Susah Dahulu Senang Kemudian

Assalamualaikum,Aku Ira( bukan nama sebenar) aku ingin berkongsi cerita mengenai kehidupan aku yang aku lalui ,Aku anak sulung daripada tujuh beradik,aku seorang berjiwa besar,bercita-cita tinggi memang tinggi sangatlah cita-cita aku ni walaupun aku ni tak l tinggi pon orangnya.

Sewaktu aku berumur 12tahun ,aku tiap-tiap pagi bangun pukul 5 pagi untuk menolong ibu membuat kuih,ibu aku memang pandai buat kuih ,bermacam- macam kuihh,ada juga yang buat tempahan ,disitu aku belajar cara untuk mencari duit,dan dari situ aku tanam semangat pada diri ,aku mahu berjaya untuk tolong kedua ibu bapa aku dan family ,Aku suka berangan-angan,angan-angan itu aku anggap sebagai cita-cita aku dan matlamat aku ,matlamat aku cuma satu “senangkan hati mak ayah “, aku nak sambung study nak dapat kerja yang bagus2,

Usia aku semakin meningkat,dan aku belajar banyak benda dari kehidupan yang sederhana ,waktu spm aku demam,paper sejarah dan P.islam aku gagal ,memang aku sedih,angan-angan aku untuk mak ayah tidak dapat tunaikan,angan untuk sambung belajar ke universiti sangat tipis.

Tapi disebabkan jiwa aku yang besar ni,aku kuat lagi berdiri,aku nekad mahu sambung belajar ,walaupon spm aku kurang memuaskan, kolej/universiti swasta sahaja yang layak untuk aku,dan yuran mungkin mahal.Ayah aku mahu sangat aku kerja dalam bidang medical,then aku apply untuk bahagian medical di Universiti swasta di Pj,Kuala lumpur ,Alhamdulillah aku dapat sambung belajar,aku peminjam Ptptn,tapi belum proses sehinggalah akhir sem satu ,dan aku dapat tahu hostel dan pengangkutan untuk ke kolej harganya naik ,masa tu aku buntu ,Ptptn aku belom proses,macam mana aku nak bayar untuk yuran sem 1 ,dan hostel ,pengangkutan, Makan minum aku lagi,ikutkan hati aku tak mahu minta duit mak ayah ,yala bawah aku ada lagi adik yang masih bersekolah ,aku tak mahu bebankan dorang ,

Masa tu aku banyak masalah mungkin kalau korang jadi aku ,mesti korang tak sanggup,aku tak nak balik kampung ,aku nak sambung belajar apa cara sekalipun aku tetap mahu belajar ,aku nak jadi contoh kepada adik-adik aku ,aku ambil keputusan aku nak berhenti Universiti tersebut,dan aku apply ke kolej lain yang bersesuian dengan spm aku,aku ada kawan,kawan aku lebih kurang masalah seperti aku ,tapi ptptn dorang lulus,cuma aku ja tak lulus,jadi kawan aku bagitahu tukar ke kolej lain,aku xkisah kolej apa pon tapi biarlah ada MQA yea,Dan aku mohon ke Kolej tersebut ,dan aku dapat tawaran kemasukkan pada bulan 2 tetapi masalah yurannya,aku nak dapat mana duit,Masa tu Allah lah tempat aku mengadu ” Ya Allah jika ini ujian dan dugaan yang engkau berikan aku redha “.

Aku buat keputusan ,balik kampung untuk dua bulan ,Dan terpaksalah aku untuk menipu mak ayah aku cuti sem,sedangkan aku dah berhenti belajar,memang aku tak sanggup tipu orang tua aku ,keadaaan memaksa biar aku sattlekan masalah aku yang aku sendiri alami sebab aku yakin aku BOLEH !!!.Dan aku buat keputusan aku mahu cari duit untuk yuran belajar aku ,aku kerja kilang di kampung tak jauh sangat dari rumah ,kerja untuk dua bulan sahaja,pukul 4.40 pagi bangun siap-siap,aku pergi kerja naik van ,selalu nya naik van memang lah awal walaupun masuk kerja pukul 7pagi.

Alhamdullah ,gaji aku selama dua bulan boleh tanggung yuran dan duit belanja untuk satu sem ,Aku pergi semula kl,untuk daftarkan diri sorang -sorang tanpa mak ayah,dengan hanya bertemankan beg- beg yang besar ,kolej yang baru pun aku tak tahu dekat mana,Masa tu aku tak fikir langsung ada yang nak culik ka,rompak ka, aku fikir dalam kepala aku ni “sambung belajar untuk mak ayah “. Aku hanya bagitahu uncle teksi bawa ke alamat sekian -sekian ,Alhamdullah,aku selamat sampai dan daftrkan diri untuk bayar kos belajar dan penginapan sudah sattle.Aku bersyukur sangat -sangat ,Aku col mak ayah ,dan bagitahu aku selamat sampai ,tetapi mak ayah masih sangka yang aku masih belajar di universiti tersebut ,Aku sedih tak mampu tunaikan apa yang ayah aku nakkan, Tapi aku cuba buat yang terbaik.

Sudah masuk sem dua,barulah aku bagitahu mak ayah, aku dah berhenti Universiti tersebut ,Dan aku ceritakan hal yang sebenar ,Mak ayah faham situasi dan keadaan masa tu ,Aku minta maaf dan bersyukur sangat apa yang aku buat berhasil dengan apa cara sekalipun aku banyakkan bersabar sampai satu tahap aku rasa down sangat,,Tapi aku xputus-putus berdoa.

Akhirnya Alhmdllah Aku dah graduated November tahun lepas 2015,belajar selama 3tahun,susah senang aku bersama kawan,keluarga,dan aku bangga dengan diri sendiri,aku mampu buat ,dari situ aku belajar ‘bersabar ” dan apa itu maksud”susah dan senang ,dan sekarang aku sudah pon berkerja dan mampu menolong keluarga sedikit sebanyak yang aku mampu ,Syukur Alhmdllah .

kenapa kita sering ditimpa pelbagai ujian?sebab Allah sayang kan kita,kita mampu dengan setiap ujian yang diberi ,Allah rindukan kita,rindu kita sebut ‘Ya Allah ” .
Dan ingt lah jika mahu sesuatu ,kena ikhlas,niat yang baik2,insha Allah doa kita akan termakbul,yang penting usaha,Kalau nak ceritakan kisah saya memang panjang,jadi saya ringkaskan,cerita ini sekadar luahan dari hati ke hati,
Asslamualikum

-kakak sulung kecik

– IRA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit