Yatim Piatu

Assalamualaikum ..

Di ringkaskan aku adalah seorang anak yatim piatu yang di kurniakan dua orang HERO yang menjaga aku .. Tiba-tiba aku terdetik hendak berkongsi kisah kehidupan anak yatim piatu aku dqn dua orang hero aku setelah terbaca mengenai adik Amira dan Aqilah yang juga yatim piatu seperti aku di ambil haknya … Aku kehilangan ayah sewaktu umur aku baru menjangkau 1 tahun lebih dan aku kehilangan mama sewaktu aku berumur 6 tahun … Cuba bayangkan macam mana kalau korang berada di tempat aku sewaktu usia yang amat memerlukan belaian kasih ibu ayah ketika itu , serius aku langsung tak dapat ingat apa memori memori sewaktu mama masih ada apatah lagi ayah kerana aku masih terlalu kecil ketika itu .. Aku di fahamkan ayah meninggal di sebabkan kemalangan kereta dan mama pula di sebabkan penyakit talasemia .. Selepas kematian mama , kami tinggal dengan nenek iaitu ibu kepada mama kerana ayah sebatang kara dan derita aku dan abang abang aku pon bermula , mula mula kami di tatang bagai minyak yang penuh di rumah nenek tapi lama kelamaan nenek mula tunjuk belang , kami tak ubah seperti hamba di dalam rumah , abang sulung aku yang paling teruk di hamba abdikan oleh nenek kami sendiri, budak 10 tahun di suruhnya memasak , basuh baju pakai tangan , cuci pinggan mangkuk dan lain lain yang sewaktu dengannya ,

Mungkin bagi korang benda benda tu normal tapi tidak pada pandangan mata aku , apalah budak 10 tahun boleh buat sedangkan ada orang dewasa yang masih lagi kuat tubuh badannya boleh lakukan , oh ya , dalam rumah nenek tu ada juga tinggal bersama mak cik dengan suami serta anak anak dia , kau bayangkan apa yang kami alami ketika tu , di jadikan hamba abdi satu keluarga satu hal , perkara yang kami tak buat di tuduhnya kami buat dan cuba untuk menipu .. hmmm .. kisahnya sepupu merangkap anak makcik yang pecahkan pinggan kesayangan nenek dan nenek pulak menuduh kami adik beradik pecahkan sebab marah kena buat kerja , akibatnya kami langsung tak di beri makan satu tu …. hati ni sakit sangat bila terfikirkan masa kecil dulu, andai aku dapat putarkan masa nak ja aku tunjal tunjal kepala sorang sorang .. hahhahaha ..

Tapi kalau nak tengok nenek dengan makcik sekeluarga baik bagai malaikat ada satu hari bilamana datang dua orang lelaki yang aku sendiri tak pasti datangnya dari mana ketika tu, orang orang tu akan panggil kami dan bertanya macam macam soalan contohnya macam mana nenek layan kami 3 beradik, yelah masing masing kecil masa tu lagi tak berani nak bagitahu hal sebenar..

Lebih kurang dua tahun kami di jadikan hamba abadi akhirnya kami jumpa syurga , nenek sepakat hendak hantar kami 3 beradik ke rumah anak anak yatim selepas niat nenek nak tukarkan nama wasiat yang sempat mama wasiatkan pada kami tidak berjaya, atas sebab tu nenek marah dan hantar kami ke rumah anak anak yatim dan sehingga hari ni nenek langsung tidak pernah di lihat lagi ..

Di rumah anak anak yatim kami adik beradik bersyukur sangat dapat keluar dari dunia ciptaan nenek , di rumah itu kami dapat belajar dengan lebih baik , kawan-kawan yang senasib kami juga baik baik bahkan Ummi Dina seorang wanita yang aku sanjungi , ummi sayangkan kami anak anak sama adil , ummi sangat menitik beratkan agama dan juga pelajaran .. Ummi Dina , I LOVE U …..

Lebih kurang 8 tahun tinggal bersama ummi, along mintak izin dari ummi untuk bawa aku tinggal bersama denganya dan angah di rumah sewa mereka, pada awalnya ummi risaukan kami dan berat untuk lepaskan aku tapi ummi akur kerana aku adalah amanah untuk along dan angah ..

Along, habis sahaja SPM dia terus keluar dari rumah anak anak yatim ummi Dina kerana dia mahu bekerja, tak di nafikan keputusan SPM along sangat baik tapi alonh lebih memilih untuk bekerja , selepas along , angah juga ikut jejak tinggalkan aku dan tinggal bersama along , SPM angah juga sama baik seperti along tapi fokusnya ketika itu hendak cari wang dulu .. Masa tu along dapat kerja jadi mekanik dekat satu kedai apek cina yang baik hati terima along masa tu dan sewakan rumah manakala angah kerja jual burger ..

Itu kisah 6 tahun lepas , sekarang along dah ada bengkel sendiri , semuanya sebab apek cina yang banyak tolong along tu , dia punya baik hati bagi along duit modal bukak bengkel .. angah pulak sekarang dah tak jual burger , dia dah kerja dekat satu syarikat pembinaan , duit gaji jual burger tu sikit sikit dia simpan untuk buat sambung belajar sampaikan along nak tolong bagi duit pon dia taknak , aku ? InsyaAllah tahun depan habis master , yahooooooooooo! Hahhhahha .. terima kasih along angah sebab banyak berkorban untuk adik , terima kasih along sebab paksa adik sambung belajar dulu , terima kasih angah sebab jadi perisai adik masa makcik bertukar jadi zombie dulu nak pukul pukul adik sebab sepak kaki anak dia yang gemok tu … sayangggggg along angahhhhh ….. terima kasih jadi mama dan ayah dekat adik … M.Z , M .S , adik iloveu … hihihi ..

Wasiat ? Alhamdulillah kami dapat hak kami masing masing , biarkan kami berusaha sendiri dari harapkan wasiat yang di tinggalkan ..wasiat tu adalah harta terakhir yang mama tinggal ..
Nenek ? Hahhahaa … entah, tak tahu dekat mana, biarkanlah dia ..
jangan kata kami cucu tak tau di untung kami awak awak tak berada dekat tempat kami , tak tahu apa kami rasa .. along dengan angah mungkin aku maafkan nenek tapi bukan aku , entahlah … aku jadi lagi marah bila dapat tahu nenek terima insuran mama lepas hantar kami ke rumah anak anak yatim tanpa bagi kami satu sen pon , sampai hati nenek buat kami macam ni ., sampai hati ………

– N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit