Garang Tapi Sayang II

Terima kasih atas respon baik dari yang komen post saya sebelum ni. Saya doakan semua dirahmati Allah dan diberi kemudahan urusan dalam apa sahaja terutama ibubapa dalam mendidik anak menjadi manusia.

Kali ni saya nak jawab antara2 masalah yang dihadapi bila kita nak mendidik anak ikut cara kita ni.

1. Masalah dari datuk nenek anak kita. Be it from our side or husband’s side. Macam saya masalah tak datang dari side suami sebab mak mertua saya memang garang juga dari dulu. Tapi bila dengan cucu ni biasa dia memanglah kalah sikit. Semua orang macam tu. Cuma kalau belah saya sendiri anak2 memang ayah dan ibu manjakan sikit. Yelah cucu kan. Tapi bagi saya, saya tetap hormat kasih sayang mereka utk anak2 saya. Siapa tak suka anak kita ada orang sayang kan? Tambah2 dah ibunya garang. Haha. Tapi macam manaaaaa pun, saya tetap akan ingatkan mereka yang saya didik anak saya tetap cara saya. Macam mana nak buat?
Contoh: anak saya main mainan bersepah. Saya selalunya akan jerit je nama penuh anak saya sorang2 then jerit sekali je “Kemas!”, then dorang akan mula kemas sikit2. Tapi biasala bila ada atuknya, berbunyilah ayat mcm ni, “alah takpela biarlah dorang main. Kang atuk kemas.”. Jawapan aku? “No no. Kemas sekarang. Ibu nak keluar kejap lagi. Tak siap kemas sampai ibu siap nanti,jangan ikut ibu.”. Memang atoknya diam dan faham. Lepas tu terus depa siap kemas. Caranya simple je, bila kita ada je oranglain nak manjakan dorang, terus kita bagi arahan seperti biasa pd anak kita. Anggap je org keliling tu takda. Dan arahan juga beri terus pada anak2. Tak perlu explain pd org sekeliling. Lama2 mereka akan faham.

Kalau tak faham lagi selalunya aku sendiri akan jawab, “Alah, mak dgn abah dulu pun marah saya macam tu jugak. Kalau tak mana jadi orang kalau asyik nak manja.” Confirm depa diam sambil sengih kambing. Try la sekali.

2. Ada je mulut2 orang sekeliling pernah label saya ibu kejam. Marah anak teruk sangatlah. Anak tu tak bebasla. Tapi bila saya tengok anak dia, bila balik rumah nenek sendiri pun anak2 menangis tak tentu hala. Jenis bertempek 24 jam. Susah nak buat keja itu ini. Lepas tu bersepah segala. Saya apa lagi, saya sendiri akan tegur anak2 buah tu ikut cara saya. Tapi tidak sekeras pada anak saya. Kalau melampau sangat, saya akan cakap direct pada ibunya “Sebab tu kena ajar anak dari rumah. Bila kat rumah orang senang nak kawal.” Saya cakap satu nada je macam sinis. Lepas tu saya terus beredar. Saya tau nak jadi macam saya bukan senang sebab kena kental hati. Kalau semua takut nak buat, ajar anak sendiri supaya anak orang boleh tengok contoh dr anak kita. Memang ada je yang jenis takkan hairan pun, tapi marah je anak kita depan dia. Campur sikit perli2. Contoh macam saya, saya akan cakap dengan anak saya. “Eh nak makan duduk. Orang makan berlari2 ni monyet je tau tak?” Haha tryla. Kompem mak budak tu faham. Ate dah tegur taknak dengar kan? Edit

2. Memang betul ada yang komen bagitahu yang anak mat saleh selalunya lebih behave. Sebab mereka seawal lepas lahir dah diajar hidup berjadual. Bila anak bangun mandikan bagi susu dan tidur. Bila bangun sekali lagi, bagi susu dan ajak main. Lepas tu tidur semula dan berulang. Bila anak dah setahun, tidur pun mesti seawal 8 malam. Sebab saya ada kawan dengan orang France, anak dia memang ada je jadual. Dia ajar hari2. Bila kita pergi rumah dia pun, even ada oranglain rutin tetap sama. Tapi tengok anak kita? Ada macam tu? Kita yang ikut masa anak kita adalah. Kita biar dia main sampai dia rasa nak tidur. Itulah namanya didik anak jadi tuan. Saya dulu pun sebenarnya mcm tu. Dulu bila anak2 masih kecik, saya biar mereka main ikut masa dorang. Termelarat rutin tu sampai anak sulung masuk pre-school. Lepas tu saya terima complain dari cikgu yang anak saya kurang fokus. Jadi saya terus fikir apa punca pada masalah tu. Anak saya tak dibiar main gadget 24 jam. Kebanyakan masa dia dengan kami samada tengok wayang, main di taman, jogging, main rollerblades, main toys, coloring dan sebagainya. Saya terlupa masa tidur dia sebab kadang2 masa tidur dia saya tak jaga. Lepas tu terus saya setkan masa tidur dia paling lewat pukul 10 malam. Pukul 7 dinner, lepas maghrib mengaji dan ulangkaji pelajaran sekejap dalam 10-15minit je sebab dia masih pre-school, then tidur. Sebelum tidur, kalau rajin saya bacakan buku cerita. Kalau tak, saya akan ulang ayat2 hafazan surah atau ayat2 harian dengan dia untuk lebih ingat then terus tidur. No gadgets at all. Walaupun dia nampak susah untuk tidur pd awalnya, tapi teman je dia sampai dia betul2 tertidur. Lepas tu alhamdulilllah masalah fokus dia dapat diatasi. Rupanya selama hari ni dia penat. So nasihat saya ibu2 bapa2 sekelian, sentiasa ambil tahu tentang anak. Kalau ada masalah, rawat puncanya. Jika ia melibatkan masalah di sekolah, berbincang dengan gurunya. Dan kita cerita tentang peranan guru pula di point no. 3.

3. Ada cikgu (saya rasalah) yang komen di post saya aritu tentang ibu bapa yang ambil credit bila anak2 baik, tapi salahkan cikgu bila anak tak pandai atau salah. Hihi.. jangan marah ya cikgu. Saya faham peranan cikgu juga saaaaaangat membantu dalam proses didikan anak kita. Kita ibubapa jangan lupa bahawa 4-8 jam masa anak kita adalah di sekolah. Jadi sebahagian dari akhlak dan pelajaran anak kita dipantau dan dibentuk juga oleh cikgu2 sekolah anak kita. Sebab tu saya cukup berterima kasih dengan cikgu2 sebab macam kes saya contohnya, anak saya diberi perhatian sewajarnya oleh cikgu sekolah beliau. Bila ada masalah cikgu dia akan beritahu saya supaya saya turut sama pantau dan perbaiki di rumah. Itu adalah perkara yang sangaaaaat jarang ibubapa sekarang buat disebabkan kesibukan kita bekerja. Disebabkan itu juga saya berhenti kerja dan bekerja sendiri demi anak2. Tapi saya tahu tak semua ibu bertuah dapat bekerja sendiri. Tapi macam mana sekalipun, tolong cari masa untuk pantau pelajaran dan akhlak anak2. AMBIL TAHU. Minta bantuan cikgu untuk beri lebih sikit perhatian pada anak kita sebab masa kita dengan mereka agak limited. Tapi bila hujung minggu, selain habiskan masa dengan anak2 dengan bercuti, proses didik anak berjadual tetap kita jadikan rutin tapi diberi sikit kelonggaran. Dan jangan berhenti remind anak2 setiap masa, ibu dengan ayah keja. Harap anak ibu faham ibu ayah kena cari duit untuk keluarga. Jadi bila di sekolah dengar cakap cikgu. Jangan gaduh dengan kawan2. Sentiasa share apa kita ada dengan kawan2. Kalau kawan nakal kita tegur. Kalau dia taknak dengar takpa, awak jangan lawan dia. Tapi kalau ada kawan2 buli terus bagitahu cikgu dan ibu ayah bila balik. Inshaa Allah anak akan faham peranan dia baik di rumah dan di sekolah. Time anak kita kecil ni nasihatla dia apa saja, dia akan hadam sebab time ni apa saja kita masukkan dalam otak dia akan terima. Jadikan gunakan peluang baik ni sebaiknya. Selain itu, sentiasa berterima kasih dengan cikgu di sekolah. Mereka adalah ibu bapa kedua anak kita. Kita juga takkan berjaya tanpa mereka. Bagila cikgu anak2 kita hadiah sekali sekala. Secara tak langsung anak2 juga akan belajar menghargai.

4. Proses didik anak ini kita kena akui bukan benda mudah. Tapi bila kita fikir tanggungjawab dan amanah, kita akan rasa ringan segalanya. Didik anak bukan macam bekerja habis bulan dapat gaji, didik anak tidak bergaji. Tapi hasil gajinya adalah bila kita dapat lahirkan anak yang memberi semula pada oranglain. Jika tidak memberi semula sekalipun, setidak2nya mereka tidak menyusahkan oranglain. Terutama bagi ibubapa berkerjaya yang meninggalkan anak2 di nursery atau babysitter, kalau didikan ni kita serap di rumah, inshaa Allah orang akan senang jaga anak kita. Bukan kah memudahkan urusan oranglain itu lebih baik?

5. Dan sebelum saya akhiri, saya nak kupas juga sikit tentang ibu bapa yang hantar anak ke nursery. Saya pernah berkerja dan anak juga pernah dihantar sementara ke nursery. Tapi saya TAK PERNAH hantar anak saya ke rumah pengasuh TAK MANDI. Kenapa saya terapkan isu ni? Sebab dari situ kita boleh tengok tahap disiplin yang kita terapkan di rumah. Kalau weekend agaknya pukul berapa anak mandi? Pada saya mandikan anak sebelum ke rumah pengasuh tu adalah tanggungjawab terakhir saya sebelum ke tempat kerja. Setidak2nya saya dapat pegang anak saya. Layan dia seketika sebelum saya tinggalkan dia. Dan bila dia dah mandi sikit sebanyak saya akan mudahkan kerja pengasuh untuk terus bagi sarapan pd semua anak2 yg dijaga. Kita kena ingat duit yang kita bayar pada pengasuh tu kdg2 tak berbaloi pun dengan kerja yg dia buat. Dan kerja menjaga budak2 ni bukan kerja mudah. Memanglah pengasuh saya dulu selalu ckp tak payah mandikan sebab tau saya dengan suami kena sampai awal ke pejabat, tapi saya dan suami tetap akan mandikan untuk mudahkan kerja dia. Pagi2 macam ni mereka akan kalut macam2 sebab kalau ada baby mana tak tukar pampers baby lagi, mandikan anak orglain lagi. Dan bila ambil anak sekali sekala bawaklah apa2 buah tangan untuk pengasuh yg dah jaga anak kita dgn baik. Kita terhutang budi dgn mereka.

Sebagai penutup, perlu saya tegaskan kat sini yang semua tugas2 di atas dan segala tugas mendidik ni bukanlah tugas isteri seorang. Kalau zaman dulu bolehla sebab kebanyakan isteri surirumah dan kita yang bersama anak kebanyakan masa. Tapi zaman sekarang isteri juga perlu bekerja untuk bantu ekonomi keluarga, sama2 sharing bayar bil rumah dsb. Jadi para suami, sila participate juga ya. Anak tu anak anda juga. Jangan sedap buat je. Isteri dah bantu sama2 bayar bil, jadi bantu2lah sekali jaga anak dan buat kerja rumah. Lainlah anda siapkan orang gaji sorang basuh baju, sorang kemas rumah, sorang masak, bolehla anda bagi tugas didik anak tu pada isteri anda sorang. Edit

Alhamdulillah untuk saya, tugas mendidik ni bukan saya seorang. Suami saya sendiri juga sebenarnya adalah orang yg sangat particular tentang banyak perkara terutama perkara2 berkaitan akhlak. Dia akan selalu bg nasihat pd anak. So fair and square la. Saya garang dia lembut. Tapi kalau ada masa dia tegas, saya akan diam. Kalau kerja rumah pun dia banyak bantu. Kalau saya tak sempat, dia akan mandikan anak2. Kalau saya mandikan, dia akan kemas barang2 masuk dalam beg anak. Kalau saya masak, dia akan kemas. Sebab jadi parents ni adalah tugas bersama. Secara tak langsung anak juga dapat belajar hidup berpasukan dan bantu-membantu.

Anak kita amanah kita. Tugas mendidik ni bukan benda mudah. Kena sama2 faham sama2 usaha baru matlamat tercapai. Sekian.

– Ibu Garang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit