Assalamualaikum. Luahan hati ini bukan untuk dikesiankan tapi untuk berkongsi dan pengajaran. Nama aku hanim, umur 19 tahun dan tengah belajar. Ada 4beradik dan aku paling bongsu. Aku takde ayah, cuma ada mak dan makcik yang duduk dengan aku je.
Aku ada 2 abang dan seorang kakak, aku cuma rapat dengan sorang abang je, yang sorang lagi kurang sebab entah dia macam tak suka ja dengan aku. Cakap nak taknak. Aku pun pelik. Aku kurang sayang dengan dia sebab perangai dia lah, macam suka nak diam tak tentu pasal.
Ada satu hari tu, keluarga kami diuji. Dia kena tangkap dengan polis sebab tuduhan penyalahgunaan dadah. Hati aku tersentak sebab itu pertama kali perkara macam ni berlaku dalam hidup. Hati mak jangan cakap, memang luluh. Aku tak percaya, satu keluarga tak percaya sebab dia bukan orang yang macam tu. Bila kami pergi tengok dia dekat mahkamah semua, kami tahu dia kena aniaya. Ya aku kenal siapa abang aku walaupun aku tak pernah rapat dengan dia. Mak sungguh sungguh cari duit nak bebaskan dia dari tahanan. Ya dia dibebaskan.
Setahun lepas kejadian berlaku. Aku balik sekolah, aku tengok ramai sangat lelaki dekat rumah aku. Bila aku masuk je rumah, aku tengok dia kena tahan dalam bilik atas tuduhan yang sama. Tak ada “barang” apa pun dalam bilik dia yang disyaki. Orang orang yang nak bawa dia ke lokap cakap “kalau barang tu simpan keluarkan, tidak dengan adik sekali kami bawak ke balai” dia tak fikir panjang dia hulur dua tangan dia dan cakap “gari lah, barang memang tak ada” Aku terdiam, aku menangis lepas tengok dia pergi. Aku terfikir apa aku nak jawab dengan mak nanti. Lepas dua hari dia ditahan baru aku cakap dekat mak. Mak betul betul kecewa kali ni. Hati aku kuat cakap abang memang tak salah.
Sebelum bicara di mahkamah, aku ponteng kelas untuk tengok dia. Keputusan mahkamah tak menyebelahi dia waktu tu. Sekejap sangat dapat jumpa, dia sempat pegang kepala aku masa tu. Hati ni sayu lembik selembiknya. Hari tu juga abang dihantar ke penjara. Aku ambik keputusan dengan kakak untuk pergi penjara dan buat kad lawatan berjumpa, tunggu lama sangat giliran nak berjumpa. Kami berdua bertungkus lumus sebab nak sangat jumpa dengan abang. Bila masuk aku tengok banyak telefon tersusun atas meja. Aku rasa aku seolah ada dalam kaca TV. Bila dia keluar dari dalam, aku nampak dia kurus, dahi lebam. Itu pertama kali aku rasa aku sayang sangat dekat dia. Pegawai penjara bagi masa tak lama untuk bercakap, dan kami tunjukkan sehelai kertas yang mana dalam kertas tu ada senarai makanan yg dia nak. Kami belikan untuk dia semuanya. Hati ni sayu lagi bila dia tanya “mak mana” Allahu. Aku cuma cakap mak sibuk tak boleh datang.
Dua minggu sekali aku akan pergi tengok. Bila masa bercakap dah tamat, bayangan aku tak pernah hilang saat pegang kaca tebal yang tak rasa langsung tangannya. Itu the hardest thing aku kena rasa selalu bila melawat dia. Aku hari hari pujuk mak untuk tengok dia, yaa mak hati lembut nak berjumpa dia. Mana ada ibu yang tak rindukan anak dia. Tiap minggu aku akan kurang makan di sekolah dan duit belanja tu aku kumpul untuk bayar apa yang abang nak makan bila aku pergi melawat dia. Seronok bila tengok dia tunjuk itu ini nak makan. Dia teringin tu, aku tahu dia tak salah. Dia cuma terikut ikutkan perangai kawan. Aku tahu dia baik. Makin hari makin kurus. Selepas bicara yang seterusnya, selepas beberapa bulan, dia dibebaskan. Alhamdulillah.
Aku tahu setengah orang malu dengan ada ahli keluarga yang jadi banduan tapi aku jujur kata dari hati. Aku tak pernah anggap dia seorang banduan. Dia juga manusia. Siapa pun dia, dia adalah darah daging kita yang tak dapat kita putuskan silaturrahim. Terima lah dia walau siapa pun dia di mata orang lain. Bersyukur bila diuji seperti ini ujiannya, tengoklah, kalau dulu dia orang yang paling aku benci tapi sekarang dia orang yang paling aku sayang. Kat luar sana, lebihkan lah keluarga walau apa jadi sekali pun. Mereka yang akan ada sentiasa dengan kita bukan orang lain. Adik beradik adalah anugerah Allah yang perli dijaga satu sama lain selepas ketiadaan ibu bapa. Hargailah. Tu je pengalaman dari pahit ke manis aku sampai sekarang
– hanim, 2016
– Nur Hanim
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit