Assalamualaikum, tetiba je nak share conffesion kt iium ni..hehe.
Kisah yg aku nak ceritakan ni betul-betul jadi masa zmn 1st year dkt universiti, sekitar tahun 2009/2010.
Kalau sebut bab kisah seram di universiti @ hostel pasti ada yang pernah merasa secara langsung atau tidak dan ini kisah kitorang bertiga.
Malam tu lebih kurang jam 11 lebih,lepas balik dari computer lab dpp (dewan penginapan pelajar), kita orang (aku dan 2 org roomateku) terus borak-borak kosong sambil melepak atas katil. Namun disebabkan mata masing-masing yang masih belum menunjukkan tanda mahu lelap Ain mencadangkan agar roommate yang sorang lagi si Eina on kan laptop.
“Nak buat apa buka laptop?” Soal Eina sambil bermain SMS. (Zaman ni aplikasi whatsapp belum ada) . Aku pula hanya memerhati keletah diorang berdua sambil berbaring di katilku memeluk erat Spongesbob kesayangan yang aku beli kat Pekan Changlun dengan harga RM10.
“Alaa…kita tengoklah cerita Hantu Jamu Gendong tu”Kata Ain memujuk Eina yang masih leka bersms.
“On jela Na laptop tu, dah banyak hari si Ain ni mintak nak layan cerita ni, dalam laptop aku bukan ada cerita ni,aku kan penyokong filem tempatan” Sampuk aku sambil tersengih kerana memikirkan laptopku penuh dengan cerita orang putih. Filem tempatanla sangat….
Oh ya,buat pengetahuan korang kami kaki layan movie selain dr kaki game..biasalah student life…Hehehe
Eina terus on kan laptop lenovonya dan kitorang mulai melayan cerita dari seberang itu dan seperti kebiasaannya, setiap kali layan apa-apa movie kitorang akan memadamkan lampu bilik ala-ala kat panggung wayang gitu dan yang peliknya malam tu aku yang kurang melayani cerita-cerita dari seberang turut sama melayani cerita yang ala-ala seram tu. Memandangkan ruang yang terbatas, Eina duduk betul-betul berhadapan dengan laptopnya manakala Ain pula duduk di sebelah Eina berhampiran tingkap bilik kitorang yang sentiasa terbuka dan hanya ditutupi langsir sahaja,manakala aku terpaksa berada di belakang dan tengah-tengah antara mereka berdua.
“Na,takutnya suara yang dia buat tu” Tiba-tiba Ain memecahkan kesunyian sambil memeluk bantal busuknya. Aku pula cuma menonton sambil melayani SMS, acuh tak acuh saja
“Ni tak takut Mek Ain oi…jap lagi kalo mu dengar perempuan hantu tu sebut lagi seram,aku tengok tengah hari pun seram ketiak” Kata Eina serius.
“Bila mu tengok Na?’’Soalku hairan kerana itu adalah kali pertama kami menonton filem tersebut bertiga.
“Masa aku balik kampung tulah”Jawab Eina
“Huh…tak takutpun,cerita diorang ni tak macam cerita kitalah seram dia tu,tapi jangan tunjuk yang ngesot-ngesot sudah..aku memang seriau sikit kalau yang mengesot ni” kataku, ahh…rasa terbayang pulak benda tu dok mengesot time tu!
“Tapi takut Sha, Hah! ceita Terowong Casablanca tu takut! dahla aku tengok sorang-sorang,ko tengok dah last-last dah masa tu”Kata Ain
“Tak takutpun macam sensored je banyak”Jawabku
“Betul tu, aku tengokpun tak takut dahla banyak sensored macam mat salleh” Sampuk Eina sambil matanya terus memandang skrin laptop.
“Tapi takut…betul…” Kata Ain beriya-riya mahu meyakinkan rasa takut dlm diri aku dan Eina.
“Ahhh..mu tu memang, nak tengok sangat cerita hantu tapi penakut” Kataku selamba pada Ain.
Tiba-tiba Eina bersuara mematikan bualan aku dan Ain
“Hah dengar tu Mek Ain suara dia……seramkan”
“Eh,apa dia sebut tu..jamumas?” Soalku hairan (masa ni aku tak berapa faham dengan bahasa seberang)
“Dia cakap nak jamu ke tak bang?” Translate Ain. Aku tau Ain memang expert sikit tentang bahasa.
“ooooooooowwwwwwwwwwhh” Kataku panjang dan kitorang terus melayani cerita itu dan sepanjang cerita itu berlangsung aku asyik nak tergelak saja dan Eina akan turut sama tergelak kecuali Ain yang kadang -kadang saja tergelak dek kerana rasa takutnya. Aku ni bukannya berani sangat walaupun time tu memang aku seriau bulu tengkuk jugak tapi dah memang perangai aku ade je yang aku tengok mana-mana scene dekat movie tu macam melucukan, dan apa yang boleh aku komen adalah aku buat-buat berani kucing ajelah. Malam makin lewat dan kitorang masih lagi dengan cerita seram itu sehingga tamat.
“Dah pukul berapa dah ni” Aku menyoal bila mata masih juga seperti tadi,segar bugar.
“Baru pukul 2 pagi, kita bukan ngantuk lagipun..kita layan cerita ni nak?”Soal Eina sambil memasang cerita Melayulah pulak. Aku ikut layan saja sebab dalam cerita tu ada pelakon komedi yang aku gemari Brader Harun Salim Bachik (al-fatihah) , tergelak besar jugalah kitorang malam itu.
Jam makin berganjak, tengok-tengok dah pukul 3.30 pagi dan saat tu Harun Salim Bachik yang berlakon dalam cerita tu (Apa Kata Hati x silap tajuk cerita tu) berkata
“Betul ke?”
Aku masih biasa-biasa sambil sesekali ketawa dengan telatah pelakon-pelakon cerita tersebut tapi aku mulai perasan akan Ain yang kelihatan tak senang duduk dan Eina berkata spontan
“Tak usah dok cara-cara(peduli)la Mek Ain!”
Ain pandang aku,wajah dia pucat “Ko dengar tak apa yang aku dengar tu?” Soal Ain sambil mengusap batang tengkuknya dan saat itu aku mula mendengar suara halus mendayu
“Haaaaa…Betul tu!”
Betul-betul tepi tingkap tempat Ain duduk, Ain apa lagi terus melompat bangun dan melihat reaksi spontan Ain itu terus membuatkan aku menjerit,terkejut dan rasa takut mulai menular dalam diri. Kisah-kisah seram terutama dari Blok A yang sememangnya ‘keras’ mula berlegar dalam kepala otak.
“Apa jerit-jerit pula ni,tak usah dok cara sudahlah..buat tak tahu saja” Marah Eina yang cuba mengawal keadaan penuh tanggungjawab
“Orang dalam,aku nak join boleh tak?”suara halus ‘perempuan’ tu kedengaran sayu…aduh,dia merayu nak join kitorang pulak!
Aku dan Ain mula terduduk di katil Eina tak tentu arah, berpeluh-peluh kami waktu tu. Jam sudah pukul 3.30 pagi,mana ade orang lagi main tepi-tepi tingkap pulak tu? Dan waktu tu jugaklah aku mula teringat yang malam tu adalah malam Jumaat? Aduh…apa betul ke malam jumaat malam hantu??? dan apalah nasib kitorang bertiga boleh pulak pergi layan cerita hantu pada malam jumaat pula tu dengan siap ketawakan watak hantu tu lagi!!
Aku dan Eina ketika itu nampaknya memikirkan perkara yang sama namun Eina masih kekal di kerusi cuba bersahaja, aku dan Ain sudah macam mau tercabut jantung di dada menahan perasaan yang semacam.
“Bukalah tingkap ni,aku nak masuk” Suara tu berbunyi lagi, Eina bingkas bangun dari kerusi mendekati aku dan Ain, tak boleh jadi ni makin teruk dikacaunya kami. Ayatul kursi yang aku baca mula beterabur.
Eina kelihatan mendail-dail nombor di telefon nokianya,mahu telefon siapa aku dan Ain tak pasti sambil terkumat-kamit membaca al-Fatihah.
“Tak boleh bukalah,Jahatlah korang ni…..”Suara tu bunyi lagi!! Bayangkan betapa seramnya kitorang bertiga masa tu sampaikan Eina juga mula duduk di sebelah Ain dan kitorang bertiga duduk berhimpitan, masing-masing tak tentu arah dan ketakutan, masing-masing tidak mahu berjauhan.
“Sha bunyi apa tu?”Soal Ain
Aku geleng kepala sambil memegang tangan Ain,aku dah terketar tahap ketaran yang agak tinggi nisbahnya apabila melihat Eina yang sekejap tadi cool mulai mempamerkan ketakutan. Aku lihat tangan Eina jelas mengigil sewaktu mendail nombor telefon.
“Mu telefon siapa Na?’’Soalku
“Kak Su” Beritahu Eina.
Kak Su adalah kakak senior yang berada di sebelah bilik kitorang.
Tak sampai 5minit lepas tu pintu bilik kitorang diketuk, aku dan Ain terus meluru untuk membuka pintu tapi dihalang oleh Eina. Aku dan Ain berpandangan sambil telan liur.
“siapa tu?’’Soal Eina penuh tanda tanya.
“Kak su ni” Jawab orang diluar dan
apabila yakin itu adalah kak su terus kitorang sama-sama buka pintu bilik dan menarik kak su masuk, kemunculan kak su amat menenangkan hatiku yang bagai nak pecah ni jadi aku terus menyalakan lampu bilik yang sedari tadi gelap
“tak yah buka nanti ‘dia’ perasan” Kata Eina. Apalagi bila je dengar Eina cakap macam tu,takut tu mula datang balik,serta merta aku padamkan kembali lampu bilik. Hanya lampu meja tulis saja yang samar-samar memberi cahaya.
“Apa dah jadi ni? Siapa kacau,dia intai korang ke?”Soal kak su sambil memisat matanya, dia memikirkan kami dikacau oleh lelaki, maklumlah zaman tu jugak kecoh cerita lelaki bertukar jadi orang minyak dan mengetuk bilik-bilik hostel pelajar perempuan sekitar kampus.
Kitorang apa lagi, teruslah menceritakan segalanya dengan versi masing-masing dan setelah menganalisis cerita kitorang kak su terus merapati tingkap dan dengan beraninya menyelak langsir bilik, kitorang bertiga berdiri jauh di belakang Kak su,tidak berani mendekat kerana fikir ‘benda’ tu masih di tingkap bilik kami.
Lama kak su berdiri di tingkap melempar pandangan ke luar tingkap dan kitorang setia menunggu kata-kata dari kak su yang sedang meninjau suasana gelap di belakang bilik kami itu.
“Macamana Kak Su?”
“Tak ada apapun? Yang ada tu hah budak bilik hujung dengan kawan dia tengah bersembang kat bawah lampu”Kata Kak Su
“Budak bilik hujung?’’ Kitorang rasa tak percaya
“Ya, yang chubby dan kawan dia yang kecik-kecik tu’’ Kata Kak Su meyakinkan kitorang bertiga.
Kitorang terus meluru ke tingkap dan kelihatan di bawah sinaran lampu jalan yang cerah kelihatan Noni dan Pija sedang landing bersilang kaki ibarat sedang berada di tepi pantai.
“kurang ajar diorang pedajal kita!!” Alangkah malunya pada kak su, wajah kitorang bertiga yang pucat tak berdarah sekejap tadi pasti melucukan di mata kak su. Setelah meminta maaf pada Kak Su kerana menganggu waktu tidurnya, kitorang terus keluar mendapatkan Noni dan Pija dan bila saja melangkah keluar daripada bilik hostel kami,baru kami perasan rupa-rupanya masih ramai lagi manusia sedang berlegar-legar di sekitar kolej.
Ya ALLAH!!! kitorang memang terlupa yang malam tu adalah malam tahun baru 2010!! Mestilah ramai yang tak tidur lagi walaupun jam dah pukul 4 pagi, masing-masing dengan agenda tahun baru dan berseronok menyambut tahun baru.
“Soryla wei,korang takut ke? Aku tak bajetpun nak usik korang tadi..” Noni tersengih menampakkan giginya yang putih bersih mungkin digosok menggunakan jenama ubat gigi terkemuka Malaysia.
Kitorang bertiga menggeleng-gelengkan kepala, memang tak puas hati dengan kisah tahun baru tu! cukup-cukup rasa terkena dan malu sehingga terpaksa mengejutkan Kak Su pada jam 3.30 pagi dan aku pula mula terfikir,balasan kot pada kami yang terlalai ni?hahaha memang padanlah dengan muka kitorang ni, sepatutnya malam tahun baru nak-nak yang jatuh pada malam Jumaat eloklah kitorang buat solat sunat atau bacaan yaasin ke apa, ini tidak kitorang pentingkan duniawi, pergi layan cerita hantu pulak dah lewat-lewat malam, sekali kena dengan ‘budak hantu’ berdua tu rasa macam nak tercirit sambil berdoa cepatlah hari siang….
Hmmm..seram sungguh malam tahu kitorang bertiga dan itulah kisah seram pertama kami di alam universiti…hehehe.
– Shafara
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit