Terima Kasih Abang Akak

Masa tengah belajar ni golongan-golongan utama yang kita harapkan untuk membantu kita, atau paling kurang support kita adalah of course family sendiri. Nak harapkan boyfriend, girlfriend? aku sendiri pun cukup selfish nak tolong boyfriend aku siapkan assignment dia. Tak dinafikan, ya. abang kakak aku banyak tolong aku. Walaupun kami sekeluarga hidup dalam keadaan serba sederhana, sampai duit belanja universiti pun kena cari sendiri, tapi parents aku tak pernah putus doakan kami, support kami, motivasikan kami bila kami down.

Alhamdulillah.
Cuma bila sampai kepada part keduitan atau barangan, aku cukup terkesan & sensitif dengan sikap abang dan kakak. Aku perhati kan je, aku buat research serba sikit, buat interview. Rupanya majoriti adik adik melalui nasib yang sama.

Ya, tak dinafikan kakak dan abang yang telah berkerjaya lah tempat kami memohon pertolongan. lagi-lagi bab kewangan, pengurusan kewangan dan ekonomi masa belajar ni sangat crucial. tau-tau RM200 lesap dalam seminggu, entah kemana pun tak tahu.

Tapi..
Setiap kali memberi, menghulurkan pertolongan abang kakak akan mentioned akad dia sekali, “ni aku dah bagi ni, kalau kau tak 4 flat aku tak tahu lah”. Ianya mungkin sound cliche, tapi pada aku itu satu akad yang berat, ibarat macam aku perjudikan masa belajar aku bertahun ni dengan penerimaan bantuan dia.

Tolong lah,
kakak abang, ikhlaslah dalam membantu. Kami tak akan minta tolong kalau kami mampu, kami tak akan meminta kalau kami tak terdesak. Kami pun malu dan segan nak mulakan ayat nak meminta tu. tapi sekali dah dapat, alamakkkk.. perjudikan nasib masa depan pula dah.

Paling tak pun nanti akan sebut sebut, “kau ni aku dah bagi itu ini, CGPA tak naik-naik juga”. Eh, abang dan kakak kot ye pun nak cakap macam tu, tolong fikirkan balik, zaman kau belajar sama ke dengan zaman kami belajar? situasi sama ke? kos yang sama ke? keperluan yang sama ke? Tolong keluar dari ikatan belenggu pemikiran anda yang telah pun ketinggalan zaman.

Aku punya adik beradik ramai, yang universiti je 5 orang, adik adik bersekolah masih ramai. Kakak Abang aku tak sambung belajar dulu, dorang terus kerja sebab tu mereka bekerjaya dengan jayanya atas sebab pengalaman bekerja. Kakak Abang aku pun takde la hulur duit keperluan untuk setiap sorang dari kami pun, kalau di minta, barulah dapat sikit.

Tapi bila balik,
cara gebang macam dia support aku 100% belajar universiti ni, bila result aku down, dicanang macam aku tak akan balas balik budi budi dia, bila musim result, dia yang paling excited buat perbandingan result kami 5 beradik. Dah lah masing2 kos lain-lain. Gila apa nak bandingkan aku yang kos engineering dengan result adik aku kos Business Admin? Aku pun kalau tercampak masuk kos dia, entah kena repeat berapa kali entah boleh jadi. Nak sedap lagi kalau adik ipar abang kau budak U juga, makin sedap kau kena goreng even depan parents kau sendiri. Hmm..

Abang & Kakak,
Adik-adik faham macam mana struggle nya korang berkorban untuk masa depan kami, bagilah kami peluang, bagilah kami masa untuk capai apa yang kami dah plan. Insya Allah at one fine day, kami akan balas balik dan masa tu kami akan ambil alih tempat korang support adik adik U ni, bantu adik adik yang sekarang masih bersekolah tu. Jangan risau, Insya Allah nanti bila kau dah tua, kau dah tak larat, kalau suami/isterimu dah tiada, anak-anakmu busy bekerja, kepada kamilah kau akan diletakkan, kamilah yang akan menjaga kau dengan ikhlas dan baik bukan adik beradik ipar kau.

Cuma satu je aku minta,
tolonglah jangan perjudikan masa depan aku dengan akad pertolongan kau.
Tolonglah jangan expect too much bila kau tak mampu pun merasa apa yang aku lalui, bagaimana aku tempuhi dan aku & adik adik bukanlah robot yang genius.

– ifa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit