Politik

Aku rasa dah lama gila aku pendam perasaan ni, rasa menyampah bila tengok orang dok argue pasal politik ni. Xsalah wey kau nak debat hal politik tapi bagi aku kena ada limit la.

1) benda first, kau kena respect orang lain dulu baru orang lain boleh respect kau. Kalau kau rasa Parti B* bagus, teruskanla sokong tapi tak payah hina orang lain, kalau kau rasa parti D** elok, go vote for them tapi tak boleh ah paksa orang lain utk ikut kau.

Bagi aku ni semua mcm mana otak kau proses segala input or maklumat yg kau dapat. Otak kau yg interpret mana betul or mana salah. Sedangkan hal agama pun yg libatkan syurga neraka, hidup mati pun kita boleh ada macam2 pendapat and berjenis agama and tuhan, apatah lagi hal sekelumit politik ni. Kita tak boleh paksa orang budha masuk islam, tak boleh jugak paksa org islam masuk kristian. Terpulang pada empunya diri. Hati otak jantung and segala neuron dia pilih utk ikut siapa. Biarkan, hormat and terima pendapat dia.

2) kalau boleh tak payah la dok sembang politik waktu family reunion bila kau dah tahu dalam kalangan ahli keluarga kau ada yg berbeza pendapat.

Baik2 tengah syok gelak2 cerita pasal mat cangkul, terkeluaq isu politik terus tarik muka, bertegang urat. Bagi aku benda ni bodoh kot. Takkan sebab najib, anwar, guan eng and yang seangkatan dengannya la kita keluarga bergaduh. Bodoh tau x. Ntah2 masa kita dok bergaduh dgn keluarga sendiri, nama2 yg aku sebut kt atas tengah wat lek wat pis je kt rumah tengok running man.

3) lagi satu benda aku kurang suka bila kadang2 terbaca kt ruang komen, ada yg tulis najib shipuden la, anwar liwat la, kak mah la and yang hot skrg tun M dh nyanyuk. Pergghhhh aku tengok orang tulis ayat2 ni pun tak sikit banyak, sedih kot.

Mana budi kita, mana rasa hormat kita, mmg la kau tak suka orang tu, tapi cuba pkir. Tun M tu kan datuk kepada seseorang, najib tu bapa pd seseorang, anwar tu suami pd seseorang. Senang kata kita semua manusia yg ada keluarga sendiri, ada hati nak dijaga. Sama jugak la bila kau hina2 penyokong baju kuning merah biru putih pink purple segala. Ingat balik, diorg tu semua ada keluarga, ada hati, ada perasaan. Bertolak ansur la kawan. Pkir sikit sebelum nak hina org lain. Nanti kang kot betul kita yg salah, nak cari balik orang tu kat padang masyar nk mintak maaf kan dah jadi masalah.

4) last, aku mintak tolong la. Hormat apa jugak pandangan kawan, keluarga, jiran, orang sebelah, orang kenal, orang xkenal. Terima!!. Kalau tak boleh dgn hati terbukak, terima je la dengan hati tertutup. Kalau rasa benda tu boleh buat gaduh, boleh trigger kau nak mencarut haram jadah, tukar je la topik cerita lain.

Kau observe, kau pilih, kau nilai, biarkan sel2 otak kau berhubung sendiri, then kau g undi je nanti masa PRU. Settle

– orang kampung

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit