Ragu-ragu Dengan Rezeki

Assalammualaikum. Terima kasih admin sudi siarkan tulisan akak.

Akak dh beberapa tahun hbis blajar. Alhamdulillah dah dapat kerja.

Akak selalu jgk terbaca ramai adik2 yg mengeluh tidak dapat kerja. apa yang akak nak bagi tahu jangan stress, sabar bnyakkan berdoa. Insyallah setiap org dh ditentuka rezeki masing2.

hari akak nak cita pengalaman hidup akak lpas hbis blajar sbelum akak dapat kerja. lpas hbis belajar berbulan jgak akak menganggur. macam2 kerja akak apply tapi smua x dpat. akak tnggal kat perak. selalu jgak akak berulang alik ke kl untuk hadir temuduga. duit pun dh bnyak habis untuk pergi temuduga. waktu nak pergi temuduga pun selalu jgak telefon kwan mak laa, kwan yang ad kat area sana untuk tumpang tmpat tnggal.

biasala mungkin bukan rezeki akak lagi masa tu, satu pun akak tak dapat. waktu tu akak rasa stress sangat. bukan result akak x elok. alhamdulillah result akak elok. kwan2 pulak kebanyakkan dh dpat kerja. kadang2 akak terfikir knapa masih x dpat kerja. akak dh usaha. pergi kl berkali2 naik public transport smpai kadang2 sakit kpala disebabkan akak ad migrain. satu kerja pun x de. akak selalu terfikir apalah nasib akak ni. akak selalu rasa stress bila tngok kwan2 mula update gambar di intagram, fb dyorg dh start kerja. ada yg whatsapp bertanya. makin hari makin stress akak rasa. Dengan mulut org2 luar yng sbuk mempertikaikan bila akak nak kerja.

Akak juga selalu terfikir macam mana dengan family akak. akak laa harapan mereka. Akak ingt jnji akak dngan mak ayah akak lpas hbis blajar ni akak nak sara mereka. tak payah mereka kerja dah tapi satu sen pun akak tak mampu kasi lagi. ibu akak plk ada pnyakit yg memerlukan pembedahan. tapi akak masih tak dapat bantu mereka malah menyusahkan mereka lagi. kadang2 akak terasa seperti tidak mahu hidup lagi. teruk sngat dah akak stress masa tu.

Akak hampir putus asa. menangis dalam bilik memikirkan nasib akak. lpastu akak jmpa 2 org kwan baik kak. alhamdulillah ada kawan2 yg positif. dyorg nasihatkan akak jangan terlalu sedih. rezeki masing2. mungkin sbelum ni akak stress sebab tngok smua kwan2 dah mula ada kerjaya tapi akak lupa tu bahagian dyorg. insyallah ada bahagian akak. kedua kawan baik akak pun ada ckp yg akak ingat smpai skrg. jangan tngok atau bandingkan diri kita dngan kwan kita. mungkin kwan kita habis2 blajar trus dpat kerja. sbb tu dh rezeki dia. mngkin rezeki akak lbih baik walupun lmbat. yg pntng sabar dan jngan terlalu dngar kata org.

alhamdulillah kini akak dh ada kerjaya sndiri. jadi akak nasihatkan adik2 yg baru hbis blajar tu supaya sabar. ingtlah bahawa stiap org ada rezeki masing2. mungkin rezeki adik lmbat. rezeki tak pernah salah alamat. mungkin jgk ni satu ujian utk adik supaya terus bersabar. Akak doakan smua adik2 yg bary hbis blajar supaya dipermudahkan dpat kerja. insyallah. amin.

– Iqa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit