Diganggu Penghuni Rumah Lama

Assalammualaikum semuaa.. Untuk makluman korung semua, aku ni bukan budak UiA, tetapi aku ni kawan kepada budak2 di UIA. haha. Aku juga merupakan salah seorang peminat setia dalam page nie especially citer2 mistik lagi misteri .. Terima kasih banyak2 diucapkan kepada admin jika sudi menyiarkan confession aku nie . Aku benar2 terharu .

Okay, berbalik kepada tajuk yang aku berikan tu, aku nak cerita kepada korung semua tentang pengalaman aku sekeluarga kene kacau di rumah lama aku . Sejak kecil sampailaa aku besar, aku sekeluarga asyik kena kacau jee. Ada banyak kisah sebenarnya yang berlaku sepanjang aku bersama family aku menginap di rumah ini . . Sekarang kami dah berpindah ke rumah yang lebih selesa . Rumah lama tersebut telah dijadikan rumah sewa oleh orang tua ku.

KISAH 1:
Rumah lama aku ni merupakan rumah teres dua tingkat, yg mana kat tingkat atas ada dua bilik,iaitu bilik master bedroom dan bilik aku, dan satu jamban , manakala tingkat bawah ada satu bilik , satu jamban, satu dapur dan dua ruang tamu . Aku duduk sebilik dengan kakak aku . Bilik aku ni di tepi tangga, jadi opkos la setiap kali org naik atau turun tangga aku akan dengar. Masa kecik2 dulu, dalam pukul dua hingga tiga pagi macam tu, aku secara automatiknya memang akan terjaga daripada tidur . Yang peliknya aku sorang pulak tu yang terjaga. Akak aku masa tu tido mati . Jadi, setiap kali aku terjaga mesti aku akan dengar bunyi tapak kaki yang sedang naik tangga sambil tangannya pegang kat tempat pemegang tangga tu.. bunyinya macam ni ” shhrreekkk, shhrekk… ” . Kuat pulak tu bunyi dia . Aku apa lagi, ketakutan la sorang2 diri atas katil tu . Sampai berpeluh2. Jahat betul makhluk tu tkutkan aku yang tak bersalah nie. Hampir setiap malam aku tidur dalam ketakutan sambil ambil bantal tutup telinga tutup muka aku . Aku pernah terpikir gak nak tengok rupa makhluk yang naik tangga tu, tapi apakah daya, tahap ketakutan aku lebih tinggi berbanding tahap keberanian aku . Bile aku cerita kat mak aku, dia marah aku cakap bukan2. Eleh, padahal mak aku takut tu. Hahahaa..

KISAH KEDUA
Kisah ni terjadi pada adik lelaki aku . Ayah aku ada tambah bilik kat belakang rumah yang dulunya merupakan kebun kecil mak aku . Ayah aku tambah dua bilik di tingkat atas dan satu dapur dan satu jamban di tingkat bawah. Bilik baru tu akak aku, aku serta adik perempuan aku yang duduk , manakala bilik lama aku tu, adik laki dan abang aku yang duduk . Kat bilik adik lelaki aku tu, ada macam satu ruang untuk letak barang, dan mak aku gunakan ruang tu untuk letak bagasi2 kat situ . Penuh ruang tu dengan bagasi2 tu . Nak dijadikan cerita, satu malam tu, adik aku dengar ada someone menyanyi kat bagasi tu . sayup2 je bunyinya . Tapi takde orang! suaranya macam suara perempuan. Keesokkannya adik aku tanya aku,sama ada aku ada menyanyi malam tu, aku pon jawablah gile ke apa nak nyanyi malam2. lagi pon aku tak suka mana nyanyi lagu dan dengar2 lagu nie. Adik aku pon citer laa yg dia dengar ada orang nyanyi kat bagasi bilik diaa.. sayup2 je. Takut weyhh.

KISAH KETIGA
Haa, yang ni paling kerap berlaku di rumah . Bunyi orang ketuk tangga. bunyinya camni ” tinggggggg….. ” . Bunyi ni akan berlaku tidak kire waktu malam atau petang atau pagi . Awalnya aku ingat bunyi tangga rumah jiran ( ye laa, sbb aku kan duduk rumah teres ), tapi bile dipikir2, ternyata itu bukan dari rumah jiran aku, tapi bunyi dari tangga rumah aku sendiri. One day, masa tu malam kalau tak silap aku, tengah aku syok2 buat kerja sekolah @ tengok tv ( aku lupe daa ) , tibe2 bunyi tangga . berdebar aku . aku apa lagi terus berlari ke dapur bersama adik kakak abang aku . Ramai2 berlari kat ibu aku . Takot weyh. Sambil2 berlari tu, terus capai yassin. Mengaji ramai2 di sekeliling mak aku . Hahahaa. Yang lawaknya, kami adik beradik nie akan ekori mak aku sambil mengaji yassin. Bile mak aku masuk jamban, kami adik beradik beramai2 mengaji yassin depan jamban tu . Takut punya pasal kan.. hahaa.. Ada satu hari tu, bile aku besar sikit, masa tu petang, tibe2 bunyi tangga, aku pon intai laa kat tangga tu . Ye laa, aku nak tengok makhluk apa yang suka ketuk tangga tu . Aku pon tanya laa” yee, sapa tuu ” sambil pandang kat tangga tu.. tapi takde pape pon.. dah kerap kali bunyi tangga ni, jadi aku dah terbiasa dan tak takut dah . Sejak dr aku tanya tu, bunyi tangga dah semakin berkurang .

KISAH KEEMPAT
Kisah ni pulak berlaku kat akak aku . Masa tu dia tengah cakap melalui telefon dengan kawan dia . Telefon ni lak ada kat bawah tangga. Masa dia tengah syok bercakap dengan kawan dia, tibe2 dia terdengar bunyi orang sedang alihkan perabot di tingkat atas. Kak aku apa lagi, terus dia tutup telefon dan berlari kat mak aku . Masa tu kat rumah hanya ada mak aku dan kak aku sahaja . Jadi makhluk apakah yang alihkan perabot di tingkat atas tu? Misteri betul.

KISAH KELIMA
Malam tu malam jumaat, jadi selepas baca yassin, aku, adik laki dan adik perempuan duduk laa atas meja kat ruang tamu . Masa ni tengah bosan, jadi adik laki aku ambik laa phone mak aku . Dia pon apa lagi, selfie laa gambar dia. Bile check gambar tu, cube korung teka nampak apa?? Ye, betul tekaan anda semua! Dia nampak ada benda lain . Dan benda tersebut bukanlah hantu atau makhluk yang menakutkan, tapi hanyalah jilbab hitam yang tergantung tapi takde muka. Serba hitamm.. Yang peliknya, masa ni takde pon jilbab yang tergantung di tempat kejadian, jadi aku syak ni mesti roh2 orang yang telah meninggal nie. Ye laa, kan ada orang cakap, yang roh2 akan berkeliaran setiap malam jumaat untuk kutip pahala di setiap tempat .(Tapi wallahualam laa betul atau tak apa orang kata nie).. Semua dah berdebar2 masa nie . Adik aku terus delete pic tu , ye laa takut benda tu datang balik .

Alhamduillah laa rumah aku yg sekarang ni takde gangguan dah sebab ayah aku dah ‘pagar rumah’ . Mujur la ayah aku dah pagar rumah, sebab ustaz2, tokki aku ada cakap, yang banyak benda2 berkeliaran di sini seperti hantu raya dan sebagainya laa sebab belakang rumah aku ada hutan tebal. Aku pernah jugak intai2 kat hutan tu malam2, tapi alhamdulillah setakat ni tak jumpa lagi benda2 tu.. sebenarnya banyak lagi kisahnya, seperti kisah adik aku yang empat tahun ( kalau tak silap aku) menangis bile nampak ada tangan terapung di tingkat dua semasa mencari aku, kakak aku ditindih something semasa tidur, aku nampak ada budak lelaki berlari dalam rumah tak berbaju dan memakai seluar sekolah menembusi dinding dan banyak lagi laa.. nanti kalu ada masa, aku cerita lagi. Aku dah letih nak manaip panjang2.

p/s : sesape yang tahu siapa aku ni, jangan memandai lak nak tag aku di sini . hehee

– Aku yang semakin berani?

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit