Salam pembaca2 budiman..
i’m back again
Tak disangka confession saya dapat respons yang menggalakkan baik positive mahupun negative. Terima kasih banyak2 saya ucapkan.
Ni pula untuk tips diri sendiri yang ibu bapa mungkin tak simpankan macam saya dan adik2. Harap janganlah kali ni ada kata saya hawau sebab bukan saya menyimpan ye~ Ni saya buat sendiri.
Ni tips dari ibu saya yang saya amalkan.
1) Asingkan sebahagian daripada gaji. Janga sentuh selagi tak capai target (terutama bagi yang dah bekerja. bagi student, scroll lagi kebawah untuk anda)
Tak semestinya wajib beribu2 ataupun sampai tak makan semata2 nak berjimat ye. Jumlah sikit pun tak apa janji konsisten setiap bulan dan jangan sesekali sentuh duit tu kecuali anda memang dah azam nak guna duit tu atas tujuan tertentu seperti vacation, beli perabot atau lain2 yang anda rasa perlukan duit yang agak banyak.. Katakanlah sebulan anda simpan RM100.
RM100 x 12 = RM1200 setahun untuk wang pokok sahaja. kalau campur dividen yang ber-percent2 tu boleh dapat dalam RM1800 setahun.
Terpulang anda nak masuk ASB ataupun sekadar akaun conventional. Saya dan keluarga tidak memilih ASB atas kerana ragu2 (ini prinsip kami jika pelaburan itu ada unsur syubhah, maka elok dijauhkan). Kami hanya menyimpan di Bank Islam dan telah di-transfer ke Tabung Haji untuk memudahkan urusan haji dan umrah kami pada masa hadapan.
2. Kawal nafsu dan kehendak
Ini contoh bagi yang duduk di taman perumahan. Mungkin jiran2 anda ada yang nak renovate rumah. Bila sorang dah buat, yang lain pulak tak nak kalah. Di sini saya sarankan, jika tak mampu lagi maka jangan ikut trend. Kalau nak juga, follow tips no 1 untuk save up duit ye. Kemudian baru renovate ikut suka anda.
Selain tu, kepada student..
Kalau sesuatu gadget tu masih berfungsi dengan baik dan tidak memerlukan anda untuk upgrade.. maka berpada2 menggunakannya ataupun kalau mendesak keperluan tu, pilih yang sesuai mengikut budget yang anda miliki. Janganlah semata2 beli gadget, anda mengikat perut kemudian merungut duit PTPTN tak cukup. Tak ke mcm pelik tu? Tapi, terpulang. Kalau mampu, silakan beli. Saya tak larang. Cuma nasihat je.
3. Buat mini akaun book
Tips ni saya dah bg kat previous confession. Tapi disini saya nak tekankan juga dan explain bagi yang dah dewasa2 ni.
Buat buku aliran keluar masuk duit. Catatkan jumlah perbelanjaan anda sehari. Dari situ anda dah boleh plan berapa banyak anda boleh simpan akhir bulan. Keluar shopping, bayar bil.. semua catat. Biasanya pattern setiap bulan mesti sama kecuali jumlah shopping tu. Student mahupun bekerja boleh guna tips ni.
4. Tak salah berbelanja lebih
haa.. ini dia. Tak salah kalau kita sometimes nak reward diri kita sendiri. Nak pergi spa? Silakan. Nak beli baju lawa2 yang ikut trend? Sila.. Nak beli gadget baru pun boleh. Tapi, ikut budget ye. Takkan la setiap minggu pergi spa ye dak? And gadget.. takkan setiap sem nak tukar gadget kalau masih elok? Terpulang pada anda :)
Rasanya tu je kot..
Awak2 luarr sana mesti ada cara simpan duit sendiri kan? Lain orang lain cara.
Peace out!
– NLMY
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit