada kawan, kenapa dia pulaukan aku? Aku ni adik dia kot. ADIK. Dari dulu aku pendam sorang benda ni, cuma aku tak pernah tanya dia sebab apa. Kitorang dah besar sekarang, lagilah kurang komunikasi. Hampir tak ada. Dalam setahun macam boleh dikira pakai jari berapa kali sangat kitorang bercakap. Dah la tu, suka sangat cari masalah dgn kitorang adik-adik dia. Tak puas hati then cakap kasar2. Paling teruk, pukul. Aku pernah terfikir mungkin sebab aku tak cantik. Aku dulu pernah kena buli kat sekolah, kena pulau dengan budak sekelas sebab kulit aku dulu gelap. They make fun of my skin, dipanggil tambi, hitam, arang, you name it. So mungkin sebab tu dia tak suka aku dan rasa malu ada adik kulit gelap macam aku. Disebabkan kekurangan aku ni dia taknak layan aku sbg adik dia? Tak adil langsung.
Lama2 tu aku jadi tak kisah, dah lali. Sebab abang aku ni pun memang bermasalah. Masa form 2, dia diberhentikan sekolah sebab dah 2 bulan dia ponteng. Selalu pukul budak takyah, merokok tak usah cakap ah. Sampai ibu jenuh kena turun naik ofis sekolah dek dipanggil cikgu disiplin. Tahun depannya, dia amik PMR. Just ambil sahaja, tak sambung pun sekolah lepas tu. SPM takde. Ya Allah. Aku tak tau apa nak jadi dengan masa depan dia. Kenapa aku ada abang macam ni. Kalau ibu ayah hantar dia pergi sekolah yg lagi baik, aku tak rasa dia akan jadi macam tu. Mungkin lulus spm dengan baik and probably dah sambung belajar kat mana2. Dan mungkinnn dia dah final year dah sekarang.
Tapi tu semua just apa yang aku gambarkan dalam kepala aku. Selain tu, aku dah lama tak nampak abang aku solat. Pegang quran apatah lagi. Aku rasa bersalah at the same time aku tak tahu cemana nak tegur. Aku ni pun taklah baik mana. Solat pun kadang lewat sampai dah nak habis waktu. Al quran pun aku lama tak baca. Mengenangkan diri aku pun macam ni aku rasa diri aku tak layak nak tegur dia. Tapi aku pun tak sanggup tengok abang aku diheret masuk neraka nanti. Astaghfirullah naudzubillah. Aku tak nak salahkan parents aku. Tapi, semua ni takkan jadi kalau ada tindakan wajar dibuat dari awal lagi.
Teruk macam mana pun keluarga aku, aku bersyukur sebab ibu dan ayah masih bersama. Lepas bergaduh macam mana sekali pun, ada masa2 tertentu diorang berbaik semula. Bercakap dan bergurau macam sebelumnya. Anggap pertengkaran yg dah berlaku tu tak pernah wujud. Aku dan adik-adik pulak masih cukup makan minum, bersekolah macam biasa dan aku masih diberi peluang untuk sambung belajar atas dorongan dan sokongan ibu ayah.
Semua ni dah tersurat olehNya, dan aku sebagai hamba kena cuba terima sebab semua yg terjadi ni ada kebaikannya, untuk aku dan family aku. Ni jalan cerita aku, dan aku redha. Dalam setiap kesulitan yang aku hadapi ni telah mematangkan aku. Walau terkadang keadaan menjadi buruk, masih ada yang baiknya di waktu lain. Aku tak patut sesekali compare family aku dengan family orang lain sebab lain orang, lain cerita. Ni dugaan, ujian dan bahagian untuk aku. Orang lain ada dugaannya yg tersendiri. Macam ada member aku ni, ayah dia kahwin lain dan terus tak balik rumah, tak tolong support family. Ibu dia pulak sakit, ada kakak kandung yang bencikan dia. Dia yg masih muda pulak terpaksa kerja untuk tampung family dia. Bila dengar macam tu, untuk sebab apa aku nak merungut? Sedangkan ada orang yg diuji dengan dugaan hidup yg lagi berat. Allahuakbar.
Aku tak berniat nak bukak pekung di dada. Niat aku confess pun adalah untuk renungan semua pembaca, tak kisah dari golongan ibu bapa, bakal ibu bapa ataupun remaja lain macam aku. Aku harap semua dapat pengajaran yg aku cuba nak sampaikan daripada confession aku ni. Ya, aku ni bukan anak yg baik dan aku tak tahu semua ni boleh bertahan untuk berapa lama lagi.
Peace.
– Aku yang dilumpuri dosa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit