Assalamualaikum, hai semua.
Okay, confession ni saya tulis untuk sorang sister ni. Saya tak kenal pun dia. Dan saya tau dia pun tak kenal saya. Tapi saya masih ingat kebaikan yg dia lakukan untuk saya.
First time saya kenal sister ni, last sem. Mase tu nak dekat final exam dah. Duit belanja pun dah tahap nazak saya boleh kata. Memang saya duk berkira-kira nak makan. Tapi kena la makan kan. Nak study perut lapar, mana nk masuk. So, saya pun pegi la cafe, which is cafe yg terkenal dgn mahal tu. Saya ambil jela lauk yg agak-agak saya mampu bayar. Sampai kat kaunter, ade 5orang sister lain tengah beratur tunggu turn utk bayar. Tiba-tiba sampai kat turn sister ni, dia bagitau kat akak cashier suruh kirakan sekali harga makanan ktorg yg kat belakang dia. Semua sekali okay. Bayangkan betapa sy rasa nak nangis sebab sy memang tengah berjimat-jimat sampai habes sem. Rasa nak peluk dan cium cium je sister tu. Thank you sister.
Tapi cerita sy tak habes kat situ je. 2minggu lepas tu, terserempak lagi sister ni. Pun sama, dia bayarkan orang-orang yg beratur belakang dia. Masa tu sy dah bayar dah. Rugi betul. Haha. Tapi sy tertarik nak tau pasal sister ni. Sy pun follow die balik sampai blok dia. Rupanya dia duduk kat blok PG. Patut dia banyak duit kot. Hahaha
Satu hari, sy bertembung dgn sister ni masa nk keluar pagar mahallah. Nampak sister ni tgh drive kereta T** 4***. Tau dia buat apa? Dia tengah tanya sorang sister ni nak tumpang dia tak pegi centre. Sister ni memang ada penyakit suka tolong orang ke apa eh. Tapi sy memang tahap kagum gila dah dengan sister ni.
Yg lagi menyentuh hati sy, satu pagi ni, hari jumaat, sy nampak sister ni bawak berplastik-plastik makanan. Sy terpikir dia nak makan ke makanan byk2 tu. Tapi tau dia bagi kat sape makanan2 tu semua? Dia bagi makanan tu kat pakcik2 cleaner, makcik2 cleaner mahallah sy yg tengah buat kerja tepi jalan tu. MasyaAllah sister. Sy nangis tengok sebab nmpk pakcik2 n makcik2 tu happy sangat. Dan hari ni 14oktober, sekali lagi sy nmpk sister ni bagi lagi makanan dekat pakcik2 n makcik2 ni. Terpancar senyuman pakcik2 tu. Nampak mereka dah biasa dengan sister tu. Terima kasih sekali lagi sister utk kebaikan sister.
Kepada sister, satu je sy nak cakap, you really have a great heart sister. U inspired me so much. Start jumpa sis walaupun xtau pun siapa nama sis, sy tau dunia masih ada orang yg baik hati mcm sis. Orang yg sentiasa berkongsi rezeki. Semoga Allah membalas segala kebaikan sis. Terima kasih sekali lagi.
– sarah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit