Jangan Sakiti Insan Seperti Aku

Assalamualaikum, terima kasih sebab approve. Aku seorang isteri yang berkahwin pada usia muda. Usia perkahwinan aku nak dekat 2 tahun, tapi belum punya rezeki untuk ada anak. Mungkin Allah lebih tahu kan. Actually, aku dah cukup bahagia dgn kehidupan aku bersama suami yang sangat baik dan bertanggungjawab. Cumanya, aku sangat berkecil hati dengan sesetengah pihak yang tak menjaga sensitiviti orang lain.

Sejak aku kahwin, sehingga lah hari ni, aku jadi murung, suka bersendirian, tak suka jumpa orang, malahan jumpa kawan-kawan aku pun aku tak mahu. Sebab setiap kali aku jumpa je, kawan aku atau sesiapa pun mesti akan kutuk aku “eh kau macam mana boleh gemok? ” ” eh, kau xdapat anak lagi ke” “kenapa nak rancang sangat?” “kenapa lambat sangat dapat anak?”

Soalan demi soalan mengguris hati dan perasaan aku. Eh, kau ada kuasa ke nak tetapkan bila aku dapat anak? Kau ingat sapa je dalam dunia ni xmahu anak? kenapa tanya aku? kenapa xtanya Allah sebab Dia yang memberi rezeki(bukan aku persoalkan, aku cuma nak orang yang bertanya tu berfikir siapa yg beri rezeki). Bukan aku yang boleh pilih , ok sekrang aku nak anak, aku terus dapat. Bukan aku tak usaha, aku dah usaha. Tapi Allah masih kata belum, mungkin banyak lagi aku kena perbaiki diri aku, aku nak belajar jadi seorang ibu yang baik. Aku banyak tengok orang yang ada anak, tapi lepas tangan soal anak kat keluarga.Ada yang aku pernah tengok, tinggalkan anak berhari-hari dgn mak ayah. Kesian dorang, dulu dah pernah jaga kita dari kecik, tapi bila besar, kita susahkan mereka nak jaga anak kita.

Ada jugak aku pernah jumpa, bila ada anak, dia tak ada masa sikitpun dengan suami. Aku bersyukur sangat sebab suami aku selalu luangkan masa untuk aku, selalu bawak aku pergi berjalan, honeymoon selalu. Ada seorang sahabat pernah cakap kat aku, dulu dia kahwin 3 tahun tunggu, sedih sebab orang asyik tanya, tapi sekarang anak dia dah berderet 6 orang. huhu.. Dia pernah nasihatkan aku, selama xada anak ni, luangkan masa sebanyaknya dengan suami, honeymoon puas-puas.. bila dah ada anak nanti, pergerakan kita akan sentiasa terbatas.

Ya, aku terima. Aku redha, kadang-kadang aku menangis jugak, bila ada yang mempersoalkan. Ada yang mengutuk. Perempuan mana yang xkecik hati? Pernah aku keluar jogging, sekali terserempak dgn kawan lama, boleh dia tanya aku banyak kali ” kenapa lambat sangat dapat anak?” “kenapa dah gemuk sekarang?” “dulu kemain cantik, sekarang knapa jadi mcm ni?”
Terasa weh, terasa sangat. Balik tu aku menangis teruk.. Apa salah aku, apa dosa aku sampai orang kutuk-kutuk camni. Aku tak pernah pun kutuk orang macam tu.

Ada jugak aku pernah jumpa kawan lama, waktu tu aku seorang diri, kawan aku dengan kawan-kawan dia. Kawan aku kutuk aku dengan kawan-kawan dia. ” Dia ni dulu kurus, lawa je, sekrang dah macam mak orang. Kenapa gemok sangat, anak mana anak?” Pastu kawan-kawan dia yang lain pandang aku sinis je.. Makian demi makian aku dapat. Memang aku rasa malu, sedih, sampai aku rasa nak doakan je dia rasa balik apa yg aku rasa nanti. Rasa nak doa Allah bagi balasan je kat dia..

Yang paling sedih, aku pernah ikut suami jumpa kawan dia dengan isteri dia. Kami keluar makan bersama. Masa suami dengan kawan tengah bangun nak pilih makanan, aku duduk berdua dengan isteri kawan suami. Sungguh, aku kecik hati sangat bila dia cakap ” Kau gemuk dah ni, jaga-jaga , jangan sampai suami cari lain” .. Masa tu, mood aku jadi hilang. Aku tahan je air mata nak menangis waktu tu. Waktu balik rumah, aku banyak diam dalam kereta. Bila suami aku perasan perubahan aku, bila dia tanya, baru aku cerita, masa tu aku menangis dah. Suami aku suruh aku bersabar. Jangan dengar cakap orang. Sejak aku kahwin, sampai sekarang, suami aku tak pernah sekalipun kutuk aku , atau suruh aku turun berat ke. Aku yang nak turun kan sendiri. Sampai suami aku sanggup berhabis duit untuk aku beli produk apa-apa atau bawak pergi rawatan slimming. Tapi aku tak nak susahkan suami aku. Aku sedar berat badan aku naik mendadak sejak kahwin, aku sendiri tak tahu kenapa. Bukan aku xusaha nak turunkan berat, aku dah usaha, tapi susah . Berat aku memang susah nak naik. Dulu sebelum kahwin aku kurus,aku makan banyak mana pun, berat aku statik situ je.. xtahu kenapa bila dah kahwin, mendadak sangat naik.. sedangkan kalau ikutkan aku makan sebelum kahwin lagi banyak berbanding lepas kahwin.

Jujur aku cakap aku memang rasa down, sekrang ni aku banyak duduk rumah, kalau balik kampung,aku xkan keluar mana-mana sebab nak elak jumpa kawan-kawan sekolah, kawan-kawan lama.. sebab aku tahu,kalau jumpa mesti menyakitkan hati. Aku memang seorang yang sensitif. Jadi aku mintak sangat, tolonglah jaga sensitiviti orang sekeliling korang. Ada orang jenis mudah terasa, macam aku. Aku ada masalah sikit tentang perasaan. Aku cepat murung, cepat bersedih. Aku cepat menangis. Aku cuba dah nak jadi kuat, tapi tak boleh. Ada peristiwa pahit yang pernah berlaku dalam hidup aku yang sebabkan aku cepat sangat menangis. Dan bila aku menangis, bukan sikit, aku boleh jatuh sakit .

Sekarang ni pun doktor nasihatkan aku supaya turunkan berat sebab mungkin sbb berat mendadak naik yang sebabkan aku susah nak mengandung. Lagi satu aku ada senggugut yang teruk. Aku tengah cuba, doakan semoga suatu hari nanti ada rezeki aku untuk ada zuriat sendiri. n doakan aku boleh turunkan berat badan. Tolong bagi aku tips selain diet atkins, sebab aku dah try atkins tapi aku jatuh sakit. Mungkin tak sesuai dengan diri aku. Aku jeles sangat tengok orang boleh kurus dengan cepat. Aku doakan sapa-sapa yang ada masalah macam aku, semoga cepat2 dapat anak. Moga Allah beri rezeki anak yang soleh-solehah untuk kita.. Amin

– Mrs. H

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit