Kami Dibayar

Untungla elaun banyak ” . ” Belanja please ” . ” Wah banyak duit kau ” . Ni ayat yang selalu orang dok sebut dekat aku . Bukan aku sorang je dapat ayat ni tapi kawan kawan seperjuangan lain pun dapat . Dia taktau apa yang kami dapat tu setimpal dengan apa yang kami buat . Ini cerita seorang pelatih tahun akhir . Cerita disebalik elaun banyak .

Tak panggil elaun tapi panggil gaji . Kenapa gaji ? Eleh berlagak baru student tapi elaun panggil gaji . Yes berlagak tapi tu hakikat . kami dibayar untuk belajar . Dari sem satu lagi , lecturer dok bagi ayat ” kamu dibayar ” dan sampai sekarang apa yang boleh dihadam ialah kami dibayar . Kadang kadang aku perati je tengok kawan uni lain up status facebook ” penat kelas 4/5 jam dengan quiz lagi hari ni ” eh kami kelas dari lapan pagi sampai lima petang . tu tak masuk lagi petang kadang kadang ada aktiviti kolej . even weekend pun kena turun koko . Tapi takpelah , kami dibayar .

Semua orang dok cakap untung la korang , elaun banyak . Tang elaun je kau nampak , real life kami ni kau tahu tak ? Kau duduk uni kau , anytime boleh ponteng kelas , weekend boleh balik kampung . Tapi kami ni realiti kat sini kami je tahu . Kelas tak boleh nak ponteng , lecturer countdown jugak student . Hilang je sorang mesti lecturer perasan punya . Balik kampung ? Sebulan sekali je kami mampu tu pun kena isi Buku Sleep Out . Pasal cuti cuti umum lain jangan dok cerita lah . Takde makna nak cuti umum panjang macam student lain . Kalau ye pun cuti panjang , korang kena tahu , cuti tu adalah cuti berganti . Ganti means kena pi kelas weekend dari lapan pagi sampai lima petang . Yes memang macam sekolah , tapi takpe kami dibayar .

Aku perati je tengok kawan kawan uni lain dok up gambar keluar malam la apa la , uptown la apa la . sini boleh keluar outing , hari kelas sampai pukul 7/8/9 malam je depends atas kolej mana yang kau duduk . Lewat masuk sikit je , nama kena ambik dengan warden lepastu kena buat surat tunjuk sebab , lampiran A haaa . Kadang kadang ada rasa jugak kenapa perlu ada peraturan macam ni . Persoalan tu sentiasa ada . Tapi takpe kami dibayar .

Rollcall dengan makan dekat kafe asrama . Jangan ingat time asrama sekolah je ada rollcall . Kami ni pun ada rollcall , everyday tiap tiap malam . Kat mana nak cari rollcall hari hari ? Weekend yang patut rehat pun still ada rollcall . Dulu time sekolah dewan makan asrama , beza dia sekarang ni kafe asrama . Tapi still persamaan dia kena makan dekat asrama tiga kali sehari macam sekolah dulu dulu . Korang seronok makan kat luar , kami ni bayar every month 200+ sebab kena makan makanan asrama ni . Tapi takpe kami dibayar .

Tu tak kira lagi life bila masuk praktikal . Praktikal ni orang cakap selangkah ke alam kerja . Praktikal busy sampai life pun takde . Lately ni kerap aku tengok orang dok viral pasal kes penjawat awam tak buat kerja . Aku bukan nak cakap apa , aku yang student ni pun , balik kerja penat , terus tido . Tu tak kira lagi kena siapkan report patient . Kadang kadang kerja hospital bawak balik sampai ke asrama ni . Ni kisah aku student yang tak kawin lagi , kerja lapan pagi sampai lima petang . Cuba bayang penjawat awam yang dah kawin ada anak ni . dengan penat kerja lagi , balik rumah kena jaga bini laki anak , masak kemas rumah apa semua . Dulu ada jugak la hangin kenapa penjawat awam ni lambat buat kerja . Tapi sekarang aku faham dah .

Ayat kami dibayar ni dah sebati dengan hidup . Rules yang kami kena ikut ni , bila fikir balik , benda ni la yang mendisiplinkan kita . Macam mana nak kerja hadap patient nanti kalau diri sendiri takde disiplin ? Kelas lapan pagi lima petang , nak bagi kita biasa dengan jadual kerja . Sleep out limited sebab nanti kerja pun bukan hari hari hang boleh balik rumah . To those yang cakap kami ni untung elaun banyak , apa lagi come and join us lah haaa try masuk jadi student sini . Bersyukur apa yang ada .

Khamis ni kami dibayar lagi , gaji masuk !

– Mawar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit