Salam semua..
Saya baru berumur 21 tahun ni. Yes, betul saya katakan bahawa simpanan saya dah dekat rm20k sekarang. How? Saya tak pernah join MLM semua. Ada la sikit2 buat part time lepas SPM dan sementara tunggu degree tempoh hari..
Sebelum tu, meh saya intro sikit background saya.
Keluarga saya dulu boleh kata agak susah. Mak abah kerja sebagai technician Sony je. Gaji pun baru berapa ratus (tahun 90-an). Kami duduk di rumah teres kos sederhana di Bangi waktu tu. Rumah tu kami tak pernah renovate ataupun cat. Agk buruk la pada pandangan orang lain haha. Tapi, rumah tu dah habis bayar 2 tahun lepas rumah tu siap oleh mak abah saya. waktu tu rumah tu dalam RM25k (tahun 90-an punya 25k tu kira mahal dah). Macam mana mak abah saya boleh simpan? Tahun 2007, kami pinda ke Batu Caves, rumah dalam RM300k (mak abah taknak bagitau harga penuh sampai sekarang huhu). tapi abah saya dah kerja pangkat engineer tahun tu sampai sekarang.
Nah, tips dari mak dan abah saya
1) Bukakan akaun bank khas untuk setiap orang anak
Haa.. ini penting. Bila anak dah lahir, kalau boleh buatkan mereka satu akaun khas untuk mereka. Kalau ada 4 anak, 4 buku bank lah kita ada untuk mereka.
2) Duit anak2 jangan disentuh
Kalau dah ada anak, mesti ada orang hulur2 letak bawah bantal semua kan? Duit tu, sesen pun mak abah saya tak pakai. Walaupun untuk beli keperluan saya atau adik beradik. Semua simpan. Duit raya anak2 (ni memang mak abah saya tegas), langsung tak bagi saya dan adik2 untuk buat beli mainan zaman saya kecik2 dulu. Semua wajib bagi mereka dan mereka akan simpan dalam akaun kami masing2. Duit belanja sekolah pun sama. Ada lebih, masuk tabung. Kira sendiri hari2 masuk berapa. Sebulan boleh dapat RM50 waktu saya sekolah rendah. Banyak tu!
Ada sesetengah orang, duit raya anak buat bayar tol dan minyak balik kampung. Adil ke gitu? Seolah2 kita ambil upah dari mereka sebab bawa mereka balik kampung. Iskh3.. tak patut tak patut..
3) Jangan manjakan anak dengan barang mahal2
Ha.. ini masalah parents sekarang. Anak2 mintak tablet, bagi. Anak mintak iphone, bagi. Macam mana budak tu nak hargai nilai duit? Macam saya, mak abah tak pernah bagi saya beli handphone (walaupun simpan duit sendiri. kantoi, disita masuk bank haha) sampai saya form 2 (tu pun dapat 3310). Tapi bila saya dapat 5A upsr dulu, mereka belikan saya mp4 (tahun 2007, mp4 tu mahal habis dah. rm 300 cmtu). Saya pakai sampai sekarang mp4 tu. Prinsip mereka, kalau ada keperluan baru boleh beli. Bukan tu je, saya dapat smartphone pun tahun 2013 (18 tahun) lepas kerja part time. Tu pakai duit sendiri. Dan tu pun hanya Galaxy Young yang oramg dah tak pandang sekarang haha. Pakai sampai masuk degree. Tukar pun tahun lepas, buat part time masa cuti sem. Pakai pun samsung je. I tak minat ipongg
4) Biasakan anak2 buat mini buku akaun
Contoh, belanja hari ni rm5. Ajarkan mereka tulis aliran duit keluar masuk. Kalau belanja rm3, tuliskan total belanja dan yang disimpan pada hari tersebut. Dengan cara ni mereka akan lebih aware dengan aliran kewangan mereka.
Saya pernah dihina sebab nampak miskin masa awal2 masuk degree.
“Kata bapak kerja engineer, duduk KL, tapi pakai handphone murah, baju entah apa2” (masing2 pakai ipong uoll)
“Selekeh la baju kau. Apa kata beli yang ketat2 and up to date sikit.” (saya suka pakai jeans, tshirt and kardigan je pergi kelas. mereka fashionista)
Tapi kemudian masing2 mengeluh duit PTPTN tak cukup. Saya? Tak ambil PTPTN. Saya dan 2 lagi adik di universiti semua mak abah tanggung. Yang kecil je masih sekolah lagi. Siapa yang tak pandai urus duit ni?
Kepada future parents to be out there.. harap tips ini dapat membantu.
Peace!
– NLMY
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit