Assalamualaikum hii. Aku tak ingat sangat macam mana sebab pengalaman ni aku dapat time aku tingkatan 3, nak pmr masa tu.
Aku ni pelajar biasa je, sekolah berasrama. macam biasa, aku takde lah rajin sangat dan takde la malas sangat. kalau ranking dalam tingkatan tu, students ada dalam 115 orang, aku selalu ranking 40,50 centu ah. hahaha kan aku dah cakap aku tak pandai haha. ok nak dijadikan cerita, masa tu minggu exam. aku ingat lagi, esoknya tu selasa iaitu exam geografi. haihhh aku tak suka betul la geografiii,, aku malas betul nakk hafall bauksit ade dekat mana semua tu hahahah disebabkan aku tak studyy langsunggg wehh sebab isnin tu exam sejarah jadi aku dah fokus gila hafal sejarah semua tuu.
pastu after habis exam sejarah tu, malam isnin tu aku cuak gilaaa weh sebabb aku tak tahuu pape lagii esokk dah exam. aku stress sebab tengok kawan2 semua dah habis bace pastu adee pulakkk duk soal menyoal wehhh tahu tak perasaan dia cemana…aku pulak takk tahu sepatah ape dorang duk cakap. aku mengharapkan yang dalam kelas cikgu ajar tu lah tapi tahu tahu je lah dalam kelas cemana hahaha tidoooo wehh. Aku cuak gilaaa pastu aku fikir, takpe tak terlambat lagi, so aku buat je latihan buat punya buat sambil nangis sebab semua tak tahu tahu sikit2 je.
ok takpe lah kan. dah habis time prep malam tu, aku teros gi surau solat isyak, sambil jalan jalan tu aku nangis la sesorang memgenangkan hari esok. hm. aku jalan cepat cepat ke surau sebab nk mengaduu dekat Allah. Dah amik wudhu tu, aku nak pakai telekung, tetiba aku terpandang dekat dinding tu ade ayat seribu dinar dengan terjemahannya sekali. Aku bace slow slow, dan satu aku ingat, ‘sesiapa yang bertawakal kepadaku, Aku akan berikan rezeki yang tidak disangka2.’. Aku nangis aku ulang2 ayat tu! Lepas solat isyak tu aku doa sungguh2 nangis2 ngadu yang esok exam geografiii, Kau tolong la aku macam mana sekalipun. aku ulang2 ayat seribu dinar tu.
Malam tu aku nak tidur, aku ade bace sikit2 then tido sebab takut esok otak penat lagi la aku tak boleh jawab. malam tu sebelum tido aku memang tawakal habis aku doa semua dekat Allah. Esokknya tu, aku pergi awal kelas dalam pukul 7 centu, aku buat soalan geografi dalam buku latihan yg beli dekat kedai, aku buat sambil sambil hafal la jugak jawapan soalan tu kot kot kuar dalam exam haha mimpi la kan tapi takpe aku tak patah semangat aku buat je topik by topik aku buat topik tu sikit topik ni sikit sambil tangan menggeletar cuakknyaa.
Cikgu masuk pastu start bagi kertas soalan semua, mak aku pesan sebelum buku tu selawat banyak2 dulu, pastu aku selawat then baca ayat seribu dinar aku cakap Ya Allah berikanlah aku rezeki yang tidak disangka2 aku tekan part tu.
Bila aku buku kertas soalan tu, hanya Allah je yang tahu betapa terkejut nya aku, betapa janji Allah tu pastu, betapa Allah tu Maha Kuasa Maha Pemurah, aku menangis terkejut sambil belek belek kertas soalan tu. korang tahu ape jadi? Soalan geografi yang ada 50 soalan tu, setiap soalan tu SEBIJIK macam soalan yang aku buat dalam buku latihan yang aku buat pagi tadiii wehhh sumpahh aku terkejut gilaaaa hanya Allah je tahu Ya Allah aku bersyukur sangat2 tak tahu nak cakap cemanaaaaa. Aku tak bace pun soalan tu sebab bace ayat depan je dah ingat semua sebab baruuu je buat tadii pagi2 pulakk tu fresh dia takyah cakap la kan! Aku bulat bulat semuaaaa aku siap dalam masa 20,30 minit centu.
Dia punya lega tu tak tahu la nak cakap macam mana. Alhamdulillahh lepas dapat result tu, aku dapat A, kawan2 aku semua dah tak percaya dekat aku sebab aku cakap malam tu aku x tahu pape tak study pape tapi result elok. Aku cerita je la kisah miracle aku ni delat dorang dan sekarang aku share dekat korang semua. Janji Allah tu pasti. Yang penting kena usaha walaupunnn last minute ke ape ke kalau selagi ade masaaa tu studyy jangan cepat putus asa! biar la kita rasa dah tak sempat ke ape ke teruskan positive kan diri dan percaya dan letakkan 100% pergantungan tu dekat Allah. tapi korang jangan la jadi mcm aku tak study awal2! pastu nangis2, pastu dapat result teruk cakap Allah tak tolong la padahal dah solat doa semua. ingat, Allah tak tolong sekarang, Allah akan tolong nanti, percayaalah. kalau time study ni korang tak cemerlang, nanti kerja nanti? haa kita tak tahu macam mana, kan?
May Allah ease everything, dan jangan lupa, setiap kali after solat, bace ayat seribu dinar ni, sangatt powerful!
– Sis Bersyukur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit