Assalamualaikum.
Sorry kalau apa yang aku nak cakap ni kot ada yang terkecil hati ke, terasa ke, maaf ye. Aku menaip disini atas dasar nak meluah. Dengan kemajuan teknologi sekarang, aku tak nafikan kita pun kadang kadang terikut untuk majukan diri. Konon konon nya la. Kawan upload gambar kat ig hashtag hashtag itu ini dapat banyak like, kita pun ikut. Kawan copy paste lirik jiwang, upload dekat wechat buat moment, kita pun ‘weh ko broken eh’. Haha kelakar.
Tu bukan point aku actually. Tak salah pun kalau kau buat apa yang aku cakap tu. Suka hati kau la. Ig kau wechat kau. Lantak kau la.
Aku cuma hairan la, mencarut tu dah jadi satu kemestian ke dengan ‘kemajuan’ kita ni? Aku terus terang cakap yang aku dibesarkan dalam suasana yang tenang, aman dan orang sekeliling yang ‘beradab’. So telinga aku agak pantang atau lagi mudah nak cakap, aku tersangat sensitif bila orang dok babi cilaka lancau bangsat kan aku. Tak lah, aku pun kadang kadang mencarut juga. Tu pun setakat cakap bodoh bangang je. And itu pun bila aku dalam keadaan marah. Aku takde nak gurau gurau dengan kawan ‘ macam sial doh ko hahahaha’ cam tu. Minta maaf la, itu bukan cara aku. Takde la sampai aku berani nak bangsat kan, nak buto buto kan orang yang lagi tua daripada aku. Kau tak rasa lain macam ke bila depan mak bapak kau, adik adik kau tunjuk buto dekat kau, pastu boleh dengan selamba cakap ‘buto la sial. bangsat betul’? Mak bapak dah banyak kali tegur pun, still tak berubah.
Maaf, aku tak biasa hadam perangai macam tu. Aku pernah marah adik lelaki aku. Lepas tu dia pegi melepak dengan kawan kawan dia. Budak sekarang mana boleh ditegur. Tahu apa kawan perempuan dia cakap? ‘KUNO SIAL KAKAK KAU’. Nyirapnya darah aku ya allah. Tu masih sekolah lagi tau. Kau rasa? Nak je aku sound balik ‘dah tu nak aku up to date macam kau. Tak reti beza cakap dengan family macam mana, cakap dengan kawan macam mana’.
Aku tak tahu la sama ada aku yang oversensitive, atau memang aku ni kuno macam apa yang kawan dia cakap tu. Maaf la dik. Style hidup aku bukan macam tu. Aku tak biasa nak bercakap bersembang dengan kawan kawan sebut babi la bangsat la cilaka la seolah macam itu memang mainan mulut kau. Lepas tu tanpa segan silu tunjuk ko punya middle finger tu. Ko ingat apa, ko ingat orang nak hormat ko sanjung ko ‘uu sempoi gila ko ni, sporting ah’. Macam tu? Kalau macam tu, sorry cakap la dik. Ko memang takde life.
Akhir kata daripada akak ye dik, belajar la bercakap dengan sopan dan menggunakan bahasa yang betul, yang sedap didengar. Bukan apa la dik, kau memang boleh tanpa segan silu carut sana sini. Tapi bila orang luar dengar, apa pandangan dia dik? Satu benda je keluar dari mulut orang dik. ‘Mak bapak budak ni tak ajar ke?’. Betul ? Tak pasal pasal je nama mak ayah kau naik disebabkan mulut kau. Kita ni hidup bermasyarakat. Bila bercakap, cakap la dengan perkataan yang elok manis didengar. Okay ?
Salam sayang,
N
(Kakak Kuno)
– N
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit