Dekat company akak kerja, adalah terima budak2 praktikal gen Z nih. Kira macam latihan industri lah kan. akak malas nak ambil pusing sangat pasal budak2 praktikal ni, yelah kerja kat office tu berlambak lagi menunggu deadline. Tapi rasa2 sekarang ni kena tegur t hrough confession kot sebab kantoi tadi baca iium confession depan akak haha (disclaimer : malas nak tegur dorang depan2 pasal tadi tengok macam dah kena sound ngan bos akak).
So kisahnye macamni. Bos akak tersangat lah baik. akak rasa omg bertuah gila dapat bos macamni. Nak cuti senang approve asalkan kerja jalan, kalau ada problem boleh discuss elok2, pastu kemain banyak nasihat dia bagi akak dengan collague akak. Rasa memang syukur sangat2 sebab dengan bos akak sblm ni asyik kena maki non-stop, bodoh bengap bangang semua akak dah rasa. Sebab tu akak quit kerja yang sebelum ni. Azab beb. akak taktau la apa masalah gen z ni. Manja gila kut? Semua nak spoon fed? Pemalas? Nak kata bengap, tengok belajar dah sampai nak habis degree. akak pun tapaham.
Korang lagi la tak paham kan? Meh akak cerita satu2. Masa depa mula2 apply, ni pun atas recommandation prof dorg, bos akak terima la. Sebab adalah project nak pakai budak practical. Bila dh masuk, bos akak bagi la written test sebab nak tau strength dorang dekat mana sebab different project requires different expertise. Lepas tu adalah bos akak cerita dekat kitorang,
“satu haprak takboleh jawab. ni semua soalan basic, level diploma. nak habis degree, still tak boleh jawab. akak hairan lah macamana dorang dapat lepas level diploma”
ko bygkan, umpama ko belajar medicine, paracetamol tu ubat untuk apa pun ko tak tau. umpama ko dah tingkatan lima. Tapi darab pun kau tak reti lagi. tu takpa lagi, mungkin la, mungkin dorang gugup kot. lepastu bos akak bagi la tajuk2 kat depa. dorang just angguk2 je. takdak nak salin nota apa. esoknya bila datang kerja, kena lapor diri dekat PIC, dak2 ni pun macam err aa err. pastu salah sebut tajuk. Tak memasal PIC kena gi tanya bos balik, verify tajuk apa, kena buat apa. lepas dapat tajuk, dahlah taknak salin, pastu taknak tanya skop kerja pulak tu. ni just angguk2. takde inisiatif langsung. dah dapat tajuk tu, dorang still pasif. Ada emas kot dalam mulut.
PIC pulak masing2 sibuk nak kejar deadline. kena handle budak praktikal lagi. Dari sepatutnya menyenangkan kerja PIC, dah jadi makin menyusahkan pulak ada lah. budak2 praktikal ni bila dah dapat PIC, tengok PIC sibuk, bukan nak pi tanya, “ada apa2 boleh sy bantu ke”, “apa tugasan sy”. boleh pulak tercongok dekat meja layan iium confession. Nasib baik ada jugak confession yang berpekdah, takdelah cintan cintun conteng je manjang.
Naknye pulak, lepas PIC bahagikan kerja, “ha awk buat ni. objektifnya sekian2. pakai ni sekian2”, dak2 ni pun start la wat kerja. kerja apa? garu kepala. tak reti lgsg beb. dah la tak reti lgsg, berdikari pun tak reti. zaman ni la senang nak carik maklumat. ko google je dikkkk, belambak2 reference. lepastu ada forum/discussion. siap ada youtube channel yang wat tutorial lagi. tapi taktau la kot dorg tak pernah dengar pasal internet kan…. ke tau facebook, insta n wechat je…
PIC pun hape lg, fedap la jugak kan. kena tunjuk ajar ku sifu satu2. ha mula2 ko tekan butang ni. Lepastu ko tekan sini pulak. lepastu ko isikan camni2. ha siap ikan tiga rasa. Dah macam kelas memasak akak tengok colleague2 akak seminggu dua ni kahkahkah. Nasib akak tak kena.
Even dengan situation atas ni, akak boleh toleransi lagi pasal akak rakyat malaysia. yelah, rakyat malaysia kan penyabar, tol naik, minyak naik, minyak masak naik, darah tinggi naik, even badan akak pun naik tau! Tapi yang akak fedap sefedap fedap eeeeee fedapnya, bila akak terdengar dorg cakap nak berhenti dan cari company lain. akak macam, dikkkk baru beberapa minggu dikkk. Takkan dah taktahan. Bos n staff gini punya baik pun ko tak tahan ke dikkkkkk. Tapi akak tak mampu meluahkan time tu sebab akak tengah mengunyah sandwich.
Ternyata dragonball Z jauh lagi hebat dari generasi Z.
ni akak nak nasihat ye adik2, masa uni memang best ko meniru pastu score tinggi2 pastu grad pastu dapat baling topi ke udara, berlagak assasin creed. tapi bila kerja nanti baru kau tau langit ni tinggi gila sebenarnya. Orang cakap dekat tempat kerja ni selalunya ko apply 10% je dari apa ko belajar kat uni, tu memang betul dik, akak tak nafikan. budak nasi lemak anak dara tu, die pun mungkin apply 10% je masa dia blaja kejuruteraan elektronik perubatan, tu yang laku.
tapi dik, kalau basic yang sebasicnya pun ko tak reti dan ko takde inisiatif nak belajar/berdikari, ko tak layak grad dik. Tak layak.
– Budak Gen Y
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit