Kehidupan Bekerjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana siarkan kisah aku ini.. Harap dijadikan iktibar. Aku merupakan graduan di sebuah universiti tempatan tapi bukan UIA.

Kisahnya bermula pencarian bekerja. Ade sesetengah org lepas kerja dengan kelulusan degree teros dapat kerja gaji RM2+++kan. Tapi permulaan kerja aku gaji diberi RM1200. Mase tu ak fkir kerja sebab nak dapat pengalaman.

Pengalaman pertama memang berharga sepanjang ak kerja sebuah syarikat bumiputera. Sebab ape aku pernah kene maki, kene cakap bodoh, lepastu dikatakan buat kerja tak setanding dengan kelulusan degree aku. Boss aku tu kelulusan SPM tapi mampu bukak syarikat da berjaya hampir 25 tahun. Tapi kalau berjaya aku tak pernah nampak pun cawangan die kat tempat lain. Memang kalau kau bekerja dgn syarikat swasta matlamatnya adalah keuntungan tapi cara boss aku tu nak untung. Aku rasa paling tak patut. Harga barang2 semua die letakkan siap sekali GST dan tambahan GST. Kau rasa smpai 2 kali GST harga tu. Sepanjang tu ak rasa berdosa betul sebab buat mcm tu. Alhamdulillah ak bertahan sebab ak pasti tak ade syarikat nak kat aku kalau bekerja nak gaji teros RM2+++ tapi tak ade pengalaman. Memang turn over kat ofis aku tu tinggi.. Orang keluar masok. Aku pernah nak minta bayar ot sebab buat paperwork smpai lewat malam. Boss ak nak jugak dapatkan tender tu dipaksanya aku je buat da smpai 5 bulan baru ak dapat claim. Itupun macam rumah da siap tapi pahat masih berbunyi. Korang tahu boss aku cakap ape, sye tak dapat projek tapi awak nak dpat claim. Mane adil bagi sye.

Pernah jugak boss aku belanja makan, sampai seminggu die dok canang sye da belanja semua staff makan tapi buat kerja macam sye tak pernah bayar gaji. Aku paling pantang kalau disebut pasal gaji sebab itu memang hak pun. Die nak belanja makan bukan kteorg nak, boss aku yang pakse. Start hari tu, boss ajak makan aku langsung tak ikot. Malas nak dengad die canang satu ofis.

Boss aku ni pernah jugak cakap lucah pada aku dan ajak ak jadi bini no 2 die. Mase tu aku rasa kenapala ak bekerja Kat sini. Jumpa boss gatal macam ni. Sedangkan isteri die kerja kat situ jugak.

Nasihat akak pada pelajar dah bergraduat hati kene cekal dan jangan melawan. Kita diam nampak hormat. Pernah dengar kan org yang bnyak diam sebenarnya die berfikir tapi orang yang bnyak cakap otak die kosong.

Selepas itu aku bekerja di sebuah syarikat swasta jugak ditengah ibu kota. Alhamdulillah gaji aku dapat dapatla tampung majlis perkahwinan dambaan semua perempuan. Hehe.. Mase ni ak sangat menghargai apa aku buat. Terima kasih tempat lama bnyak ajar aku sabar kene maki dan dibodohkan.

Tapi tempat kerja aku ni kebanyakkannya bangsa Cina, maaf aku bukan nak buat perbandingan agama di sini. Tapi disebabkan jawatan aku sama jugak masok dengan sorang lagi . Tup tup ak dengar die dpat jwatan jadi manager kat cawangan lain. Pergh ak berapi je dengar sedangkan die sistem pun tak tahu, kawan aku yang Melayu ni ramai da kerja lama 15 tahun tak naik pangkat jugak. Sebenarnya baru aku faham, kalau kau pandai buat ayat manis sampai semut nak hurung senang je kau nak naik pangkat. Sedangkan kerja satu hatam jadah pun tak tahu.

Tambahan lagi, ade satu syarat bila kau solat lau kene ganti.. Macam aku solat 20 minit.. Balik kerja pukul 5 tapi balik 5.20 macam tu sebab ganti. Aku masih boleh sabar sebab ak ada prinsip kita orang kecik buat ape nak melawan bangsa diorg yang memang menjatuhkan pekerja die. Ak pernah cakap pada boss ak amekla pekerja bahagian admin mase tu kosong gaji permulaan RM1200, boss Cina ak teros cakap Cina tak kerja gaji RM1200 . Last2 jawatan tu org India yang dapat.

Korang dapat tak ak nak citer ape, kiranya die sendiri tahu bangsa die nak macam mana. Dan die tindas bangsa lain. Bangsa lain dan sekali foreign worker diorg maki marah2 macam tak ade perasaan. Diorag selalu bezakan kita bayar gaji pekerja bawahan dan pekerja bawahan kene ikot cakap boss yang tamak kuasa dan pangkat ni. Pernah mase tu raya korban, aku nak minta cuti lama tapi diorh tak lepaskan katanya tak ade org jaga bahagian aku. Ak korbankan cuti dan aku kerja. Kerja aku ni kalau kerja waktu public holiday die dapat cuti ganti je itupun diorg bising bila aku apply cuti. Diorg ingat aku tak ade family ke nak kuar semua.

Last2 ak fed up dan berhenti dengan notis sebulan. Mase ni ak dapat panggilan kerajaan. Dan suasana sangat harmoni. Orang kata kerja kerajaan selalu makan gaji butakan dan bnyak borak. Tapi tempat aku tak. Memang bnyak kerja tapi on time bila balik. Borak boleh tapi masing tahu kerja banyak nak diuruskan. Boss aku seorang yang menjaga solat dan pandai bergaul dgn staff.

Nasihat aku pada yang cari kerja, memang ramai kat luar tengah ramai cari kerja. Tapi tak mampu mula dari bawah. Kalau kau teros dapat gaji beribu itu rezeki kau dik. Tapi kalau kau da cuba tapi hanya itu kau dapat, bersyukur sebab Allah sentiasa nak hambaNya bersyukur. Dan kalau kai tak tahan bertahan dulu sehingga dapat kerja baru. Jangan blah teros senyap. Diorg amek kau secara baik tapi diorg tak hormat kau biar je.. Janji kau resign bermaruah.

xoxo

– Zana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit