Kawan Aku Bukan Kategori Psycho Dah Ni II

Assalamualaikum and Hi!

Terima kasih sebab sudi baca luahan aku sebelum ni mengenai roomate-ku psycho. Dan terima kasih atas komen dan teguran dr anda.

Ya. Mmg aku salah ertikan maksud sebenar ‘psycho’ tapi perangai dia benar2 menguji ketahanan mental dan jiwa aku. Jadi aku rasakan dia seolah2 psycho otak aku dengan kelakuan2 pelik dia. Bukan otak je. Terseksa jiwa dan raga aku. Kalau aku tak kuat, maybe aku sendiri daftar diri pi hospital sakit jiwa. Sebab kata2 dia buat aku sendiri tertanya2, “aku gila ke dia gila?” Sb kdg2 kata2 dia cakap, dia tak ingat. So tak kan aku lak yg kata semua tu. Haihh..

Maaf cerita aku panjang dan agak tergantung. Ending tu tak kan aku nak tambah2 sebab dia mmg hilang mcmtu . Masa dia berhenti pun, dia blah mcmtu dr U. Aku tak sempat jumpa dia. Tu je last call yg aku terima.

Kalau nak diceritakan, lagi panjang post aku tapi aku terpaksa tapis sebab takut students lain di kolej akan mengalami ketakutan dgn roomate masing disebabkan cerita aku. Kang ada pulak yg pakai pendinding la, dindingkan katil la, hentak kepala kat dinding la sebab takut sangat.

Chill. Aku ok je kot? Tapi best. Aku dapat tgk gerak geri hidup manusia mcmni. As long kau tabah dan tak buat hal, pisau2 dia main still ok dan tak akan terpacak kat dahi kau. Ok2! Jangan takut. Aku gurau je. Manusia mcmni kau kena handle cool. Sebab tu dia baik dgn aku. Tapi dgn roomate sebenar dia, dia agresif.

Ada yg komen kenapa aku tak pernah tanya problem dia. Yes. Aku pernah tanya. Sekali je. Dia just cakap family dia tak pedulikan dia and kawan2 tak suka kawan dgn dia sebab pelik. Masa aku tanya, dia gelak2 . So aku pun berdekah sekali la sebab pelik mende? Tapi dah lama kenal, mmg pelik pun dia. Sumpah!

Hari2 dia cakap aku baik. Dia ckp dia tak sangka ada lagi manusia baik mcm aku. Aku pun sampai pelik. Biasa je kot perbuatan aku. Maybe aku tak pernah menyedari kebaikan aku tu betul2 dihargai oleh sesorang walaupun aku rasa itu hanyalah pertolongan seorang kawan.

Ya mmg banyak kali jantung aku gugur menyembah bumi kerana dia. Setiap malam dia tido sebelah aku, asal aku bukak mata, dia tgh pandang aku sambil senyum2. Aku just balas je walaupun setiap kali aku bukak mata bagaikan nak terjojol keluar dah mata aku sebab terkejut.

Dulu aku ingat dia lesbian. Cuak jugak. Yela hari2 nak tido 1 katil. Aku ok je sebab dah biasa tido dgn adik aku. Cuma dia mmg penyabar. Dia sabar kaki, tangan dan segala ilmu silat aku yg aku ada belasah dia time mlm2. Mana aku sedar. Tup tup dia kata mlm tadi dia sesak nafas sebab kaki aku hempap dada dia. Sorry sangat2 weh! Aku cuba control diri dr tido lasak. Tp aku bersyukur kau tak ikat aku malam2 masa aku tido. Thanks sangat2!

Paling aku sabar, setiap malam dia nak cium aku. 1 kali ciuman, 100 bulu roma aku terpacak. Kalau dah 1 muka dia cium, habis 1 badan bulu2 aku terpacak oii tak termasuk yg mengalami keguguran sebab menahan geli. Tegak je aku sambil senyum. Tu je kekuatan aku kalau aku takut. Sebab kelemahan aku, tangan aku mudah mengigil bila cuak or nervous dgn sesuatu. So daripada lepas dia cium pipi aku and aku terus pegang something, mmg ketara gila getaran tangan aku tu. So baik aku tegak ,senyum, steady and tabahkan hati balas ciuman dia semula dgn penuh kasih sayang. Mesti kau rasa mcm pelik. Ah pelik pun pelik. As long dia tak buat pengakuan dia sebenarnya lelaki ke ape, takdelaa aku menyesal sangat cium dia hari2. Well perempuan kan. Mmg mcmni dgn kwn2.

Dia cakap, aku kakak dia. Dia takde kakak. Ape tak nya, segala apa yg aku buat, aku akan ajak dia. Tak best oi jalan masuk syurga sorang2. Kalau aku sempat kahwin, boleh jugak aku berpimpin2 tangan dgn suami aku melompat2 gembira nak masuk syurga. Tapi kalau buatnya aku meninggal usia muda masa tu? Sekurang2 ada jugak member sebelah yg aku bawak.

So bila aku ngaji, solat, semua dgn dia. Tapi yg peliknya, dia kerap period. First aku syak dia tipu or ngeliat dr solat. But after aku check, mmg ya . So aku just ckp maybe kau ni ada darah istihadha (entah btl x aku eja). So aku ckp just mandi hadas and solat mcm biasa.

Dia ikut je tapi lama2 dia ckp tak selesa sb rasa diri kotor. Aku pun diam je. Dia mmg cantik. Dia suka makan buah. Aku kalau beli buah, aku telan gitu je . Tapi dia jenis tertib. Dia suka potong pakai pisau. Time dia pegang pisau je yg buatkan aku rasa mcm nak mencanak lari. Bukan apa. Dia suka cakap sambil acu pisau kat aku. Tapi alhamdulillah takde ape pun berlaku. Kau kena anggap je pisau dia pegang tu mcm dia tgh ajak main2 star wars gn kau. Kau balas la balik dgn bantal peluk kau konon kau tgh main2 padahal kau tgh protect diri sendiri.

Oh lupa. Dia memang sangat2 pembersih dan pengemas. Aku terkejut tgk almari dia. Tertib gila! Aku taktau nak describe mcm mana tp baju2 dia yg berlipat mcm seolah2 di iron padahal tshirt tido. Penah sekali aku terjah masuk bilik dia sb aku tau dia sorang2. Aku tgk dia tgh iron seluar kecik dia. Nasib baik dia tak buat gila pi kelas pakai gitu je.

Aku tak tegur sebab aku rasa setiap kelakuan pelik seseorang, pasti ada sebab yg menjadikannya sebegitu. Ada manusia, dia tak suka kita tahu kisah silam dia. Ada manusia suka menjaja cerita minta simpati. So aku adalah manusia yg sangat2 respect ttg kehidupan seseorang. Nak cerita, cerita. Tak nak cerita, takpe. I is okey je derr.

Jgn memaksa diri seseorang utk meluahkan sesuatu walaupun gerak hati memaksa2 ingin mengetahui sebab dan alasannya. Berlakonlah seperti tiada apa yg berlaku kerana kau bukan sebab utama yg menjadi penyebab atas setiap kelakuan pelik dia . Tapi boleh jadi kau lah penyebab utama perubahan dia ke arah yg lebih baik.

Tapi… Jangan kerana kau tak mampu menjadi seperti ahli syurga tetapi perbuatan kau serupa ahli neraka!

Kepada kawan aku, aku sayang kau. Kalau tak sayang, takdenya aku rela dicium kau setiap malam, aku rela terima suapan dr tangan kau, aku rela dengar dan percaya apa yg kau nampak. Sebab aku faham. Aku faham sangat. Masakan hari2 aku buat air panas + garam gunung suruh kau rendam kaki dan tangan kau supaya sembuh?. Tak kan aku sanggup dan sabar layan karenah kau and bawak balik kau masuk bilik setiap pukul 3 pagi? Tak kan aku sanggup tunggu kau kat luar toilet walaupun berjam kau mandi ? Kadang tengah2 malam kau mandi, aku layankan je walaupun aku sejuk gila aku mencangkung sorang2 kat luar. Ingat aku tak takut ke? Dah la toilet kita depan padang yg kau ckp macam2 tu!

Ada ke perempuan seberani aku? Ada ke kawan yg stay dgn kau yg sanggup setiap malam buatkan air dr bacaan ayat suci Al-Quran supaya kau minum dan sembuh  dr semua ni? Takde! Akuu je mcm kakak kau berlari sana sini bila dengar kau jatuh, bila dengar kau lama tak pi kelas. Tapi aku sedih. Kau hilang mcmtu je.

Semua no yg aku save nak dekat 10++ tapi pelik tiada dlm perkhidmatan after kau call. Kau pakai line ape doh? Tak kan benda2 kau nampak tu ada line tersendiri? Kalau mcmtu aku nak try jugak. Semak jugak aku kdg2 dpt no pelik.

Call lah aku kalau rasa kau rindu aku. No aku tak pernah berubah walaupun aku dah clash dgn byk laki waktu zaman sekolah, tapi aku releks je guna no ni sejak dr darjah 6. Tak kuasa aku nak patah2 sim bila gaduh clash dgn pakwe. Nak clash, angkat kaki, jalannn. Aku masih banyak kawan kot yg nak contact. Jenuh nanti kawan2 sekolah aku nak contact. Mustahil la kalau kertas biodata aku dulu2 dorang still simpan and leh contact aku semula.

Aku harap kau sihat. Dan semakin sihat drpd kelakuan2 pelik kau. Kau cantik. Pandai. Cuma kau terlalu melayan benda2 mcmni. Nasihat aku pd netizen, yes benda ni wujud! Aku akuinya sebab kan aku dah ckp aku dah biasa? So maksudnya aku ni jenis tak melayan. Aku kukuhkan diri dgn pendinding diri. Syaitan tak boleh buat apa selagi kau masih takut dan bersujud pd Allah. Dia nak sesatkan kau. Kalau tak, takkan setiap kali aku suruh amik wudhuk, mesti budak2 yg problem mcm ni dia rasa mcm air tu panas la ape la.

Tu just perasaan kau je kay.

Yang ikhlas,
-Kakak Sado-

– Kakak Sado

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit