Assalamualaikum
Aku perempuan, study kat overseas, in sha Allah dalam setahun lebih lagi aku dapatlah genggam segulung ijazah. Aku tak tau la confession ni panjang ke tak sebab ni first time aku confess kat page hot macam ni. Dipersilakan baca.
So, cerita dia macam ni. One day, aku main Omegle (tempat nak chat dengan strangers) tapi aku chat biasa la, tak buat video chat. Time tu Malaysia dalam pukul 3 pagi. Then, aku jumpa la seorang hamba Allah ni, berchatting la dengan dia. Lepas tu, dia kata, dia nak berkenalan dengan aku sebab dia nak ajak aku kahwin. Aku pon macam, okay kalau kau betul2 serious, kita boleh la berkawan macam biasa dulu, berkenalan sesama sendiri. Then, kita orang bertukar la nombor whatsapp.
Dipendekkan cerita, ada la dalam dua minggu dia tak online whatsapp. Memang tepat2 dua minggu, baru dia online whatsapp (time ni dalam sebulan lebih jugak la semenjak kita orang berkenalan kat Omegle). Dalam masa dua minggu tu, boleh pulak ex crush aku whatsapp aku (dia start whatsapp dulu bhai, happy tak terkata hahaha) and aku pon mula la rasa suka balik kat crush aku dengan rasa bersalahnya sebab aku tengah berkenalan dengan seorang lelaki lain dengan niat untuk berkahwin. Sepanjang berkenalan dengan dia, aku tak pernah putus berdoa supaya diberikan petunjuk, especially sepanjang dua minggu tu, aku berdoa supaya diberikan petunjuk yang jelas sama ada lelaki yang aku jumpa kat Omegle tu, betul2 untuk aku ataupun tidak.
So, bila dia dah online, dia minta maaf sebab dia busy sangat2. Then, ada konflik sikit sebabnya dia macam nak kahwin secepat yang mungkin tapi aku still study kan, so mana boleh. And dia ada jugak mention yang dah sampai masa dia dah bersedia nak kahwin, dia nak minta tolong parents dia carikan pasangan untuk dia. I was like, then, buat apa cari aku lol tapi aku tak balas apa2 la. Aku diam je. Dipendekkan cerita, kita orang gaduh time tu jugak, salah satu sebabnya adalah dia kata parents aku and aku tak percaya dia la apa la. LOL.
Kalau aku jadi parents aku pon, aku pon tak nak sesuka hati bagi anak dara aku kahwin dengan orang yang tak pernah jumpa or video call or bercakap face to face la. Senang cerita dengan stranger sebab tak banyak maklumat pasal dia yang aku tau and in fact, dia pon tak tau nama penuh aku. Dia bukannya kawan sekelas aku time sekolah menengah atau coursemate aku. Then, dia block whatsapp aku.
By that time, aku memang tak rasa sedih sangat sebabnya, aku dah tersuka ex crush aku tu kan (rasa dah boleh panggil crush balik hahaha). In fact, aku rasa sangat happy, sebabnya, doa aku Allah dengar, Allah jawab. Aku minta petunjuk yang jelas, memang Allah bagi petunjuk yang jelas walaupon aku tunggu dua minggu untuk jawapan yang jelas. Dua minggu nampak lama tapi masa itu pendek dan sekejap. Boleh dikatakan on the spot jugak la Allah bagi jawapan kat aku. Time ni aku rasa dekat sangat dengan Allah. Aku rasa aku ni disayangi sangat2.
In the conclusion, ada dua isi yang aku nak tekankan:
1. Jawapan Allah itu pasti. Allah Maha Mendengar. Kau mohon la apa2 yang terbaik untuk diri kau, untuk keluarga kau, untuk rakan2 kau, untuk guru2 kau, untuk semua umat Islam kat muka bumi ni, Allah dengar rintihan hambaNya. Jangan malu. Aku awal2 tu memang rasa malu jugak sebab minta petunjuk pasal jodoh kat Allah, tapi aku fikir2 balik, buat apa aku nak malu, aku minta benda yang baik, aku hanya minta petunjuk, and Allah itu Pencipta kita. In sha Allah doa kita akan dimakbulkan, sama ada cepat, lambat, atau ada yang lagi baik daripada apa yang kita minta untuk kita.
2. Kepada lelaki-lelaki yang nak kahwin dalam masa yang terdekat like dalam sebulan dua, pergi la tengok cerita “Ketika Cinta Bertasbih 2”. Kau tengok macam mana hero cerita tu cari pasangan. Kau tengok dia jumpa siapa dulu dalam keluarga si perempuan dalam mencari jodoh. Kau tengok siapa jadi orang tengah dia. Secondly, JANGAN CARI PASANGAN KAT ONLINE PALTFORMS KALAU KAU NAK CEPAT AND ON THE SPOT like kalau boleh malam tu jugak kau nak kahwin. PLEASE LA. Cari orang2 yang terdekat dengan kau, jiran2 kau, kawan2 sekolah kau, kawan2 sekerja, tanya pak imam masjid ke kot2 dia ada anak perempuan yang single. In sha Allah, kau jumpa bila tiba waktunya.
Pengajaran tambahan yang a bit off topic: For girls, kita kena kuat. Jangan cepat mengeluh dan mengalah selalu. It is okay to cry but jangan sampai berminggu-minggu meratapi kesedihan. Kalau ada suka someone, betul2 nak jadikan someone tu as your husband, confess to him. Jangan malu. Yes, memang sakit kena reject, tapi sekejap je, daripada pendam lama2, bertahun-tahun, tup tup dia dah kahwin, lagi sakit.
So, itu sahaja aku nak cerita dan pesan. Doakan aku semoga aku success in my study. Semoga semua yang membaca dirahmati dan diberkati oleh Allah selalu.
Assalamualaikum.
– Yang merindui tanah air
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit