Terima kasih admin kalau siarkan confession aku ni. Selalu aku tulis confession tak pernah admin nak post hahaha. Kalau yang ni admin post, terharu la aku hehe.
Aku graduan IT. Dulu masa zaman study selalu kena perlekeh sebab ambil IT. Tapi itu bukan apa yang aku nak cerita untuk entry ni. Nanti kalau rajin aku tulis entry lain untuk topik tu.
Aku selalu rasa bertuah sebab selalu dapat apa yang aku rasa aku tak deserve. I just thought that I am so blessed. Dulu masa zaman study, study untuk exam sikit-sikit je tapi selalu alhamdulillah apa yang aku baca sikit tu lah yang mostly masuk. Masa study sikit-sikit tu macam ada instinct, “ok, aku nak baca yang ni…yang ni pun…”
Then yang aku pilih untuk study tu mesti masuk. Tak masuk banyak, masuk sikit. Tak masuk sikit, masuk banyak. Otak aku jenis lembab sikit. Math pun tak berapa nak pandai. Bab mengingat lagilah aku fail. Sebab tu aku malas study. Selalu esok lusa nak exam baru start study. Burn midnite candle kateko. Tapi alhamdulillah, setiap kali exam aku selalu dipermudahkan.
Aku tak pernah fail mana-mana subjek. Paling busuk pun B. Pointer maintain atas 3. Nak dapat 4 rata tu tipulah. Tu untuk orang-orang yang rajin study. Orang macam aku ni, bersyukur yakmat dapat maintain pointer camtu. And this continued sampailah final semester.
Masa first year first sem tak dapat PT. Aku nangis bila fikir macam mana mak ayah aku nak tanggung aku belajar. Yuran nak kena bayar lagi. Nak makan lagi. Family aku orang susah. Adik aku lima orang semua tengah belajar lagi. Tapi somehow, aku survive. Rezeki datang dari arah tak disangka. Aku ditemukan dengan sahabat yang sanggup pinjamkan duit untuk bayar yuran. Selalu belanja makan. Kalau dia tak berduit pun, dia akan kongsi makanan yang dia ada dengan aku. Walau sikit macam mana pun makanan yang dia ada, mesti dia make sure aku dapat makan. Terharu. (Member yang macam ni kalau korang jumpa jangan lepas. Susah nak cari orang macam ni tau sekarang.) Ada satu time tu, ada hamba Allah hulur duit. Sebab dia perasan aku dah kurus sikit masa tu. Aku pun tak tau siapa hamba Allah tu.
Masa aku praktikal, sekali lagi aku bertuah sebab dapat tempat praktikal dekat syarikat oil and gas yang femes ni. Tanpa going for interview aku dapat offer. Lepas tu aku decide nak try another international software company dan decline syarikat oil and gas tu. Sebab ada member aku bagitau syarikat oil and gas tu tak banyak kerja sangat. Balik awal. Aku decide nak learn a lot masa praktikal. Aku tak hadap nama company besar pun. Aku nak kutip pengalaman. Ramai cakap aku bodoh sebab decline offer tu. Yelah, company besar, satu Malaysia kenal. Ayah aku pun macam tak setuju memula. Mak aku on je dengan decison aku.
So fortunate aku dapat buat praktikal kat syarikat software tu. Nama dia tak femes kat Malaysia. Tapi kat oversea dia femes. Best gila weh environment dia. Multinational multiracial dan those people are so damn kind and friendly. Macam aku masuk situ aku tak dapat nak kenalpasti yang mana bos. Sebab bos pun baik gila. Kalau takde sesiapa yang bagitau yang tu bos, aku ingat tu pakcik yang pangkat biasa-biasa je.
Pastu dekat situ boleh pakai casual…tshirt, jeans. Aku tak banyak baju sebab selalu nak saving. Baju kurung pun saiz besar sebab selalu orang yang bagi. Baju kurung aku time raya je buat sepasang. Next year recycle. So aku suka betul dengan dresscode company ni. Sebab aku ada banyak tshirt je. Aku rasa akulah yang paling selekeh kat ofis hahaha. Pakai tshirt buruk je.
Aku budak IT yang noob. So even simple thing like shortcut guna windows pun dorang ajar. Aku pandai guna Ctrl C Ctrl V je. Oh, Ctrl F satu lagi haha. Setiap task dorang ajar. Sampai la aku pandai buat sendiri. Aku selalu berharap dapat sambung kerja dekat situ. Aku punya eksaited tu, semangat aku cerita kat mak aku. Tapi no vacancy.
Eventually, on the last day aku punya praktikal tu, HR panggil aku. Suruh aku datang interview untuk jawatan permanent minggu depan. Tak sangka betul. Padahal, minggu sebelum tu aku tanya manager aku ada vacancy tak…dia kata tak.
Aku tak berharap sangat dapat kerja situ. Takut kecewa. Tuptup, manager tu sembang-sembang je dengan aku masa interview. Kalau ikutkan, requirement job tu banyak yang aku tak cukup. Aku siap tanya lagi, aku tak belajar etc2…language tu aku tak belajar…framework ni aku tak pernah dengar…but then of course aku willing nak belajar. So dia kata. Ok then. You are good then.
Sampai sekarang aku pelik macam mana lah manager aku sanggup take risk ambil budak noob macam aku under dia. But as I promised, I learn. Everything is new bagi aku. Bila aku rasa susah or stress kerja, aku akan ingat manager aku. He trusted me. Dah la baik, hensem pulak tu…eh! Sorry, melebih lak. Tapi betul la…manager aku paling hensem among other managers…aku tak tipu seyes. Tapi, memang semua orang kat company ni baik and friendly. Pelik aku. For introvert macam aku ni, aku suka la orang friendly ni. Sebab aku shy shy cat hehe.
Aku rasa tak layak dapat abundant of these miracle. Sebab aku ni tak alim pun. Selalu buat yang wajib je, yang sunat tu cukup liat. Aku rapat dengan mak aku. Semua benda aku cerita kat mak. Kalau nak exam ke, ada presentation ke, aku mintak mak doa. Waktu intern, aku mintak mak doa. “Mak, tempat praktikal ni best. Vacancy takde. Mak doa la bagi kak dapat sini. Doa mak kan mustajab… hehehe.” Mak aku gelak je. “Mak selalu doakan anak-anak mak. Kak tu, jangan orang dah baik dengan kita… malas pulak kerja. Kerja rajin-rajin.”
Aku taw, mak aku selalu doakan kami adik beradik lepas Subuh. Yang lepas Subuh tu yang aku tau sebab kak aku cerita. Waktu Zohor Asar Maghrib Isya’ aku tak tau. Mungkin mak aku doa jugak.
Doa seorang ibu sangat mujarab. Jika ibu pergi meninggalkan kita, hilanglah satu nikmat iaitu doa ibu.
Sayang mak!
– Anak Mak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit