Asslamualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih admin sudi approve confession ni.
Nak kongsi sikit tentang “common sense”atau kalau kau google translate “daya fikir”.Cuma,tak pasti la aku sorang je ke yang berfikiran macamni atau orang lain pun sama.
Bagi aku,common sense itu sangat dan teramat perlu.Lebih-lebih lagi aku,kau dan kita sebagai manusia yang diahirkan sempurna dengan anugerah tak ternilai iaitu,AKAL.
Sebenarnye tak susah pun kau nk apply benda ni.Common sense ni kau boleh aplikasikan dalam hidup tak kira masa,tak kira tempat.Asalkan bersesuaian dengan situasi semasa.
Faham tak?Ok aku bagi contoh senang untuk dihadam.Contoh,kau pergi rumah orang.Orang tak jemput masuk lagi,kau da sampai ke dapur.Adab mane adab?
Lagi,ko pernah tak aplikasikan perkataan TOLONG bile ko mintak orang lain punya pertolongan?
Aku bukanlah sejenis perfect ‘well-mannered’ pun.Tapi,logik kan kalau ko nak mintak tolong orang,guna bahasa baik sikit.Contoh :”Ali,tolong tapaukan aku milo ais ikat tepi satu,nah duit”.Atau,version lagi satu,” wei,aku nak milo ais ikat tepi gune duit ko dulu “.
Nampak tak beza budi bahasa kau mane satu?
Common sense ni bukan dengan ahli keluarga je.Asal namanya manusia,kau boleh je apply.Anytime.Tak payah bayar pun babe.
Lagi,ini situasi yang aku sendiri alami lah.Nak ceritanya,kitorang pergi outdoor activity bertiga.Sorang drive,sorang co-pilot,sorang lagi acah-cah big boss kat belakang.Ok,mase otw pergi memang la semua terlebih gula.Energy level 200%.
Lain pulak ceritanya bile dah otw balik.Kalau kau dah berhiking la,main basikal,trekking bagai sehari suntuk agaknye berapa level energy yg tinggal? Penat kan? Rase macam nak balik cepat-cepat cari katil lepastu nak tidur sampai esok.
Melainkan kau alien yang takde rase penat,mengantuk dan sebagainya.So,mase otw balik,kedudukan tadi still same.Yang drive,co-pilot,dan acah-acah bos.Yang si driver ni die punye penat xpayah cite la.Korang konfem tau,memandu perlukan fokus kan.Kalau tak fokus,ke syurga lah kau.
Memandangkan si driver ni kate ok lagi untuk dia drive,so proceed jela.Aku melayankan jela si driver ni berborak padahal aku boleh je nak bantai tidur tak ingat dunia.Sampai rumah baru celik mata.
Yang aku nk highlight kat sini,yang acah-acah boss kat belakang tu.Kau bole bantaii tidur bukan main lagi siap landing baekk punya.Hellooo.kau ade pikir tak yang kawan ko dua lagi ni pun sejenis manusia jugak? Penat.Bukan aku jeles kau nak tidur terlentang ke terbalik ke kat belakang tu.
But please,have some common sense babe.Please.Kawan ko yang drive tu atleast akan rase appreciated sikit bila ko berborak temankan dia yang tengah penat dan mengantuk bawak kereta tu.
I know,mesti ada yang cakap,ek eleh kecoh je.Tu pun nak jadi isu.Yes,this is an issue.Kalau benda kecik macamni pun nak kene orang ajar,baik ko jadi ikan jela.Common sense tu perlu bro,sis.
Banyak sangat actually contoh common sense ni.Kalau ko makan lepastu pandai-pandai la cuci pinggan sendiri.Ko tumpang kereta kawan ko,hulur2 la duit minyak,even kalau die xnak sekalipun, ko belanja la die makan ke ape.Kalau ko naik kereta berdua je dengan membe ko,bawak2 la berborak,hidupkan suasana.
Jangan asik nak membuta je.Memang ko ni sejenis makhluk yg tidur je ke? Budi bahase orang kate.Ni semua benda basic dalam kehidupan manusia normal.Orang berbudi kite berbahasa lah bak kata pepatah.
Aku tak cakap orang lain takde common sense.Cuma,theres a bunch of idiot (sorry to say) yang entahlah sama ada memang takde usaha langsung atau memang tak tau langsung tentang common sense ni.Guys,memang kat sekolah takde pun diajar secara spesifik tentang common sense ni tapi apa guna nya akal ko tu? Berpikir sikit,boleh kan.
Bagi aku la,hidup ni inshaaAllah lebih harmoni kalau kite jaga hubungan sesama manusia.Hubungan dengan Allah tu pasti,perlu dijaga.Jadilah manusia yang lebih ‘thoughtful’ omputih kate.Jangan jadi sejenis bangsa yang pentingkan diri sendiri je.
“Common sense are rare nowadays.It should be called superpower”.Semoga kita semua jadi manusia yg lebih ber common sense ye.Tak susah pun jadi manusia yang beradab,berbudi dan berbahasa.
Tu jelah kot aku nak luahkan.Kadang-kadang kite ni manusia lupa.Jom la sama-sama kita ingatkan satu sama lain.Sorry la kalau apa yang aku nak sampaikan ni tak tuju tepat kat hati korang.At least,dapat la tempiasnya.
Sekian-
– Pemikir Logik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit