Dirimu Begitu Berharga

Assalamualaikum. Terima kasih admin andainya ceritaku ini disiarkan. Saya , seorang pelajar di sebuah university swasta yang terdapat di Shah Alam . Apa yang saya mahu katakan disini mungkin akan menyinggung mana2 pihak . Maaf andai ada tersilap kata. Cumanya apa yang saya mahu katakan , apa yang saya lihat zaman sekarang ni wanita semakin ambil mudah perihal menjaga diri . Saya lihat banyak di kampus saya yang , pakai seluar ketat tapi bertudung. Ada yang pakai tudung tapi rambut sengaja dikeluarkan . seolah olah bangga menunjukkan yang tidak sepatutnya .

Saya juga tidak faham mengapa ada sesetengah wanita yg suka sangat make up tebal2 . Kalau tampar pipinya itu , mungkin akan jerebu satu Malaysia . Bukan salah make up , tapi biarlah berpada . Tebal2 make up , takkan nampak cantik pun. Ada yang mengata lagi ada lah . Lagipun , simpan lah kecantikkan tu untuk yang lebih halal nanti . Jangan show off kecantikkan pada semua lelaki . Yaa , memang akan ada lelaki yang puji ” wow cantiknya you nii ” . Tapi ketahuilah wanita , cuma lelaki yang gatal sahaja yang akan cakap macam tu. Dan syabas awak sedang diperhatikan oleh lelaki2 gatal.

Yang ketiga , saya tak faham betul pada wanita2 yang baru bercinta tapi dah bagi teman lelaki pegang sana sini . Ada satu hari tu , saya nampak ada satu pasangan bercinta berpeluk peluk . Dan perempuan tu pulak bertudung . Dan saya yakin , yg mereka belum berkahwin. Orang yg dah kahwin takkan semesra itu kat public . Tak tahu kenapa wanita zaman sekarang ni mudah beri lelaki buat yg tidak sepatutnya pada diri sendiri. Sedangkan sepatutnya dia jaga maruah diri dan lindungi diri sendiri . Ini tidak , dia pulak yang beri keizinan pada lelaki .

Awak yang bergelar wanita. Jaga lah diri awak sebaiknya . Kerana awak adalah insan yang sangat berharga . Nilai awak begitu tinggi pada pandangan Ilahi . Jangan dirosakkan diri sendiri . Jaga lah auratmu , jaga lah maruahmu , jaga lah permatamu . Ada wanita yang semasa bujang , dia tidak menutup aurat . Lalu bila berkahwin dia mahu menutup aurat kerna tidak mahu menghantar suaminya ke Neraka . Lalu , yg selama ini kamu membujang dan auratmu terbiar kamu tidak fikirkah yg kamu sudah membawa Ayahmu ke Neraka ? Kamu lebih mementingkan suamimu berbanding ayahmu ? Wanita , semasa zaman kamu sekolah ayahmu yg menghantar kamu. Malah sehingga sudah masuk zaman kolej , masih lagi dihantar ayah. Apa salahnya , sekarang ni kamu hantar pula Ayahmu ke Syurga ?

Wanita , dirimu berharga . Jagalah sebaiknya . Kerna dirimu ada lah permata .

– – insan biasa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit