Assalamualaikum…
Terima kasih buat page confession ni & approved confession aku ni… Aku boleh la kata pembaca setia confession kat page ni, cuma jarang nak komen-komen sangat… Aku tergerak hati nak tulis dalam ni sebab aku rasa aku nak luah apa yang terbuku sejak 2-3 tahun kebelakangan ni jadi kat persatuan NGO yang aku kelolakan…
Okeylah, bagi memahami cerita aku ni, aku intro sket pasal persatuan aku ni… Persatuan aku ni boleh dikatakan baru je berdaftar dengan ROS dua tahun lepas… Alhamdulillah… Selama sebelum mendaftar, adalah dalam 2-3 tahun kami bergerak underground dengan hanya menggunakan nama Projek Bantu (nama persatuan ni aku melayukan, xpasal nanti persatuan aku kena kecam…) Mungkin ada readers page ni ahli NGO sama ngan aku, atau pun pernah buat program bersama kami… Kami buat apa? Oh! Lupa bagi tahu, kami bagi gelandangan makan… Ya… Erti kata lain sedekah…
Kat sini aku cuma nak luahkan kegeraman aku pada 1 NGO ni… Diorg pon bagi makanan kat gelandangan jugak & nama mereka dah established kat kl pasal bantu gelandangan… Bagi aku, bagus lah mereka membantu golongan yang kurang terbela… Yelah, nak letak mereka ketegori asnaf mungkin tak lepas… Sebab ada syarat yang membuatkan pejabat agama atau kebajikan masyarakat tetapkan, tak menepati… Tapi, aku bukan nak cerita pasal hal ni, jadi aku abaikan jelah.. Kalau cerita nanti panjang berjela pulak confession aku ni…
Macam ni, ceritanya aku rasa mula dari 2012 lagi kalau tak silap aku… Tahun tu masih tak ramai NGO yang buat program bagi makan kat gelandangan ni… Adalah 2-3 NGO yang selalu bagi makanan yang akan bertembung dengan kami… Konsep kami senang je… Kalau dah ada NGO yang bagi makanan yang lebih kurang kami, kami akan cari tempat lain pula… Sebab taknak la jadi isu pembaziran & lambakan makanan… Yang mana sekarang ni aku rasa, dah banyak pon jadi sebab tak ada kesedaran ni & yang menguruskannya pon tak fikir makanan yang di edarkan boleh bertahan untuk tempoh masa yang sekejap atau pon berhari-hari…
Jadi, kami selalunya akan buat pantauan sebelum keluar mengedarkan makanan… Alhamdulillah markas dengan pusat bandaraya yang padat dengan warga gelandangan tak lah jauh sangat… Jadi, runner kami akan pergi buat tinjauan… Selepas menetapkan kawasan sasaran, kami akan membahagikan beberapa kumpulan untuk pergerakan pembahagian… Jadi, xlah kami bergerak dalam kumpulan yang besar… & gelandangan ni tak adelah rasa macam barang tayangan kat zoo di mana orang datang serbu tengok tempat diaorang tido & sebagainya… Allah… Sedih aku tengok kalau keluar sana, life gelandangan ni… Jadi, aku nak anggota kumpulan aku dapat input yang sama… Rasa pengalaman dari penyediaan makanan sampailah mengedarkan…
Perjalanan pembahagian makanan biasanya akan berjalan lancar, kecuali bertembung dengan satu NGO yang aku rasa aku boleh gelarkan abang kawasan… Sebab sejak 2012 aku rasa diaorang nilah rival kami yang selalu menghalang pengedaran makanan yang mahu kami lakukan… Eh, bukan bagi makanan kat gelandangan ni hak sesiapa yang nak bagi ke? Kenapa ada yang nak halang-halang pulak…
Selalunya ayat yang dia akan tanya adalah, dari NGO mana? Berapa pack yang kami edarkan? Makanan apa yang kami beri? Darimana Dana kami? Itu biasanya permulaan perbualan… Tapi lama-lama mereka akan kata, kawasan ni kami cover… You all tak payah susah-susah bagi dekat sini… Kalau you all nak senang edarkan, hantar je pack you all dekat markas kami.. Nanti kami akan edarkan kat mana sasaran kami… Okey… Aku memang patut berterima kasih kat diaorang sebab “konon” nya nak Bantu & mudahkan tugas kami… Tapi, maaf… Itu bukan tujuan utama persatuan aku buat program bagi makan kat gelandangan… Yaa… Aku rasa kau orang tak salah baca… Aku bagi gelandangan makanan bukan sebab nak diaorang kenyang… Sebab aku tau, kalau nak bagi diaorang kenyang, banyak je NGO lain dah buat… Kalau pun makanan yang kami edarkan tu buat gelandangan kenyang, bagi aku alhamdulillah… Aku dah tolong dia isi perut… Sebenarnya, pengisian yang paling penting dekat sini, aku nak siapa jugak yang ikut serta program kami, faham dan mengalami sendiri pengalaman memberi (sedekah)… Di mana kami akan buat dari A sampai Z semua… Susah senang kami rasa sama-sama… Kami nak pupuk sifat memberi dari menerima… Kami mahu masuk syurga sama-sama… Walaupun amal ini bukanlah sebesar mana, tapi kami berusaha bersama-sama…
Dan oleh kerana itu kami tolak pelawaan abang kawasan… Lagi pun kami nak jaga status halal makanan yang kami edarkan… Kami nak dapatkan sumber Dana yang betul mengikut ajaran Islam… Di mana yang aku sendiri tau, abang kawasan selalunya di biaya oleh gereja selain dari kerajaan… Oh ya… Yang menguruskan NGO abang kawasan tu, kebanyakannya bukan melayu… Jadi, berabuklah cakap English dengan kami… Kami macam biasalah, dari 2012-2016 ni sama je modus operandi kami… Buat tak layan bila abang kawasan kacau kami… Fikir jelah yang baik-baik walaupun kami dah berkali-kali kena halau dengan abang kawasan dari bagi makanan, pakaian & jugak barang keperluan asas…
Bukan aku nak banggakan NGO yang aku buat ni… Tapi, aku rasa aku bangga sangat dengan ahli aktif NGO aku yang tak seberapa jumlahnya nak dibanding ahli abang kawasan… Rasa-rasanya adalah dalam 20orang lebih kurang… Kami sama-sama cari dana, kami sama-sama keluarkan duit poket kami sendiri untuk buat program kalau ada student yang minta bantuan kami… Dan yang paling penting, ukhwah kami sangat rapat… Dah macam adik-beradik… Sama-sama sepakat & bergerak untuk membantu golongan yang memerlukan…
Aku harap sangat, di kalangan pembaca confession kat sini kalau nak buat kerja amal macam kami ni, jangan berkira pasal berapa yang Kita keluarkan untuk bantu orang… Tapi Kita berpegang pada niat Kita… Aku memberi kerana Allah… Bukan kerana akan dapat imbuhan… Bukan kerana nama… Sebab NGO aku ni, tak terkenal pon… & aku bersyukur sebab tak terkenal macam abang kawasan…aku takut nanti, niat kerana Allah tu, jadi niat membangga diri…
Aku dah mulakan langkah pertama memeberi, aku taknak aku akhiri langkah akhir aku dengan membangga diri… Aku tak minta simpati, tapi aku mahu siapa yang ikut serta program kami sedar, keberuntungan diri… Sama ada di sisi manusia, mahupun pencipta Kita…
Aku rasa sampai sini dulu confession aku… thanks sebab baca.
Yang bercerita,
Bukan Abang Kawasan…
– Bukan Abang Kawasan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit