Aku alumni iium, tahun 2007 grad. Dah tua la aku ni kiranya har haa haaa. Skang aku keje gomen, tetap. Family and kenalan aku memang consider aku ni berjaya jugak la sebab belajar sampai masuk U pastu dapat kerja gomen, gred pegawai, tetap pulak tu… cliche. Muak aku dok dengar ayat2 camni. Asal masuk U je, kira berjaya. Asal dapat keje gomen je, memang bahagia la hidup. Perghhh! Tak terbuka langsung minda. Yang bestnya, orang orang senior dalam opis aku ni pun kalau aku cakap tak kesah nak berhenti kerja, mesti ugut ayat ayat cliche macam tu. ‘Susah dapat kerja sekarang, bertuah banyak u ni dapat jawatan tetap, orang lain hidup susah sebab tak dapat kerja, nak bayar itu ini dengan harga makin naik tambah gst bagai…. soooo cliche.
Sebenarnya point aku bukan nak kata keje gomen tu tak bagus or kerja makan gaji tu takde makna. Aku nak cerita kat sini yang kita ni suka aim belajar tinggi2 sebab nak kerja bagus. Kriteria kerja bagus tu pulak mesti yang company besar or dah establish, gaji besar dan banyak benefit cuti, medic, bonus bagai. Aku rasa ramai yang lupa bahawa kerja tu just a mean untuk kita cari duit supaya kita boleh survive hidup tanpa bergantung dengan orang lain. Tak kacau dah mak ayah or abang kakak. Tak payah pi berhutang bertimbun bukit nak bayar bil dan minyak motor. Kacau bofren gefren tu takpa kowttt ahahaa. Tapi kerja takkan tolong kita bila kita sakit dan ada masalah yang bukan kerja.
Aku kenal banyak orang yang mula kenal masuk kerja, perangai adab semua baik je. Azam mesti nak kerja dengan jujur amanah berwawasan berintegriti bagai lah. Once dah bertahun kerja, habis terbalik semua perangai yang cute molek tu jadi jin. Dulu dulu banyak kes penampakan itu ini sekarang jin pun tak berani datang kacau, dah tak nampak dah. Sebab ape? Sebab dulu mula2 dapat kerja nak gaji halal dan berkat. Sekarang just nak bagi bos atasan puas hati, janji gaji masuk. Janji senang naik pangkat. Bos suruh buat apa hatta benda tak guna, buang masa dan kacau orang lain pun buat je. Kalau timbul masalah pas kat orang lain, orang bawah je kene tanggung. Kalau dapat pujian huihhhh dia dulu tehegeh hegeh ke depan padahal kerja utama semua orang lain buat dia tinggal nak komplen and mengarah je. Semua ni jadi sebab stres, tekanan makan gaji lagi2 kalau tiap2 masa bos dok ugut tak sambung kontrak la, nak kurangkan staf la, nak
So apekata kita bukak minda luas luas dan explore kerja yang bukan makan gaji tapi sendiri buat gaji. AKu dah 30an rase macam dah lambat tapi hey, rezeki Allah tu luas seluar luasnya. Kalau ada hobi yang menarik and rare tu cuba expand supaya boleh jadi income. Orang yang kreatif dan rajin bole kerja sendiri dengan buat servis yang jarang orang buat. Tak kreatif pun takpe, kerja yang nampak mudah dan bosan contohnya pun boleh buat duit. Kata kuncinya, orang malas nak buat, kita ambil upah buat. Servis lipat baju, ironing, runner bayar bil2, delivery makan tapau/ barang, personal shopper etcetera. Kalo suka masak yang pelik2 tu try jual2 kat jiran sebelah. Trend sekarang aku tengok, ape2 je yang unik tapi murah (bukan cap ayam) insyaallah akan ade orang cari. Tak perlu start dengan modal ribu riban. Start dengan ape yang dah ada promote kat kawan2 dulu, family kendian lama2 orang akan kenal. Inspirasi di hujung jari tu guna semaksima mungkin. Ape guna iphone 7 harga dah boleh beli motor tu kalau tak boleh tolong jana duit balik. Sambil2 tu pergi kursus yang berkaitan untuk cari ilmu. Bukan iium or harvard je tempat cari ilmu, makcik kantin sekolah pon boleh kongsi ilmu dia kalau kita ikhlas bertanya. Up sikit pergi yang kemahiran mara punya, murah je. At least tau prosedur berniaga yang betul supaya tak kena kacau or denda bagai. Lagipun cantik sikit brand kita tu kalau ada no. pendaftaran and sijil mak nenek tu kan.
Aku rasa rugi sangat sangat masa belajar dulu tak try acah dunia biz. Padahal ikut sunnah pun, berniaga tu antara pembuka pintu rezeki utama (betul ke ayat aku ni?). Bukan nak suruh berniaga sambil korang study, tak tak takk. Karang study mane, exam mane, pointer ke laut, Ptptn kena wajib bayar jugak walaupun fail kan. Cuma aku rasa afdal kalau ambil pengalaman and tau serba sikit je. Tau ape peluang yang ada. Kalau di kalangan student dah ada banyak pasaran untuk biz (apparel, IT, sport), ape tah lagi bila pasaran dah buka kat semua orang tak terhad kepada student. Aku tak syorkan MLM sebab modal besar and banyak yang kayakan orang atas. Aku ade kawan tarik masuk MLM, aku tejebak sekejap yang jenis top-up tupun sebab modal kecik. Yang lain semua reject sebab modal ribu riban. Pastu buat gathering, keluar kata-kata semangat bunyik macam dah macam jampi serapah. Salam tarik duit lah, salam magnet rezeki la, salam mister jutawan bla blaaa. Aku tak kesah nak aim tinggi manapun tapi hidup kena hadap realiti. Tapi kalo ade orang nak sponsor modal MLM ni, join jer. At least boleh kenal and faham minda dan strategi marketing ahli2 MLM ni.
Ade banyak orang yang tak bekerja pun tapi masih berduit. Ada orang suka travel, buat duit dengan review tempat2 hot spot takpun melalui travel blog. Ada yang travel sambil ambil upah bawa orang travel. Ada yang minat bahasa asing, buat duit dengan jadi translator, tutor atau mc majlis2 yang audience cakap bahasa asing, ada orang malas bergerak kerja berat jumpa orang bagai jadi penulis buku/ kolum majalah/ pelukis. Dan macam2 lagi kerja yang sendiri jadi bos dan kita boleh atur masa dan tenaga ikut tahap kemalasan sendiri. Jangan terikut dengan arus semasa yang sama sebijik dari dulu sampai sekarang. Ni aku cakap kat diri aku sendiri jugak.
Tapi kalau hobi korang memang jadi follower yang baik, semua arahan tak kira betul ke salah korang boleh ikuttt je then tak sesuai lah kalau nak ikut syor aku ni. Yang pasti, buka mata, buka minda, banyakkan pengalaman so kita boleh nilai sendiri. At the end of the day, kalau duit berkoyan2 kalah Bill Gates tapi 24 jam kene layan bos punya email/msg/wsapp, nak cuti susah, nak jaga anak demam payah, nak join family gathering pon kena laser dengan bos ade guna ke? Lu pike sendiri.
By the way, nak kaya jangan keje gomen. X kaya punya.. Unless hobi ambil pengeras macam yang dok masuk berita/paper tu haha
Yang nak jump ship supaya kaya iman
-DiDi-
– DiDi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit